Adabi Seedless Tamarind Paste

4.9

(21 Reviews)

5 stars 19
4 stars 2
3 stars 0
2 stars 0
1 stars 0

Buat air asam jawa

5.0
Sebagai penggemar tegar air asam jawa saya pilih asam jawa xtra Adabi. 1 cup kecik tu bolej bertahan lama. Utk buat air tak perlu banyak pun asam jawa. Bancuh dgn sedikit gula dan minum sejuk berais. Rasa masam-masam manis sangat nikmat. Selain buat air, saya juga memilih adabi asam jawa xtra sbb tanpa biji. Ceduk je banyak mana nak. Yg pastinya asam jawa ni masam dan tak masin bergaram mcm asam jawa yg kena bancuh ramas perah tu.

padu masamnya

5.0
Nak guna untuk masak boleh, nak buat jus boleh, nak buat pekasam pun sedap sangat. Senang betul guna ni sebab tak ada biji. Pekat pula tu

Asam jawa adabi

5.0
Satu satunya pes asam jawa yang saya guna kan di rumah. Tanpa biji memang menyenangkan. Suka sangat dengan pes asam jawa ni dan saya tidak pernah tukar dengan yang lain.

Mudahkan untuk dimasak

5.0
Adabi Seedless Tamarind Paste memudahkan saya untuk masak kerana tidak perlu mengasingkan biji asam jawa untuk diambil paste buat masak...Adabi Seedless Tamarind Paste sesuai juga dibuat air untuk diminum.. masakan asam pedas juga menjadi pekat dan lebih sedap.. Adabi Seedless Tamarind Paste selepas diminum terasa badan lebih segar serta menyejukkan badan...

Asam jawa tanpa biji ?

5.0
Minum air asam jawa ni masa sakit tekak memang bagus. Kejap je reda rasa perit. Senang nk bancuh sebab seedless. Pati asam jawa yg cukup pekat. Rasa masam asam sebenar. Tak ada rasa masin garam atau ketulan garam pada pes asam jawa ni. Nak buat masak pun senang bancuh terus dengan sedikit air. Penyimpanan pun mudah sebab size yg comel. Masuk peti ais tak makan banyak ruang pun.

Asam jawa best

5.0
Pes asam jawan ni best sangat. Sebab tak ada biji. Nk guna sudukan saja dan bancuh. Mudah utk masakan dan juga bancuhan minuman. Lebih banyak pes asam jawa dan kurang garam berketul mcm asam jawa berbiji yg biasa tu. Buat air pun sedap dan sangat puas hati minum. Selalu buat stok. Bila sakit tekak memang minum bancuhan asam jawa ni je buat air minuman. Tak masin just masam2 asam je. Terbaik.

Pes yang pekat, mudah untuk masakan

5.0
Pes asam jawa ini mudahkan masakan saya. Ia boleh digunakan dengan segera dan tidak mempunyai biji, hanya masukkan sedikit dalam masakan dan kacau sehingga sebati. Ia juga boleh digunakan untuk membuat minuman asam jawa. Pes ini sangat jimat kerana ia bancuhan pekat, hanya masukkan sedikit sudah cukup terasa masamnya.

Khasiat Asam Jawa Xtra Adabi

5.0
Asam Jawa Xtra ada dapat meningkatkan metabolisme badan dengan menjadikannya juadah minuman kesihatan.100%asli isi jawa tanpa biji memudahkan untuk masukkan kedalam bahan masakkan.Asam Jawa Xtra adabi bebas bakteria dan bersih tanpa kuman serta rasa asli tanpa garam kerana dapat menghindari kalori garam dalam Asam Jawa Xtra Adabi.100%kepekatan pes asamnya adabi.

asam jawa segera

4.0
saya kurang gemar menggunakan asam jawa segera adabi ni kerana rasanya yg kurang masam berbanding asam jawa perahan tangan. saya lebih gemar menggunakan paste asam jawa adabi ni utk dibuat minuman. mudah kerana tiada biji dan bendasing. hanys perlu dilarutkan saja. harga lebih mahal berbanding asam jawa berbiji tetapi berbaloi sbb 100% boleh digunakan.

Memasak lebih cpt.

5.0
Saya menggunakan pes asam jawa adabi ini sejak belajar di kolej. Waktu belajar, semua nak cpt. Masak kena cepat sbb waktu pack utk ke kelas dan belajar. Dgn menggunakan pes ni, tak perlu lg nak bancuh asam jawa dan tapis utk buang biji. Masuk terus pes ke dlm masakan. Ia juga jimat, gunakan sedikit saja.
Pes ni juga sy gunakan utk cuci ikan utk menghilangkan hanyir ikan. Selain tu, juga boleh dijadikan sebagai minuman.

Adabi Seedless Tamarind Paste

5.0
Kerja kerja di dapur menjadi mudah dan senang dengan adanya produk ini. Ambil sesudu larut kan dalam air untuk di tambah dalam masakan.Tiada biji dan sampah2 memang mudah di gunakan. Untuk membuat air minuman juga boleh. Cuma perlu tambah gula sahaja.Sedap di minum ketika cuaca panas.Air asam sinonim untuk menghilangkan batuk yang berterusan dan memberi kelegaan minum.Di dapur saya wajib ada adabi extra asam jawa.

Saya suka ini

5.0
Yang ini memang terbaik. Selalu kami beli yang besar tu terus.
Senang. Cedok aje guna sudu, masuk dalam masakan. Tak ada biji langsung.
Pastenya juga pekat. End up, perlu guna sedikit sahaja setiap kali.
Kerja nak masak bertambah senang bila guna paste asam awa Adabi ni. Saya suka.

Tiada biji dan rasa asli asam jawa.

5.0
Lebih cepat dan mudah digunakan utk masakan sy yg memerlukan penggunaan asam jawa dgn adanya pes asam jawa xtra adabi ni.Tekstur pesnya sgt halus dan tiada biji.Rasa pula mmg rasa asli asam jawa yg masam dan kaw.Boleh juga digunakan utk mmbuat air.Berbaloi dibeli,harga berpatutan dan pes pun tahan lama.

Adabi Seedless Tamarind Paste

5.0
Adabi seedless tamarind paste satu lagi produk yang wajib ada di rumah saya.Rasanya yang sedap dan guna sedikit saja sudah mencukupi dalam masakan.pati asam jawa ini pekat ini decampur dan dimasukkan dalam masakan saya kari,masak merah ikan,ayam dan mudah digunakan kerana tiada biji.Tektur yang halus dan likat dalam masakan harian saya..Bekasnya juga kedap udara dan mudah disimpan untuk penjimatan ruang di dlaam peti ais.

Menjadikan masakan lebih sedap

4.0
Asam jawa adabi ni memang asli dan tiada perasa tiruan. Mang betul-betul dari asam jawa itu sendiri. Dan saya tidak perlu susah payah lagi untuk mengasingkan bijinya kerana asam jawa adabi ni sudah diasingkan dari biji dan urat asam jawa

MEMENUHI CITARASA

5.0
Adabi seedless tamarind paste satu lagi produk yang wajib ada di rumah saya.Rasanya yang sedap ,guna sedikit saja sudah mencukupi dalam masakan.pati asam jawa ini pekat dan mudah digugunakan kerana tiada biji.Tektur yang halus memang sesuai dijadikan minuman.Bekasnya juga kedap udara dan mudah disimpan untuk penjimatan ruang.

Asam Jawa Xtra Adabi memang express

5.0
Memudahkan dan menyenangkan kerja dalam masakan saya dengan adanya Asam Jawa Xtra Adabi ini kerana rasanya cukup lengkap.Hanya amik sebanyak mana yang perlu dan terus masuk kedalam masakan dan pasti nya akan menambahkan kesedapan masakan tersebut.Asam ini juga sedap di buat air,ia tidak masam dan memang sesuai dibuat minum sejuk- sejuk untuk menghilangkan dahaga dan sakit tekak.Selain itu juga asam ini sesuai dan sedap apabila di sapu pada ikan bersama garam kunyit sebelum digoreng.

Asam Jawa Pes Adabi

5.0
Tekstur sngat pekat,senang digunakan..Saya x perlu susah2 utk mmbuang biji asam jawa dgn adanya adabi asam jawa paste ni..saya lebih suka buat air asam jawa,mudah utk sediakan air asam jawa yg kaw & sedap..rasanya tidak terlalu masam..masam manis yg seimbang & sedap..packaging dalam bekas yg mudah utk disimpan.

Mudah dan cepat

5.0
Saya sangat -sangat mengemari asam jawa xtra dari adabi kerana sangat-sangat memudahkan kerja saya kerana tidak lagi perlu untuk mengasingkan bijinya selain itu asam jawa ini xtra masam jadi tak perlu letak banyak-banyak di dalam masakkan sangat menjimatkan wang,jimat mudah sedap..kami sesisi keluarga sangat meyakini jenama ini..

WAJIB

5.0
Setiap bulan,saya wajib membeli Adabi Seeless Tamarind Pastd..Selain sesuai digunakan dalam masakan,saya juga suka membuat air mengunakannya..Air menjadi semakin sedap kerana tanpa adanya butir,air tidak menjadi pahit..Sesiapa yang belum pernah mengunakannya,wajib mencubanya

Mudah di gunakan

5.0
Di dapur saya wajib ada adabi extra asam jawa. Kerja kerja di dapur menjadi mudah dan senang dengan adanya produk ini. Ambil sesudu larut kan dalam air untuk di tambah dalam masakan. Tiada biji dan sampah2 memang mudah di gunakan. Untuk membuat air minuman juga boleh. Cuma perlu tambah gula sahaja. Sedap di minum ketika cuaca panas.

We are checking your review. This could take a few seconds, please wait...

Leave a review