Adabi All Purpose Seasoned Flour
Sedap dan pelbagai guna
Tepung paling best abad ni. Selalu beli tepung serbaguna adabi ni. Saya guna utk goreng ayam, tempe even cendawan enoki goreng pon sedap. Cara penyediaan pon senang. Memang berbaloi. Harga murah. Sedap dan senang digunakan. Mungkin boleh di update dgn tambah perisa tomyam or lain2.
Paddle Pop Rainbow
Fav all the time
Rainbow paddle pop ni antara aiskrim kegemaran saya. Dari kecil sampai sekarang masih suka aiskrim ni. Teringat masa kecil2 dulu. Bila motor aiskrim walls tu lalu. Dengar lagu paddle pop je dah jerit suruh berhenti. Mmg godaan yg x leh ditepis. Tiap kali lalu mesti beli.
Adabi Seedless Tamarind Paste
Memasak lebih cpt.
Saya menggunakan pes asam jawa adabi ini sejak belajar di kolej. Waktu belajar, semua nak cpt. Masak kena cepat sbb waktu pack utk ke kelas dan belajar. Dgn menggunakan pes ni, tak perlu lg nak bancuh asam jawa dan tapis utk buang biji. Masuk terus pes ke dlm masakan. Ia juga jimat, gunakan sedikit saja.
Pes ni juga sy gunakan utk cuci ikan utk menghilangkan hanyir ikan. Selain tu, juga boleh dijadikan sebagai minuman.
Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce
Tak selera makan tanpa kicap Cap Kipas Udang!
Sejak saya kecil lagi dah menggunakan kicap kipas udang ni. Bagi kami, x sah dan x selera makan kalau xde kicap. Dan yg pasti, xakan beli kicap cap lain. Sebab cap kipas udang ni rasa dia cukup rasa. X terlalu lemak, x terlalu manis, x terlalu masin. Senang cakap memang sedap la. Teringat dulu waktu kecil2, xnak makan kat restoran tu sbb xde kicap. Ayah pergi kedai runcit berdekatan beli kicap. Sbb kami adik beradik xnak min sbb xde kicap kipas udang. Rindu zaman kanak2.. Apa-apa pon, kicap kipas udang terbaik! Sedap tiada tandingan !
Sudocrem
Sangat berkesan!
Selepas bersalin anak pertama, pihak hospital menyediakan goodie bag kelengkapan bayi. Di dlm tu terdpt 2botol mini sudocrem. Sejak tu sy menggunakan nya. Selain berkesan pada ruam lampin, sy juga menyapukan sudocrem di kawasan kulit melecet. Ia bukan saja sangat berkesan utk bayi, malahan pada kulit org dewasa.
Skrg sy sudah mempunyai dua org anak. Masih setia menggunakan sudocrem.
Saya juga mengesyorkan kpd ahli keluarga dan beberapa org kawan. Rata-rata mereka juga sukakan sudocrem ??
Sunsilk Smooth & Manageable shampoo
Wangi, rambut lebih terurus ?
Rambut sy kering dan mudah gugur dan tersangkut bila disikat. Selepas menggunakan sunsilk, rambut sy lebih mudah diurus. Paling suka baunya yg wangi ?
Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Thanks Cetaphil ?
Muka saya rosak teruk akibat salah pilih skincare. Sorg kawan syorkan sy cethapil. Then, selepas 2bulan, muka sy semakin pulih. Terima kasih cetaphil ?
Cap Limau Yu Yee Oil
Tak boleh kalau takde Yu yee
Sejak dr ank pertama sy gunakan minyak yu yee ni. Sangat sangat berpuas hati. Teringat mse 1st experience, ank pertama bby lg.. dia nangis sbb kembung perut. Sapu yu yee terus ter kentut2. Hihi. Selain tu suka sgt minyak yu yee sbb dia x melekit and bau dia sedap.. bby pon tido nyenyak tanpa kembung perut ??
Dutch Lady Purefarm UHT Milk
Susu kesukaan keluarga
Tiap bulan belanja barang dapur wajib beli susu dutch lady ni. Full Cream milk utk baking dan strawberry utk minum. Anak2 pn suka. Masa preggy anak kedua dlu. Tiap minggu beli susu dutch lady strawberry ni sbb tekak x leh terima susu lain terus suka smpai skrg minum. Rasa yg sedap dan tak muak.