MAGGI® 2-Minute Noodles Tom Yam
Tom yam flavor is nice
Rasa masam, sedikit spicy, aroma tom yam yang membangkitkan selera rasa. Senang didapati di kedai runcit mahu pun pasaraya. Boleh dijadikan makanan yang menyelerakan ketika bercamping atau picnic bersama rakan dan keluarga.
Comfort Ultra Aromatherapy Magical Concentrated Fabric Conditioner
Comfort really make me comfort
Bau yang wangi. Saya suka kalau semua bedding set's cover dibasuh dan dibilas dengan tambahan comfort ultra. Tidur pun lena dan sangat selesa sebab bau aroma yang membantu terapi diri untuk tidur dalam keadaan yang baik.
F&N 100 Plus
Satu keluarga suka 100Plus
saya akan ambil 100plus ketika drive jauh, travel, ketika badan penat bekerja, atau pun detect badan mempunyai symptom untuk demam. Atau pun ketika demam. Digunakan sebagai energy booster juga.
Shaklee Herb-Lax
Senang membuang
Saya ambil herb lax nie sekali pakej termasuk lecithin dan vit C sustain. Sebulan pakai product nie dah ada yang tegur peha dah makin kecil sedikit. Perut sentiasa kempis, tidak buncit walaupun badan bukan jenis kurus sekeping. Memudahkan proses pelawasan.
Daim Smooth Milk Chocolates
One of my favourite chocolate
Sedap, rasa dia perfect. Saya suka rasa manis dia, tapi part yang tak berapa best di penghujung kunyahan ada rasa keras-keras sikit. Yang tu saya kurang gemar. Hehe. Kalau stress boleh cari chocolate daim nie. Chocolate mampu kurangkan stress saya.
Pepsi Pepsi Regular
PEPSI
Sedap diminum bersama ais ketika cuaca panas. Saya suka ambil dalam kuantiti yang sedikit sebab minuman ini agak manis plus pepsi itself is carbonated drinks which need to take in less amount only. Hehe.
Daia Floor Cleaner Relaxing Rose
Harum satu rumah
Yang paling best product nie adalah wangi. Bau nya best, menyegarkan. Dan tahan lama. Digunakan untuk mop ruang tamu, bilik, bilik air. Senang untuk membersihkan kotoran yang melekat pada lantai. Very very recommended to people out there!
Shokubutsu Onsen Therapy
Refreshing Product
Shokubutsu mempunyai aroma bau yang menyegarkan. Wangi. Lembutkan kulit. Mengekalkan kelembapan kulit badan. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Seisi keluarga. Setitik dua sudah memadai untuk digosok satu badan. Feel better and better when use it.
Ramly Chicken Burger Grill Flavour
Setia Pada Ramly
Rasa daging yang fresh, sedap, kualiti baik, jaminan halal dan rasa yakin untuk menikmati daging burger yang bagus produk RAMLY. Enak ketika grill sapukan sedikit planta, tabur sedikit pepper dan makan bersama sos cili dan mayonis. Memang jadiii!!
CLEAN & CLEAR® Essentials Foaming Facial Wash
One of my favourite cleanser
2004-2006/2007 saya diperkenal kan dengan cleanser johnson nie oleh seorang rakan. Tidak bertukar kepada jenama lain setelah menggunakan clean n clear dalam tempoh tersebut. Kulit jadi lembut, jerawat memang x tak ada, muka tak berminyak walaupun tinggal dia asrama yang pack dengan activiti riadah. Saya guna pada waktu pagi, tengahari, dan malam sebelum tidur. Selepas itu hanya dialaskan dengan bedak johnson bekas color putih tu. Itu sudah memadai bagi saya dan amat berpuas hati dengan kesan penggunaan produk ini.
Nestle Koko Crunch
Mengingatkan zaman kanak-kanak
Koko krunch walaupun dah berpuluh tahun saya melepasi zaman kanak-kanak riang tapi brand ini masih menjadi pilihan orang ramai. Sedap, sesuai untuk family breakfast, makan bersama dengan susu segar dengan kuantiti susu yang sedikit agar rasa crunchy koko crunch dapat dinikmati. So yummy!
Planta Margarine Multi-purpose
Bahan Dapur Wajib untuk Kegunaan Pelbagai
Saya guna untuk bakar roti, goreng daging burger, masak spaghetti, dan juga makan begitu sahaja bersama roti. Tidak pernah terputus stok di dapur sebab kami sekeluarga penggemar roti bakar dan juga spaghetti. Paling sedap gandingan roti bakar planta bersama lady's choice mentega kacang.
Oreo Cookies
Snack untuk Orang Ramai
Sedap, tapi saya akan mengambil pada kuantiti yang sedikit sahaja setiap kali makan. As for me it's too sweet. Sedap kalau dicicah dengan susu. Boleh dimakan seisi keluarga dari kanak-kanak sampai orang dewasa.
Nestle Corn Flakes
Snack gantian ketika menonton movie
Saya suka makan begitu sahaja tanpa tambahan susu segar. Well crunchy, manis dan boleh dikongsi beramai-ramai. Kualiti pada Rasa yang kekal tanpa berkurangan sampai sekarang. Juga dijadikan sebagai Peneman ketika mengulangkaji pelajaran. Sesuai dibuat stock makanan untuk pelajar di asrama juga.
Nestle Milo Nuggets Chocolate
Satu kepuasan
Sangat sedap. Kadang-kadang jadi ketagih untuk makan berulang kali dalam kuantiti yang banyak. Rasa milo yang sempurna, mungkin disebabkan size yang agak kecil menjadikan rasa nya lebih dinikmati. Sesuai untuk seisi keluarga.
Gardenia Original Classic
Lembut. Mengenyangkan. Sedap
Semua ahli keluarga menggemari roti gardenia. Sangat lembut, sedap dimakan sama ada dibakar, dicecah dengan air, atau makan begitu sahaja. Bukan setakat untuk sarapan pagi, minum petang, supper, malah dijadikan snack untuk mengunyah juga. Haha
Mentos Roll
Hilangkan rasa pening ketika travel
Sentiasa simpan stock especially kalau nak berjalan jauh. Membantu untuk hilangkan rasa loya, kurangkan pening dan mengantuk samada tengah memandu atau menaiki public transport. Saya suka mint dan sour mix. Terbaik.!
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
Jenama Yang Bagus untuk Baby
Pakej mandian yang lengkap untuk si manja. Selamat digunakan, wangi dan kulit bayi maintain lembut. Tidak memedihkan mata dan terasa yakin untuk guna pada si kecil. Dari Kanak-kanak sampai remaja suka guna sabun ini.
Kinder Chocolate
Bit pricey but suits its taste
When chocolate melting in mouth, it's the time to feel the taste of chocolate. Very nice, can also give to friends or relatives as gift. Because everyone will love the taste of kinder bueno. Yummy, make my tummy feel better.