Horlick Original Malt Flavour
Horlicks Mengenyangkan
HOrlicks memang menjadi pilihan saya terutama untuk menjadi milk booster.Rasanya sedap kalau tambah susu.Jangan tambah gula banyak sebab ia dah manis.Dari kecil Horlicks memang menjadi minuman kegemaran saya.Sampai sekarang saya setia dengan HoHoHo horlicks!
Tropicana Twister Fruit Pulp (Orange)
Rasa Oren Dengan Pulp Yang lazat
Saya suka Twister oren kerana ianya ada pulp seolah2 kita makan buah oren.Tak pelu kupas buah oren hanya perlu tuang dan ianya lazat seperti gabungan buah oren dan jus.Oren penuh dengan vitanin c jadi saya minum Twister untuk memulihkan luka dalaman dan luaran setelah menjalani pembedahan
Nestle MILO ACTIV-GO
Minum Milo anda jadi sihat dan kuat!
Benda wajib ada dalam kabinet dapur anda! Semestinya Milo menjadi kesukaan ramai kerana keenakan rasa coklatnya.Saya suka milo panas manakala suami dan anak2 suka milo ais.Apapun Milo tetap jenama no 1 minuman malt coklat di Malaysia.Cara bancuhannya juga mudah hanya tmbh air panas,susu dan sedikit gula
Campbell’s Creamy Chicken Mushroom Condensed Soup
Sedap Dan Lazat Dengan Rasa Ayam
Sup Ayam Cendawan sangat sedap dengan rasa ayam yang sebenar sangat lazat dan berkrim.Saya sangat suka makan dengan nasi dan juga roti.Juga sedap dimakan begitu saja.Hanya panaskan sup dengan air atau susu untuk menikmatinya.Lazat dan mengenyangkan
Campbell’s Cream Of Mushroom Condensed Soup
Sedap Dan berkrim
Campbells memang sangat dikenali kerana kesedapannya sup nya.Ianya sangat sesuai dimakan dengan roti.Juga sedap dimakan begitu saja.Campur dengan susu atau air supaya tidak terlalu pekat.Cuma panaskan saja dan anda akan menikmati sup cendawan yang lazat seerti di PizzaHut.
GARDENIA Twiggies Choc-a-Lot
Enak dengan Rasa Coklat
Anak saya sangat menggemari Twiggies Gardenia Choc a lot sbb ianya kaya dengan rasa coklat dan juga intinya penuh rasa coklat.Dia selalu membawa bekalan ke sekolah.Tapi masalahnya ia terlalu dry dan selalu jatuh kelantai ketika makan...Coklatnya lazat dan sedap
Massimo Cream Rolls Series
Lembut dan Sedap
Roti Massimo sangat sedap dan lembut dan sedao.Krim nya juga banyak hingga ke gigitan terakhir.Ianya kompak dan mudah dibawa ke dalam bag.Apabila lapar,saya menjadikannya sebagai alas perut.Ianya mengenyangkan dan enak.Semua perisa sangat sedap..
Lactacyd Feminine Hygiene
Pencuci Intim yang Menyegarkan
Jenama Lactacyd adalah jenama yang paling terbaik dalam pencuci intim wanita.Ia tak seperti pencuci lain yang terlalu cair.Lactacyd pekat dan saya berasa yakin apabila mencuci menggunakannya.
Saya menggunakannya setiap hari setiap kali mandi untuk kebersihan dan kesegaran yang berpanjangan.
Clearblue Digital Pregnancy Test with Conception Indicator
Mudah Cepat dan Efisien
Saya menggunakan Clear blue untuk pregnancy test saya yang kelima Ianya mudah sangat.Setelah tidak datang haid
saya terus membeli UPT. Cepat dan kita boleh tau terus berapa minggu kita pegnant.Tulisannya juga jelas dan nyata .Ternyata ianya memang produk yang bagus dan berbaloi dengan harganya.
Himalaya Dandruff Shampoo
Mengurangkan kelemumur di kepala
Sebelum ini rambut saya berminyak dan banyak kelemumur.Saya telah mencuba pelbagai jenama syampu namun tidak berhasil.Setelah mencuba Himalaya Anti Dandruff,kelemumur saya hilang serta merta.Memang menakjubkan.Kalau nk lebih baik ,gunakan bersama krim anti kelemumur.Memang terbaik
Himalaya’s Purifying Neem Face Wash
Mencuci Dan Menyegarkan Wajah
Antara barangan keluaran Himalaya kegemaran saya ialah Pencuci Wajah Neem.Ianya mengandungi ekstrak neem yang diamalkan turun temurun.Wajah jadi lebih bersih dan segar.Saya dapati jerawat pun makin berkurangan kerana muka tidak lagi berminyak.Bau neem juga menyegarkan ketika mencuci wajah menggunakan pencuci ini.
Vicks Vaporub
Untuk Batuk dan Selesema
Saya memang sentiasa menyediakan Vicks Vaporub di rumah.Ketika batuk dan selesema dan susah tidur,hanya saou di hidung,dada dan leher.Selepas itu rasa sedikit lega dan dapat tidur dengan selesa.Vicks vaporub juga saya guna untuk melegakan kegatalan akibat gigitan nyamuk.Ianya melegakan.
Hurix’s Minyak Urut Gamat Plus
Minyak Urut Untuk Badan
Saya mendapat tester minyak urut Hurix.Saya mencubanya untuk anak saya yang sakit kaki selepas bermain bola.Ianya ternyata melegakan.Sakit kaki berkurangan.Saya menyukainya kerana baunya yang segar selepas diurut.Tidak terlalu berminyak dan tidak melekit.
Nestle Koko Crunch
Bijirin Sarapan Tebaik
Koko Krunch adalah sarapan pilihan saya untuk anak2 kerana ianya mudah disediakan dan mengenyangkan.Anak2 pun tak mengantuk ketika sekolah.Rasanya koko nya agak manis,jadi kena balance kan dengan susu segar.Anak2 kekal aktif dan mudah belajar.
Magiclean Stain & Mold Trigger
Tak Perlukan Sentalan
Magiclean Stain N Mould ini umpama produk magic bagi saya kerana ianya mudah membersihkan kotoran degil di lantai dan dinding bilik air.Dengan Magiclean,hanya sembur dan biarkan seketika.Tak perlu menyental,hanya gosok sahaja dan semua kotoran tertanggal dengan mudah.
Magiclean Kitchen Cleaner
Kerja Pembersihan Menjadi Mudah
Dengan menggunakan Kitchen Magiclean,kerja pembersihan menjadi mudah buat saya.Kotoran selepas masak yang melekat di permukaan dapur gas,seperti sambal,minyak,kicap,sos sangat mudahkan ditanggalkan.Inilah pembantu saya didapur.
Magiclean Wiper Mop
Produk Yang Mudah
Magiclean ni memang sangat membntu saya untuk proses membersihkan rumah.Mengemop menjadi mudah tambhan pula dgn anak kecil yang suka menyepahkan rumah.Ianya fleksible ,boleh membersih dengan pelbagai sudut.
Pediasure Complete
Menambahkan Berat Badan
Susu Pedia sure memang sangat disyorkan untuk anak yang kurang berat badan.Tetapi harganya mahal sedikit.Namun begitubianya berkesan menambahkan berat badan dan juga ketinggian anak saya.Rasanya juga sedap
Wyeth S-26® Mama
Susu Sesuai Untuk Ibu Hamil
Saya sangat menyukai susu Wyeth sebab rasanya yg sedap.Dari anak pertama hingga anak keempat saya setia dengan susu Wyeth.Saya minum bukan saja ketika hamil tetapi sehingga menyusu bayi untuk menambahkan susu ibu.
NESCAFÉ Classic
Nescafe Aroma Menyegarkan
Nescafe salah satu minuman wajib yang ada dalam kabinet dapur anda.Aroma kopi nya cukup menenangkan.Saya suka dicampur susu pekat atau krimer.Sehari x dapat nescafe rasa hari tu tak lengkap.dapat minum secawan kecil pun jadi la untuk melepaskan rasa gian.Jangan minum banyak,nanti susah tidur pula