Ayam Brand Chilli Tuna
Delicious
This spicy tuna is also can be eaten with rice other than with bread. I tried it once cause I don't have anything to eat with rice. It makes a decent dish and it is also already spicy and in olive oil. You can just heated it up or add onion to make it more presentable
Yeo’s Chicken Curry With Potatoes
Senang dan cepat
Untuk orang yang tinggal berseorangan seperti saya, makanan dari tin memang menjadi pilihan kerana ia nya senang dan cepat. Rasanya juga lazat walaupun mungkin tidak sesedap masakan yang dimasak sendiri, tetapi ia nya menjimatkan masa dan wang saya.
Gardenia Original Classic
Sungguh enak dimakan begitu saja
Roti gardenia ini sangat lembut dan harganya juga sangat berpatutan. Roti ini boleh dimakan begitu saja dan juga mengenyangkan. Sangat ideal untuk sarapan pagi bagi orang yang terpaksa bergerak awal ke tempat kerja seperti saya.
Dettol Instant Hand Sanitizer
Wangi
Dettol hand sanitizer ini sangat wangi dan mudah digunakan. Saya tidak perlu lagi membilas tangan selepas menggunakannya. Ianya juga membuatkan tangan saya rasa lebih bersih. Saiznya yang kecil memudahkan untuk dibawa ke mana saja dan tidak memerlukan ruang yang banyak.
Dettol Original Shower Foam
Not my liking
Bau mandian dettol ini sangat kuat, sehinggakan selepas mandi masih lagi terbau. Tetapi selepas dibilas masih terasa melekit sehinggakan saya terpaksa membilas badan berulang kali.
Antabax Bar Soap
Produk yang baik
Saya baru mencuba sabun ini yang berwarna biru di bawah sekali. Ianya merupakan sabun antibakteria yang berbau seperti ubat tetapi baunya tidak terlalu kuat seperti sesetengah jenama. Sabun ini juga mudah dibilas dan tidak meninggalkan kesan melekit. Harganya juga berpatutan
Ayam Brand Chilli Tuna
Mudah
Mudah, cepat dan sedap. Ianya sangat sesuai untuk makan pagi atau malam. Memudahkan untuk pelajar dan orang berkerjaya. Boleh juga dimakan dengan nasi namun harganya agak mahal. Hanya setin sudah mencecah RM6++
Sunsilk Damaged & Restore Shampoo
Produk yang baik
Shampoo sunsilk meninggalkan kesan yang sangat baik selepas digunakan. Saya menggunakan color oren memandangkan rambut saya yang sudah rosak terutama di bahagian hujung. Rambut menjadi mudah diuruskan dan juga berbau wangi. Saya sangat gembira menggunakannya.
Dettol Shower Foam Reenergize Refill
Melekit dan bau yang kuat
Walaupun setelah badan saya dibilas banyak kali tapi masih terasa melekit dan meninggalkan haruman yang sangat kuat. Agak tidak sesuai untuk saya kerana hidung saya tidak tahan dengan haruman yang terlalu kuat
Guardian Moistcare Shower Pack Of 3
Bau yang sedap
Baunya sangat wangi dan melekat di badan walaupun setelah dibilas. Ianya juga sangat selesa digunakan dan harganya sangat murah terutama apabila ada promosi
AYAMAS Chicken Frankfurter
Lazat dan mudah
Boleh dimakan dengan nasi atau masakan western. Sangat mudah kerana hanya perku goreng untuk beberapa minit selepas di'defrost'. Saya selalu membelinya ketika promosi dan harganya berbaloi dengan rasanya
Ayam Brand Tuna Mayonnaise
Enak
Tuna yang dicampur dengan mayonaise, sangat enak dan tidak pedas. Ianya juga tidak muak walaupun saya makan banyak dan juga sesuai untuk kanak-kanak. Ianya mudah disimpan dan mampu bertahan lama.
Ayam Brand Mackerel in Tomato Sauce
Sedap dan senang
Sardin brand ini sangat senang disediakan dan rasanya cukup enak. Bagi saya walaupun harganya agak mahal tapi berpatutan dengan kualitinya. Ikannya juga sangat besar tidak seperti jenama brand yang lain.
Clorox Original Bleach
Berkesan
Saya menggunakan clorox ketika membasuh kain buruk dan baju yang berwarna putih. Sangat bagus dan boleh menghilangkan kotoran dengan berkesan. Kain buruk juga tidak berbau hapak dan tiada bau yang tidak menyenangkan.
IN2IT Lasting Lipstick LA09 Lustful Red
A beautiful lipstick colour
I love wearing this lipstick. The price is affordable and I finally found the lipstick colour that suitable for my lips. Sometimes when drugstores having promotion, the price is so cheap for me.
Softlan Lavender Fresh Fabric Conditioner
Wangi
Wangian yang tahan lama dengan harga yang berpatutan. Baunya tidak terlalu kuat dan lembut. Saya juga tidak perlu menyeterika lama dan dapat menjimatkan penggunaan elektrik di rumah. Saya merokemenkannya kepada adik beradik saya.
Shokubutsu Orange Peel Sensation Shower Foam
Pengguna 6 tahun
Saya sudah menggunakannya selama enam tahun. Harganya sangat berpatutan sebagai sabun antibakteria. Yang membuatkan saya selesa menggunakannya disebabkan rasa sabun yang tidak melekit selepas dibilas
Campbell’s Instant Soup Creamy Chicken with Pasta
Sedap
Ia nya sesuatu yang ringan tetapi masih sedap. Jikalau anda teringin untuk makan pasta bersama sup cendawan, sup segera kimball ini adalah pilihan yang paling tepat. Ia nya juga boleh dijadikan makanan lewat malam dan mudah disediakan. Hanya tambah air panas sahaja.