Vaseline Healthy White Body Lotion Perfect 10
Nyaman
Walaupun fungsi utama produk ini adalah untuk memutihkan, tapi saya suka sapu dekat tumit kaki selepas satu hari penat berjalan. Sangat selesa dan kaki pun cepat hilang penat. Sebelum tidur memang selalu pakai.
May Bar Soap
Senang dan mudah
Saya pakai sabun may sejak sekolah lagi. Senang nak dapat di mana-mana kedai. Nak bawak dalam beg pun senang. Saya suka basuh tudung dengan sabun may jugak sebab nanti tudung akan jadi sangat wangi.
Sunsilk Black & Shine Shampoo
Family's choice
Setiap bulan akan beli dua botol syampu sunsilk black and shine sebab satu rumah pakai syampu yang sama. Bau dia yang wangi buat kita rasa selesa lepas mandi. Rambut pun jadi lembut je lepas pakai syampu ni.
Enchanteur Eau De Toilette Romantic
Bau yang lembut
Bau dia yang lembut buat saya kekal pakai perfume ni semenjak zaman belajar sampai sekarang. Bau dia yang tak kuat sangat, sesuai nak bawak pegi jumpa orang sebab ada orang yang sensitif dengan bau perfume.
Agnesia Antibacterial Powder
Family product
Pakai dari kecik. Satu keluarga pakai. Bila pakai bedak ni, tak payah pakai deodoran pun sebab bila berpeluh badan tak menghasilkan bau busuk pun. Bila ada ruam pun kami sekeluarga akan letak bedak ni. Cepat sembuh lepas pakai
Samsung 49″ Curved Full HD Smart TV SAM-UA49K6300
Good quality
Sangat jelas, sistem bunyi pun memuaskan. Harga yang berbaloi bila boleh guna untuk surf online sekali. Sangat ringan, senang untuk dibawa apabila berpindah dan dialih apabila bosan dengan kedudukan perabot dalam rumah.
Yeo’s Chicken Curry With Potatoes
Sedap
Selalu dijadikan sebagai makanan emergency di rumah apabila malas hendak memasak. Isi ayam di dalam tin adalah banyak. Sesuai untuk keluarga yang mempunyai ramai ahli keluarga. Tak terlalu pedas, sesuai untuk kanak kanak juga
Berlys Almond Coated With Milk Chocolate 450g
Favourite
Setiap dua minggu mesti beli. Benda wajib ada di rumah. Tak terlalu manis, sederhana rasanya. Kacang almond dia besar pulak tu. Berbaloi beli selalu. Nak hidang kat tetamu pun seronok tengok tetamu makan.
Sunlight Lime Diswash Liquid
Tak akan tuka brand
Saya sekeluarga pakai sunlight ni sebab dia sangat senang nak bersihkan pinggan mangkuk yang berminyak. Tambahan pula, kulit kami sensitif dengan jenama pencuci yang lain. Tapi bila pakai sunlight, tak ada masalah kulit sensitif pun. Itu yang paling penting.