Palmer’s Bottom Butter
Produk yang menyenangkan
This brand mempunyai rangkaian produk yang baik bagi penjagaan / merawat masalah kulit terutama bagi ibu hamil . Bau nya juga sangat menyenangkan dan mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan basah atau berminyak . Datang dalam pelbagai saiz juga memudahkan pengguna membuat pilihan untuk travel atau simpan di rumah
Clearblue Digital Pregnancy Test with Conception Indicator
Worth the price
Walaupun harga sedikit mahal berbanding pregnancy test yang lain , tetapi pregnancy test dari jenama clearblue ini mampu memberi jawapan yang tepat terhadap keputusan kehamilan setepat kata- kata doktor . Dari jenis yang digital pula , boleh menunjukkan usia kehamilan sebenar dari hasil ujian air kencing yang dilakukan
Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce
Kegunanan zaman berzaman
Kicap manis cap kipas udang menjadi pilihan seisi keluarga bagi menambah perisa di dalam makanan atau di makan bersama nasi dan telur goreng panas . Tak pandang dah lauk lain . Saya gunakan kicap ni dari kecil sehingga sekarang sudah berumah tangga kicap manis cap kipas udang masih menjadi pilihan utama
MAGGI® Chicken Stock Cube
Rasa yang tidak menghampakan
Masakan pasti tidak menghampakan jika chicken stock cuba maggie di tambah dalam masakan . Rasa yang tidak dapat ditandingi oleh mana- mana chicken stok brand lain . Ia adalah salah satu barang yang wajib ada di dalam list barang dapur bulanan saya . Masakan tidak lengkap tanpa chicken stock cube maggie ?
Agnesia Antibacterial Powder
Keberkesanan produk
Sangat berkesan menghilangkan masalah kulit seperti ruam , kegatalan , kerengsaan badan . Mudah didapati di mana - mana pasaraya atau farmasi dan sesuai digunakan oleh seisi keluarga dari yang kecil sehingga dewasa
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Wangian yang segar
Sabun badan antibakteria yang mempunyai bau segar , sangat harum sehingga bau tertinggal di dalam bilik mandi . Membersihkan kotoran di badan dengan baik dan berbaloi pada harga dibeli
Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Lotion for Stretch Marks
Good smell
It have a smell of cocoa make me feel want to bite myself , leave skin moisturize and help in reduce strechmark appearance . Also not make skin feel oily . It is a very high absorbance
Sunsilk Black & Shine Shampoo
Wangian mempesona
Rangkaian syampoo sunsilk hampir kesemuanya memiliki bau yang wangi dan segar . Syampoo dari variasi ini mempunyai bau yang lembut dan sesuai bagi wanita bertudung , rambut tidak berbau masam walaupun seharian bertudung setelah menggunakan syampoo ini . Juga membantu melembut dan membuat rambut lebih terurus.Sunsilk menawarkan harga yang mampu dimiliki bagi setiap peringkat pembeli.