Twisties The Big Cheese Corn Snacks
Twisties Cheese Corn
Snek ini sedap dan rangup. Dengan perasa keju yang asli menjadikan Twisties Cheese Corn ini sentiasa menjadi pilihan. Saya sentiasa akan menjadikan snek Twisties sebagai makanan ringan ketika menonton wayang. Cuma sepertimana makanan ringan yang lain, snek ini tidak boleh diambil secara berlebihan kerana kadar garamnya yang tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan. Apapun ia tetap sedap dimakan.
Twisties BBQ Curry Dude! Corn Snacks
Twisties BBQ curry
Rasanya yang rangup dan sedap. Boleh dimakan pada bila-bila masa dan dimana jua. Jenama yang telah dikenali sejak dulu. Walaubagaimanapun, tidak sesuai dimakan secara banyak dan kerap kerana ia adalah makanan ringan yang tidak berkhasiat kerana mempunyai kadar garam yang tinggi. Saya hanya makan ketika menonton wayang dan ketika menunggu bas.
Nestle Milo Cereal
Bijirin sarapan dan juga snack
Nestle Milo Cereal ini sangat disukai boleh saya dan keluarga. Cara untuk penyedian yang mudah dan cepat amat sesuai dijadikan sarapan pagi untuk mereka yang kesuntukan masa bagi menyediakan juadah sarapan yang lain. Apa yang saya suka mengenai Nestle Milo Cereal ini adalah walaupun ianya adalah bijirin sarapan tetapi ianya juga boleh dijadikan snack ketika menonton tv atau membaca novel. Nestle Milo Cereal ini boleh dimakan begitu sahaja tanpa susu. Cuma rasanya agak manis jika dimakan begitu sahaja tanpa susu dan kurang sesuai untuk mereka yang tidak suka manis.
belvita Banana Bread
Biskut yang sedap
Saya amat menyukai biskut belvita banana bread ini terutamanya kerana rasanya yang sedap. Setiap pagi saya akan bersarapan dengan belvita banana bread ini dengan me masukkan beberapa keping biskut ini kedalam mangkuk dan tuang secawan susu untuk menjadikannya sarapan yang sangat sedap dan berkhasiat. Saya suka biskut belvita banana bread ini kerana ia mudah didapati di pasaraya.
AL SHIFA Acacia Honey
Amalkan Madu Acacia Al Shifa
Madu AL SHIFA Acacia Honey adalah amat baik untuk diamalkan sebagai makanan tambahan sebagai pemberi tenaga dan kesihatan tubuh badan. Khasiat madu yang sememangnya telah dibuktikan melalui kajian sains iaitu dapat memberikan kebaikan kepada manusia khasnya memberikan keyakinan kepada saya untuk menjadikan madu sebagai number makanan tambahan saya. Walaubagaimanapun harga madu AL SHIFA Acacia Honey ini agak mahal tetapi masih boleh dikatakan berbaloi dengan khasiat yang terkandung di dalamnya.
Harpic All-In-One Citrus
Cecair pencuci tandas yang berkesan menanggalkan kotoran
Cecair pencuci harpic merupakan pilihan pertama saya ketika membeli pencuci mangkuk tandas. Kuasa membersihnya memang tiada tandingan jika dibandingkan dengan cecair pencuci lain yang ada di pasaran. Saya amat mengesyorkan produk ini kepada seluruh pengguna yang sedang mencari cecair pencuci mangkuk tandas. Saya berani mengatakan pencuci harpic ini adalah yang terbaik.
Ridsect Advance
Racun serangga yang berkesan menghalau dan membunuh serangga
Saya telah menggunakan racun serangga ridsect advance dan mendapati ianya sangat berkesan untuk menghalau dan membunuh serangga. Contohnya dengan sedikit semburan di dalam rumah ia dapat menghalau dan membunuh nyamuk dengan berkesan. Dengan adanya racun serangga ridsect advance ini tidur saya lebih baik bila tiada lagi gangguan dari nyamuk yang sentiasa mengganggu tidur saya.
Sunlight Lime Diswash Liquid
Pencuci pinggan yang dipercayai
Saya telah terpikat untuk menggunakan pencuci Sunlight Lime Diswash Liquid sebagai pencuci pinggan mangkuk setelah mendapati ianya sangat berkesan untuk menanggalkan kotoran yang susah untuk dibersihkan ketika menggunakan pencuci pinggan mangkuk lain. Dengan hanya sedikit sahaja penggunaan Sunlight Lime Diswash Liquid ia mampu menanggalkan dan membersihkan kotoran pada pinnggan mangkuk. Jadi ianya dapat menjimatkan perbelanjaan saya kerana ia dapat digunakan lebih lama. Saya sangat mengesyorkan pencuci Sunlight Lime Diswash Liquid ini untuk mereka yang mencari pencuci yang terbaik untuk membersihkan pinggan mangkuk.
Palmolive Aroma Therapy Shower Gel Absolute Relax
Sabun gel mandian terbaik
Saya amat menyukai sabun gel mandian Palmolive Aroma Therapy Shower Gel Absolute Relax ini kerana sabun ini bukan sahaja membersih tetapi juga memberikan kesegaran kepada saya dengan aroma wangian yang harum. Harganya yang murah dan mudah didapati juga menjadi sebab utama saya menyukai sabun mandian gel ini. Saya amat mengesyorkan kepada semua untuk menggunakan sabun mandian Palmolive Aroma Therapy Shower Gel Absolute Relax ini.
Tropicana Twister Fruit Pulp (Orange)
Jus pilihan saya
Saya amat menyukai jus Tropicana twister fruit pulp orange kerana ia sangat sedap untuk diminum seolah-olah meminum jus orange yang baru dipetik dari pokok. Saya sentiasa membeli jus ini sebagai minuman kegemaran saya. Keluarga saya juga amat menyukai rasa jus ini dan sentiasa menjadikan Tropicana twister sebagai minuman kegemaran mereka. Harganya juga amat murah dan menjadikannya jenama pilihan seisi keluarga.
Mamee Monster Chicken Noodle Snack
Snek yang sedap
Saya amat menyukai snek mamee monster terutamanya perisa ayam kerana ianya sedap. Apa yang membuatkan saya suka pada snek mamee monster ini adalah kerana snek mamee monster mudah didapati di mana-mana kedai. Harganya yang murah juga menjadi saya tarikan kepada saya. Snek ini juga boleh dimakan ketika menonton TV.
Top Anti-Malodour Red
Menanggalkan kotoran dengan baik
Sabun pencuci top menjadi pilihan saya kerana ia mampu menanggalkan kotoran dengan baik pada setiap pakaian yang dicuci. Selain itu sabun pencuci top ini juga dapat mengelakkan bau hapak pada pakaian yang dijemur di dalam rumah. Baunya yang harum juga menjadi tarikan kepada saya. Saya amat mengesyorkan sabun pencuci top ini kepada semua.
Quaker Oatmeal Instant
Mudah disediakan dan berkhasiat
Saya sangat suka menjadikan Quaker oatmeal sebagai makanan sarapan pagi kerana quaker oatmeal sangat mudah untuk disediakan. Saya hanya perlu tambah air panas kedalam quaker oatmeal dan ia boleh terus dimakan. Untuk menambahkan kelazatan, saya akan masukkan madu dan kismis supaya ianya menjadi sarapan yang penuh berkhasiat dan sedap.
Gardenia Original Classic
Roti pilihan rakyat malaysia
Roti yang menjadi pilihan saya dan keluarga sejak dari dulu lagi. Roti ini menjadi pilihan saya dan keluarga kerana roti ini memang sedap hinggakan roti ini masih sedap walaupun dimakan kosong tanpa meletakkan jem atau bahan tambahan lain. Saya percaya roti ini sentiasa menjadi pilihan seluruh keluarga di Malaysia.
Twisties Duh! Tomato Corn Snacks
Twisties Tomato Corn Snacks
Walaupun Twisties Tomato Corn Snacks ini agak sedap dimakan, saya agak kurang meminatinya kerana rasanya yang masam sedikit berbanding dengan perisa Twisties yang lain. Jika tiada pilihan perasa lain ketika membeli Twisties, barulah saya akan membeli perisa ini untuk dimakan ketika menonton wayang. Untuk penggemar rasa masam munggkin Twisties Tomato Corn Snacks ini sangat sesuai untuk dimakan.