ELBA 5L Thermo Pot ETP-5018(BR)
Elba
Jenama Elba memang elok, dulu pun pakai elba, sekarang pun pakai elba dengan model yang baru. Senang buat susu budak. Design simple, cepat panas, tiada bau pelik, lagi pun tidak makan ruang. Cukup sesuai. En somi nak kopi pun senang je nak buat, tak perlu masak air lama-lama. Harga berbaloi, sangat murah, ada offer lagi waktu beli. Tahan lasak dan tahan lama. Bil elektrik pun tidaklah terlalu tinggi.. terbaik !
Pigeon Wide Neck Nursing Bottle PPSU
Pigeon
Baru je beli satu lagi, memang bagus botol susu ni. Puting sangat sangat lah lembut, sesuai untuk bayi yang baru belajar mengisap. Baby boleh tidur nyenyak. Anak saya tak nak botol susu lain, memang sangat sesuai. Lagi pun botol susu ni tidak mudah tumpah, bayi tidak tersedak semasa minum susu. Memang sangat bagus !
Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
Drypers
Sangat menyerap ! Anak pun nampak selesa dan tak kesah bermain. Tiada kesan-kesan seperti allergic sepanjang menggunakan produk ini. Sekarang nampak dengan pack baru, mungkin lebih baik dan baik. Ada point shop lagi, memang berbaloi !
Pureen Nappy Rash Cream
Pureen cream
Memang bagus, hilang kesan merah-merah pada peha dan kawasan sensitif bayi. Sangat berbaloi dengan harga yang munasabah. Tidaklah terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Cream ini juga tidak melekit, nampak baby selesa dan bebas bergerak. Mudah dibawa kemana sahaja. Best !
Pureen Baby Wipes (Fragrance Free)
Baby wipes pureen
Baru je beli 10 peket untuk anak kesayangan. Sangat penting dah sangat bagus. Tiada kesan merah-merah pada kulit bayi sepanjang menggunakan produk ini. Sesuai juga digunakan ketika keluar ke mana-mana. Peket yang di beri juga cantik, entah kenapa tisu ni jadi mainan anak-anak, mesti nak pegang waktu tukar baju. Best !
Anakku Baby Oil
Anakku baby oil
Salah satu barang wajib yang perlu ada dalam beg bayi. Memang bagus, guna sikit je sudah memadai. Bau wangi dan tidak melekit. Rambut bayi tidak keras, lembut dan nampak kemas. Walaupun produk ini adalah minyak tapi sangat mudah dibasuh ketika mandi dan tak meninggal kesan apa-apa pada rambut atau kulit kepala. Sangat bagus..
Anakku Baby Talcum
Anakku bedak bayi
Sangat wangi, lembut dan tidak terlalu kuat. Tidak bau hapak selepas berpeluh. Sepanjang menggunakan bedak bayi ini anak tak pernah mengalami apa-apa masalah allergic. Sesuai di bawa ke mana sahaja, mesti simpan satu dalam beg. Kadang-kadang bukan anakku je yang guna, emakku pun guna juga ! Best !
Drypers Baby Bath and Shampoo Head to Toe
Drypers head to toe
Memang sangat bagus, bau menyenangkan dan tidak terlalu kuat. Anak pun tak pernah mengalami apa-apa kesan allergic pada badan atau kepala sepanjang menggunakan produk ini. Harga berbaloi. Lagipun botol yang di gunakan sangat sesuai, penutup yang ketat dan tidak mudah tumpah jika bawa ke mana-mana. Sangat sesuai untuk kegunaan anak-anak.
Cap Limau Yu Yee Oil
Bagus untuk bayi
Bau minyak ni memang menyenangkan, wangi. Tak melekit pada kulit bayi, tak menyebabkan gatal-gatal atau kesan allergic pada bayi. Wajib bawa ke mana sahaja. Dengan bentuk botol yang sesuai, minyak ni tak mudah tumpah dan senang di simpan di poket beg. Bayi yang kembung perut pun boleh berhenti menangis dan tidur lena. Memang bagus !
Autumnz Milk Storage Bottles
Milk storage
Baru je beli 2 kotak yang baru. Waktu anak pertama dulu memang guna botol yang ni, mudah dan elok jenis botol ni. Tak berkulat, tahan lasak, mudah di cuci. Saya suka dengan design dia, dan warna juga menarik. Botol yang baru beli ni untuk tambahan, sesuai jika ada susu banyak. Nampak lebih kemas tersusun jika simpan di dalam botol. Best !