Bestari Fried Chicken Coating (Original 1kg)
Sangat mudah dan sangat sedap
Tepung bestari fried chicken ini memang telah digunakan oleh keluarga kami kerana rasanya yang sedap dan rangup.. anak-anak pun sangat menggemarinya apabila kami menggoreng ayam menggunakan tepung ini.. sekiranya habis kami akan cepat-cepat mendapatkan nya di pasaran kerana kami rasa tidak lengkap hidup kalau stok tepung bestari ini tiada di rumah.. tepung ini memang terbaik...????
glo Lemon Baking Soda
Glo cucian pinggan terbaik
Saya sekeluarga menggunakan cucian pinggan glo lemon baking soda ini kerana baunya yg sgt wangi.. selain itu pinggan mangkuk Sya bersih dan berkilat tanpa meninggalkan minyak.. kami sgt berpuashati dgn penggunaan glo ini..ia juga tidak merosakkan tangan saya malah tangan Sya terasa lembut selepas mencuci menggunakan pencuci glo ini.. terima kasih glo ...??
Eagle Brand Telon Oil
Sangat nyaman dan selesa
Saya menggunakan minyak telon ini untuk ahli keluarga saya terutama sekali untuk anak saya yang kecil berumur 7 bulan.. setiap kali lepas mandi saya akan pakai kan nya untuk mengelakkan kembung perut.. saya lihat bayi saya suka bila saya sapukan minyak ini ke perutnya. Baunya pun wangi dan selesa.. tidak rugi saya mengamalkan penggunaan minyak ini pada keluarga saya.
Adabi Turmeric Powder Blended
Melazatkan
Penggunaan didapur memang sentiasa diperlukan terutama sekali apabila hendak menggoreng ikan, ayam dan udang serta seumpamanya. Tanpa serbuk kunyit ini di dapur rasanya tidak bermakna hidup kerana ia seperti lesung dan anaknya yang tidak dapat dipisahkan.. sangat menyelerakan apabila makanan telah dihidangkan dengan serbuk kunyit ini..
Adabi Anchovies Fritter Flour (Tepung Cucur Ikan Bilis)
Sungguh sedap dan enak
Setiap kali ke mini market untuk membeli keperluan dapur, pasti tepung cucur adabi tidak miss untuk dibeli kerana suami dan anak-anak memang sukakan nya.. saya akan gorengkan untuk mereka dan disajikan pada waktu sarapan dan pada minum petang.. pasti pinggan licin.. apabila ditanya tentang rasanya pada mereka, mereka kata sedap sangat.. saya pun turut menyukai rasanya. Sangat berbaloi untuk sajian keluarga..
Eagle Brand Telon Oil
Minyak telon terbaik
Minyak ini sangat elok untuk kegunaan bayi terutamanya selepas mandi bagi mengelakkan perut kembung dan ia turut memberi keselesaan pada bayi dengan aroma baunya yang nyaman dan wangi.
Panasonic Rice Cooker SR-GA421WSKN
Periuk nasi ajaib
Setiap hari saya menggunakan periuk nasi ini untuk memasak nasi bagi hidangan keluarga.. nasi yang dimasak sangat lembut tidak keras.. kadang-kadang saya turut menggunakan periuk nasi ini untuk memasak bubur untuk bayi saya.. sebab itu saya mengatakan periuk nasi ini adalah periuk nasi ajaib...
Vico 3 in 1 Cereal Hi-Fibre
Vico yang menyihatkan
Semasa saya sedang berpantang, saya hanya minum vico untuk mendapatkan tenaga dan khasiat nya pun sangat mengagumkan.. rasa nya pun sangat enak ... vico memang terbaik!!!
IK Yellow Copier Paper 70gsm (A4) Paper 450 Sheets
Kertas A4 kegemaran saya
Untuk pengetahuan semua, saya sangat menggemari kertas A4 IK Yellow ini kerana harganya sangat berpatutan dan kertas nya yang berkualiti.. sebagai seorang penjawat awam yang memang sentiasa berhadapan dengan kerja-kerja dokumentasi , kertas A4 ini menjadi pilihan saya.. kertas ini juga memberikan keyakinan yang tinggi kepada saya untuk menghasilkan kerja-kerja yang terbaik.. terima kasih IK Yellow..??????