Cosmoderm Vitamin E Make Up Remover
Senang tanggalkan make up dengan Cosmoderm Vitamin E Make Up Remover
CN memang suka make up. Paling tension bila nak tanggalkan make up di bahagian mata. Tapi bila guna Cosmoderm Vitamin E Make Up Remover, make up dibahagian mata senang ditanggalkan. Ia juga ada vitamin E yang membantu melembabkan kulit wajah.
Cosmoderm Vitamin E Magic Exfoliating Gel
Rawatan spa di rumah dengan Cosmoderm Vitamin E Magic Exfoliating Gel
Seminggu sekali anda patut cuba Cosmoderm Vitamin E Magic Exfoliating Gel. Hanya gosok-gosok lembut dimuka dan dapat menanggalkan sel kulit mati. Blackhead juga dapat dikurangkan dengan Cosmoderm Vitamin E Magic Exfoliating Gel. CN selalu buatkan pada muka Encik Suami. Dah macam rawatan spa dia cakap tau.
Cosmoderm Gentle Cleansing Milky Foam
Sesuai untuk kulit kering
Bagi mereka yang kulit kering, CN suggest kan guna Cosmoderm Gentle Cleansing Milky Foam ni. Ia bukan sahaja membersihkan muka, malah melembabkan kulit wajah. Patut cuba Cosmoderm Gentle Cleansing Milky Foam selepas berjemur tengah panas, memang rasa best.
Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion
Suka jenama Cosmoderm
CN suka dengan Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion bila kena serangan jerawat. Biasalah tiap-tiap bulan mesti ada jerawat nak mengacau. Bila pakai Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion ni, jerawat baru cepat kecut. Best betul.
EMPRO Perfect Eye & Lip Makeup Remover
Mudah digunakan dan lembut pada wajah
Menariknya tentang EMPRO Perfect Eye & Lip Makeup Remover adalah jenis botol yang mudah digunakan. Hanya picit dan tidak perlu diterbalikkan seperti makeup remover jenama lain. Ianya pulak lembut pada wajah dan tidak berbau kuat. Memang cepat untuk tanggalkan eyeliner dan mascara.
The Body Shop Strawberry Body Polish
Badan bau strawberry !
Lepas guna The Body Shop STRAWBERRY BODY POLISH, badan anda akan berbau strawberry ! Wangi sangat dan rasa nak makan ! Hehehe.. CN memang suka jenama The Body Shop ni. Rangkaian body polish nya memang tidak mengecewakan.
Ginvera Lavender Relaxing Shower Scrub
Rawatan spa dirumah
Dengan Ginvera Lavender Relaxing Shower Scrub, anda boleh membuat rawatan spa dirumah sahaja. Scrub badan dengan bau wangian Lavender memang sangat menyegarkan. Selain menyegarkan, lavender juga membantu menenangkan fikiran.
Johnson’s Body Care 24 Hour Lasting Moisture Body Lotion
Berkesan untuk merawat kulit kering
Johnson’s Body Care 24 Hour Lasting Moisture Body Lotion ini berkesan untuk merawat masalah kulit kering. Bau yang wangi dan kekal lama membantu untuk mengurangkan masalah kulit kering. Selain digunakan untuk bayi, CN juga turut menggunakannya untuk seharian.
WATSONS Gel Body Scrub Strawberry & Blueberry
Bau strawberry yang menyegarkan
CN sukakan bau strawberry WATSONS Gel Body Scrub Strawberry & Blueberry yang sangat menyegarkan. Body scrub ni dapat menghilangkan daki-daki dan rasa segar lepas mandi. Memang seronok berscrub dengan WATSONS Gel Body Scrub Strawberry & Blueberry.
Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot
Extra hot yang memang mustajab
Extra hot yang memang mustajab. Sesuai untuk sakit-sakit sendi dan lenguh-lenguh badan. Cuma untuk mereka yang tak tahan panas, CN tak galakkan anda menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot ni. Bagi CN, baunya pun tak berapa best.
Maybelline Super BB Cushion SPF29/Pa+++
Nampak natural
Apa yang best bila pakai Maybelline Super BB Cushion SPF29/Pa+++ adalah nampak natural. Ianya meresap ke dalam kulit. Tak nampak macam tepung gomak. Memang suka sangat ! Muka nampak glowing dan flawless.
Ritter – Sport Hazelnuts
Perisa Hazelnut paling sedap
Banyak-banyak perisa Ritter Sport, CN paling suka hezelnut. Mungkin sebab CN penggemar kacang hazelnut kot. Sedap rasa lemak-lemak kacang hazelnut bersama coklat. Ritter – Sport almond pun sedap gak.
Daim Smooth Milk Chocolates
Coklat wajib borong bila pegi Langkawi
Daim Smooth Milk Chocolates adalah antara coklat wajib borong kalau pergi ke Langkawi. Coklat ni sedap dengan rasa kacang-kacang dan caramelnya yang melekat dekat gigi ! Anak CN yang gigi jarang tu memang tak suka Daim Smooth Milk Chocolates sebab melekat pada giginya. Tapi bagi CN, Daim Smooth Milk Chocolates memang sedap !
M&M’s® Chocolate Treat Bag
Sedapnya coklat warna-warni
Sedapnya coklat warna-warni ! Inilah M&M’s® Chocolate Treat Bag. Coklat berwarna-warni yang sedap. Bukan sahaja dimakan macam tu saja, tapi boleh dijadikan sebagai topping untuk kek, cup cakes malah cookies. Sangat menarik untuk kanak-kanak.
Nestle KitKat Range Wafer in Milk Chocolate
Tak sedar dah habis !
Tak sedar dah habis Nestle KitKat bila tengah makan. Duk mengunyah je sambil tengok cerita Running Man, tiba-tiba duk raba-raba dalam plastik rupanya dah habis ! Memang sedap. Rasa coklat dan wafernya memang mengenyangkan. Anak-anak pun suka.
Cadbury Dairy Milk Black Forest
Coklat untuk bekalkan tenaga
Untuk atlet biasanya sebelum pertandingan, CN akan minta dorang makan Cadbury Dairy Milk Black Forest untuk bekalkan tenaga. Gula di dalam Cadbury Dairy Milk Black Forest akan menghasilkan tenaga untuk atlet ini. Rasa Cadbury Dairy Milk Black Forest memang sedap.
Cadbury Dairy Milk
Sangat sedap !
Coklat cadbury dairy milk antara coklat kegemaran CN. Tak perlu kacang atau kismis, hanya plain macam tu sahaja dah boleh bikin ketagih sampai makan tak boleh stop. Sedap sangat ! Rasa coklat dengan susu, mestilah sedap ! Lemak-lemak manis macam tu.
Planta Margarine Multi-purpose
Margerin kegemaran sekeluarga
Banyak-banyak margerin, CN sukakan jenama planta. Kalau planta disapukan pada roti putih tu, pergh ! Memang sedap. Bila buat roti bakar, roti yang panas-panas disapukan planta, siap cair gituw..memang heaven. Selain tu, buat kulit karipap juga sedap bila gunakan planta.
Mentos Roll
Candy wajib bila travel jauh
Mentos roll sangat penting untuk menghilangkan mengantuk. Kalau meeting mesti duk mengunyah mentos roll ni untuk hilangkan mengantuk. Selain tu, masa memandu jauh pun sangat-sangat diperlukan. Encik Suami sukakan yang sour manakala CN suka mint.
Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Toner
Segarnya guna Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Toner
CN guna Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Toner selepas mencuci muka. Memang muka rasa segar dan berseri. Paling best Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Toner membantu menyerikan wajah tau. Dengan penggunaan yang konsisten, ia membantu mencerahkan wajah.