• Jug 1.0L with stirrer
  • Jug cover with stirrer hole
  • Stainless steel blade
  • Powerful motor
  • Safety switch
  • Mill attachment with safety lock

4.6

(42 Reviews)

5 stars 27
4 stars 14
3 stars 1
2 stars 0
1 stars 0

tahan lasak

5.0
Mak saya pakai blender ni dah bertahun-tahun dah. rasanya dari saya sekolah. that's more than 10 years already. Harga pun berpatutan. Spare parts dan balang extra senang nak cari dan murah. sangat berbaloi la untuk kerja dapur seharian.

Tahan lasak

5.0
Dah lama guna still ok lagi...Pensonic PB-3203 Blender tiada tahap kelajuan tetapi dapat blend Bahan dengan lumat...bunyi memang bising Dan kuat tetapi function terbaik... Hanya Ada button on off tu sahaja... Tapi putar dengan laju Dan Saya pernah kisar daging ayam buat begedil... Pensonic PB-3203 Blender kisar Bahan buat kuih bingka pun mudah...brand ni my MIL pun guna untuk masak macam2 menu...kuih2 ke ape buat gune Pensonic PB-3203 Blender kalu nk cepat... memang best...

Tajam dan kisar halus

5.0
Belian set pensonic blender PB-3203 siap dengan miller. Boleh kisar kering. Miller ni kena lock dulu kalau nk guna. Utk blender jug 1L sudah cukup besar. Kisar cili, bawang, serai, halia semua hancur lumat. Saya suka button suiz manual tekan2 mcm suis biasa ni. Apa pun terbaik. Cuma kalau blender kunyit kena cepat2 basuh. Kalau tak jug kuning la jawabnya.

Very long lasting

5.0
I have been using this blender in my home for many years and it still functions very well in term of blending!! It’s also cheap but with high quality.After being used for a long time still do not have any problems yet.This is most probably the only blender brand that i will ever buy and recommend others for its awesomeness!

Terbaik

5.0
Satu-satunya pengisar yang paling saya sukai kerana tahan lasak, mata kisar yang tajam dan motornya yang kuat sera jug nya mencecah 1L. Bukan saya yang dah memilikinya, mak saya dikampung pun dah memiliki.

Blender terbaik...

5.0
Blender nii memang terbaik buat blender tuk jus Ice pun ok... Tahan lasak tak mudah rosak... Paling terbaik harga yg blh dimiliki oleh semua... Suka sangat berbaloi sgt beli... ???

Dua kali beli jug

5.0
Aku rasa ada 7 tahun aku guna blender Pensonic. Tak pernah lagi aku tukar brand lepas beli blender Pensonic. Dulu aku beli brand mahal sikit tapi brand tu susah cari kat pasaran jug dia. Yang Pensonic merata ada. Aku rasa pasal market dia besar tu senang cari kot. Cuma satu je. Minta kurangkan harga jug dia. Hahahaha.

pensonic blender

5.0
pengisar yang telah menjadi pilihan saya dan isteri.. bilah mata yang tajam memudahkan mengisar dengan lebih halus. pengisar ini juga mempunya kekuatan motor yang kuat serta tahan lasak. kami pasti pengisar ini sentiasa tersemat di hati.

Produk yang sangat bagus.

5.0
Produk ini saya gunakan disebabkan bilah mata pisaunya tiada pada produk lain,ini kerana bilah mata pisaunya bengkok ke bawah dan dapat menghancurkan bahan-bahan campuran tanpa memerlukan penggunaan yang lama dan ini menjimatkan masa saya lebih-lebih lagi dengan harga yang berpatutan yang saya rasa patut semua orang memilikinya. Jug tambahan juga boleh didapati dengan mudah di pasar raya.

Blender Serbaguna

5.0
Saya telah menggunakan blender ini lebih 3 tahun. Blender ini mempunyai kualiti mata pemotong yang tajam dan motor yang tahan lama. Selain itu, harganya yang mampu milik serta senang digunakan menjadikan blender ini terbaik dalam kelasnya tersendiri.

Produk tahan lasak...

5.0
Antara blender jenama yang selalu di gunakan dalam keluarga saya..mudah dan lumat bila di mesin..contohnya pure baby,daging dan sebagainya

Good product

5.0
I have been use this product for about 4 years and there have no any problem until now. This product simplify most of my work when I'm cooking. It is very easy to function there will be no problem for any adult to use it.

我家也有一个

5.0
这个我家用大约有5年了。。。现在还好好的。。。买来时是女儿还小的时候。。。买来磨米糊给女儿吃。。。

Tahan Lasak

5.0
Sudah 5 tahun menggunakan produk ini tanpa mengalami sebarang kerosakan. Tipsnya ia harus dijaga dengan baik, dibasuh bersih setelah diguna dan disimpan ditempat selamat. Hasil kisaran juga memuaskan kerana isteri tidak mengisar dengan muka yang berkerut..

Safety lock blender

5.0
Saya sgt berpuas hati menggunakan blender ini kerana ia mempunyai sistem safety yg sgt efficien, ia tidak akan berfungsi sekiranya blender tidak dimasukkan dengan betul pada motornye, kuasa motor yg laju dapat menghancurkan barang dengan cepat dan eficeint

pensonic blender tahan lama

5.0
saya dah pakai lama. memng tahan lama. walaupun warranty dah hbis, masih boleh digunakan. berbaloi sangat beli

Tahan lasak

5.0
blender yang tahan lasak.. berapa kali jatuh tapi masih bole digunakan.. mudah digunakan dan murah.. mempunyai mata pisau yang tajam, memudahkan mengisar dengan cepat.. memudahkan dalam urusan masakan kerana ia mengisar bahan dengan sebati.. hampir 3 tahun guna dan masih dalam keadaan baik..

Murah dan lasak.

5.0
Saya sudah menggunakan blender ini 2 tahun. Blender ini sangat tahan lasak. Murah berbanding jenama lain dan sangat berkualiti. Saya sangat menyukai blender ini dengan ciri keselamatan yang bagus. Saya bagi 10 bintang.

Tahan lama dan harga murah

5.0
Saya menggunakan pengisar pensonic jenis ini. Mata yang tajam dan memudahkan kerja seharian saya. Mudah untuk mengisar bahan2 mentah di dapur. . Ia juga dapat mengisar air batu untuk di jadi kan air blander. Mudah di basuh dan di simpan. Tidak pernah rosak atau pecah. Memang tahan lama walaupun murah.Harga juga amat berpatutan berbanding jenama yang lain

Untuk berniaga

5.0
Saya sangat-sangat syorkan blender pensonic untuk orang yang meniaga..sebab harga murah berbanding jenama lain di pasaran..saya gunakan jenama ini hampir 2tahun..bagi saya ianya berbaloi untuk saya kerana mampu menjimatkan kos peniagaan saya..walau orang lain kata ianya tak tahan tetapi bagi saya berbaloi..kualiti setanding harga..saya tiada masalah dengan mata pengisar ini apa yang saya blender semua hancur dengan lumat..jadi saya percayai dan yakini blender jenama pensonic ini.. Untuk kekuarga berpendapatan rendah jenama ini adalah yang terbaikkk..

murah dan tahan lama.

5.0
Saya sangat mengesyorkan pensonic blender kerana merupakan blender yang paling murah berbanding blender yang lain. Pensonic blender juga tahan lama. Ibu saya telah menggunakan pensonic blender hampir 7 tahun dan sekarang masih dalam keadaan baik lagi.selain itu, bahan yang dikisar juga halus.

tahan lama dan halus jer..

5.0
Blender jenama Pensonic ni adalah blender yang saya beli untuk mak saya. Mak saya memang suka masak asam pedas sebab tu dia suka blender cili kering. Tekstur cili dan bawang-bawang pun halus jer. Saya beli tahun 2013, sampai sekarang masih elok dan tersimpan rapi kerana mak sudah tiada lagi...

Cheap and Use

5.0
My father every Sunday use this blender...like curry chicken,Rendang chicken...His very like do his self!

Tahan lama

5.0
Saya menggunakan pengisar pensonic jenis ini. Mata yang tajam dan memudahkan kerja seharian saya. Mudah di basuh dan di simpan. Tidak penah rosak. Harga juga amat berpatutan berbanding jenama yang lain

Memang lasak dan harga murah

5.0
Pensonic blender ni memang legend. Sewaktu saya kecil dulu memang ibu saya gunakan blender ni untuk mengisar apa-apa yang ingin dimasak. Matanya tajam dan kisaran akan halus cantik. Lebih 10 tahun guna pun masih elok. Sekarang dah rosak kerana motornya tak leh dihidupkan apabila terkena air.

recommended

5.0
Ibu saya suka gunakan blender ini kerana memang sangat lasak. Walaupun guna untuk kisar ais,tiada masalah apa pun. Hampir 2tahun guna blender ni. Rosak sebab bocor dan sekarang ibu tukarkan dengan yang baru. Pun jenama pensonic.

tahan lama dan murah

5.0
saya suka menggunakan blender ini kerana ianya tahan lama,mudah digunakan kerana mempunyai 1 butang sahaja.bahan yang dikisar juga hancur serta tahan lasak. Harga pun murah dan senang didapati

Tahan lasak

4.0
Di rumah mak, dia gunakan blender ini. Dari bersusah payah memikirkan blender yang sesuai untuk diri sendiri, saya turut beli blender yang sama. Dari permehatian dan pengalaman saya, blender ini amat tahan lama. Mak saya sudah menggunakannya bertahun lamanya. Harga juga murah berbanding jenama lain. Pelbagai bahan makanan boleh dimasukkan dan tetap kukuh, tak rosak. Cuma ruang yang tinggi dan sempit sedikit menyukarkan untuk korek bahan kisar atau membasuh bekas tersebut

Mampu milik

4.0
Produk ni memang mampu milik dibandingkan dengan model lain. Ketahanan pun tak kurang hebat dibamdingkan dengan produk dari jenama yang lain.

实际又耐用

4.0
不管打冰沙或搅蔬菜水果都容易,清洗又简单 又不会太震 不错耐用

Terbaik

4.0
Blender yang murah dan sangat berkualiti.

Pensonic blander

4.0
Blander pensonic yg memiliki mata tajam stainless steel yg tajam..warna yang menarik..blander kegemaran rakyat malaysia kerana berbaloi dengan wang yg di keluarkan

Good product

4.0
I was bougt this product few month ago for brending purpose it is good product. It good because it long lasting when brending mile.

Daya kisar yang terbaik

4.0
Saya sudah memakainya selama 2 tahun. Sepanjang penggunaannya saya dapati kisaran yang terbaik dimana barang yang dikisar hancur dengan baik, memudahkan kerja untuk menumis selepas itu. Blender yang tidak bising sangat dan mempunyai lock yang tepat, jadi tidak mudah bergerak dari paksi blender.

Lasak

4.0
Pengisar keringan dan basahan jenama pensonic buatan malaysia berkualiti seiring dengan kedudukannya yang lama bertapak di malaysia. Harus pilih barang buatan Malaysia..harga mampu milik..knp bayar lebh??sedangkan fungsian dan pengunaannya sama atau lebh drpd brand berjenama lain..tahniah

masih setia dengan blender ni

4.0
keep buying this brand even this brand asyik rosak sebab dah selesa dan arahan button mudah difahami oleh nenek saya. harap harap ni kali last lah beli

Great value for money

4.0
Great blending ability. Awesome value for money. I would highly recommend this blender to anyone. Its a bit of a hassle to wash but I imagine so are all other blenders. It doesn't come with a lot of additional widgets, just plain simple blender for those who want a simple reliable item. It's not too bulky so wouldn't take much space on your kitchen. Definitely worth the buy and can last quite long. The noise is a bit loud but still acceptable!

sangat berkualiti

4.0
Saya gunakan blender pensonic ini lebih 5 tahun.masih elok dan masih sama seperti baru.sangat mudah untuk sediakan cili giling.blender kering juga bagus , biasanya saya gunakan untuk kisar gula. Sangat berpuas hati

Blender kegemaran saya

4.0
Blender ni merupakan kegemaran saya kerana masalah untuk mengisar buah-buahan atau bahan kisaran memasak tiada masalah. Memang hancur dengan lumat. Walaupun guna dalam jangkamasa yang panjang,pisau pengisar tetap tajam dan bahan kisaran tetap halus

murah dan ok

4.0
keluarga saya menggunakan pensonic pb 3203 blender di rumah untuk kegunaan harian. Memang sangat mengagumkan serta harganya yang jauh lebih murah dari jenama lain. Masih berfungsi dengan elok dan sangat mudah di cuci. highly recommended :)

Tahan lama dan tahan lasak

4.0
Ibu saya suka gunakan blender ini kerana memang sangat lasak. Walaupun guna untuk kisar ais,tiada masalah apa pun. Hampir 2tahun guna blender ni. Rosak sebab bocor dan sekarang ibu tukarkan dengan yang baru. Pun jenama pensonic.

Pensonic Blender

3.0
Harga nya paling murah berbanding jenama yang lain.Bahan yang diblend semua halus dan matanya yang tajam.Blender ini hanya mempunyai satu butang sahaja.Mudah dan cepat.Boleh mengisar banyak bahan dalam satu masa.Cuma balang blender tidak tahan lama.Sudah dua kali saya membeli jenama ini.Motornya mudah rosak jika terkena air.Jika jaminan ditambah tempoh pasti saya akan mengesyorkan pada rakan-rakan saya.

We are checking your review. This could take a few seconds, please wait...

Leave a review