Nestle Cookie Crisp
Cereal or biscuit?
Bijirin ni biasanya tak sempat dijadikan sarapan. Saya dan adik-adik gemar meratah begitu sahaja sambil menonton tv. Rasa rangup dimakan seperti biskut dan macam tak boleh berhenti dari kunyah. Bagaikan makan biskut saiz mini
Cap Limau Yu Yee Oil
Minyak wajib ada
Sejak kecil lagi saya menggunakan minyak yu yee. Minyak ini sinonim digunakan pada bayi. Tapi saya sehingga dewasa begini pun masih setia dengan yu yee berbanding minyak lain. Sebab minyak ini amat melegakan, berkesan dengan pantas dan bau sedap.
Pensonic PB-3203 Blender
Tahan lasak
Di rumah mak, dia gunakan blender ini. Dari bersusah payah memikirkan blender yang sesuai untuk diri sendiri, saya turut beli blender yang sama. Dari permehatian dan pengalaman saya, blender ini amat tahan lama. Mak saya sudah menggunakannya bertahun lamanya. Harga juga murah berbanding jenama lain. Pelbagai bahan makanan boleh dimasukkan dan tetap kukuh, tak rosak. Cuma ruang yang tinggi dan sempit sedikit menyukarkan untuk korek bahan kisar atau membasuh bekas tersebut