Sebamed Children Shampoo
Tidak pedih dan melembutkan rambut
Shampoo yang sgt best sbb tidak pedih utk mata baby dan membantu membuatkan rambut baby lembut. Sesuai utk semua peringkat umur. Baby pun suka sbb bau dia tk kuat sangat dan bau sangat sedap
Sebamed Baby Diaper Rash Cream
Berkesan dan mencegah gatal-gatal
Sangat berpuas hati dengan sebamed diaper cream ni sbb membantu untuk mencegah baby saya dari gatal-gatal dicelah peha. Walaupun baby dh dua tahun tapi saya masih lagi menggunakannya
Bio-essence Tanaka White Double Whitening Cleansing Foam
Pencuci muka yang selamat dan berkesan
Saya telah menggunakan pencuci muka bio essence tanaka ni sudah masuk tahun kedua. Pencuci muka yang sangat selesa, buih yang banyak tetapi tidak mengeringkan kulit. Pencuci yang mampu mengurangkan minyak dimuka saya. Setiap kali beli saya mesti pilih yang pek berkembar kerana lebih jimat dan saya yakin dengan pencuci ini. Pencuci muka yang memang selamat digunakan dan sangat disarankan kepada pengguna yang mempunyai masalah kulit berminyak seperti saya.
Vaseline Healthy White Body Lotion Perfect 10
Lotion yang tidak melekit
Lotion vaseline memang menjadi pilih kerana ianya tidak melekit dalam masa yang sama ianya melembabkan kulit. Lotion ini terus menyerap terus ke kulit semasa saya menyapunya ke kulit. Kesannya juga mampu mencerahkan kulit dan baunya juga menyenangkan
Acson A5WM10/A5LC10 1.0HP Air Conditioner (R410A)
Aircond yang tahan lasak
Saya sudah menggunakan aircond jenama acson sudah 5 tahun tetapi performance tetap hebat. gasnya tidak pernah bocor cuma perlu diselenggara secara berkala. Walaupun saya cuma melaraskan suhu pada 24-27 darjah celsius sahaja tetapi ianya tetap sejuk. Aircond yang mampu memberi penjimatan kepada pengguna.
NESTLÉ Fat Free Yogurt
Membantu dikala gastric
Saya sangat suka yogurt nestle dan menjadi pilihan saya jika saya mengalami sembelit ataupun gastric. Ianya membantu sistem pencernaan saya. Harganya juga berpatutan dan rasanya sedap. Yogurt low fat akan tetap menjadi pilihan.
Avent Bottle Natural 260ML/9oz
Puting yang selesa dan anti colic
Bayi saya telah menggunakan botol susu avent sejak umur satu bulan dan dia sangat selesa dengan puting avent yg natural. Bayi saya juga tidak pernah mengalami kembung perut apabila menggunakan botol susu ini. Saya rasa walaupun harganya boleh dikatakan mahal tetapi saya tidak ragu-ragu untuk membelinya kerana bayi saya selesa.
PetPet Disposable Baby Diaper
Lampin yang tiada kebocoran
Saya telah menggunakan lampin petpet dari bayi saya lahir sampai sekarang. Sangat berpuas hati kerana tiada kebocoran walaupun bayi saya memakainya dari malam sehingga pagi. Harga yang ditawarkan juga berbaloi jika dibandingkan dengan jenama yang lain. Kini sudah hampir 4 bulan saya memakai lampin petpet tanpa menukar ke jenama yang lain walaupun ada yang lagi murah dari petpet.
TYT Herbal Medicated Oil
Berkesan menghilangkan gatal gigitan serangga kecil
Saya menggunakan minyak ini untuk baby sy jika dia terkena gigitan serangga dan minyak ini sgt membantu. Berkesan menghilangkan bintat dan gatal-gatal. Baunya juga sangat menyenangkan baby saya. Very recommended.