Kjeldsens Butter Cookies
Legend!
Biskut yang tidak pernah muak dan rasa tidak berubah dari dahulu. Antara biskut yg sedap, ranggup dan keluarga sgt menyukainya.
The Body Shop Vitamin E Intense Moisture Cream
KULIT KERING TIADA LAGI!
Bagi mereka yang bekerja di pejabat dan mengalami masalah kulit kering. Boleh lah mencuba produk ini. Semestinya The body shop antara jenama terbaik dan bagi produk vitamin E intense moisture cream, ini antara produk yang terbaik. Ia sgt lembut, dan menyerap ke kulit. Seperti minyak tetapi ia tidak memberi kesan pada wajah. Wajah tidak nampak tompok tetapi ia terus menyerap ke kulit. Kulit kelihatan sihat dan berseri.
Pureen Liquid Cleanser
Tiada penganti !
Apa yang menarik tetang produk ini ialah ianya produk yang tiada kesan cecair pembersih lain. mudah digunakan, wangi, dan yang penting, bahan semulajadi digunakan dan selamat bagi bayi dan kanak-kanak. Setiap ibu pastinya mengunakannya bagi mencuci segala keperluan bagi bayi. Ianya produk yang dijamin selamat dan tiada ragu-ragu mengunakannya.
Ramly Beef Burger
KEGEMARAN KELUARGA
Suami saya pengemar setia produk dari Ramly. Dari kecil katanya memang menjadi pilihan keluarga. Kini berkeluarga, Ramly diteruskan dan saya kini penguna setia Ramly. Apa yang menarik daging burger Ramly daging ini kerana setiap kunyahan terasa kemanisan dagingnya. Burger ramly mudah dimasak, dan daging nya terasa sungguh lazat seperti home made. Pilihan citarasa keluarga!
Buds organic : Children toothpaste 3-12 year old
ANAK SUKA DAN BAIK
Bagi pemilihan ubat gigi pada usia bayi, saya memilih untuk yang lebih baik dan tiada bahan pengawet atau bahan yang terlarang. Ubat gigi dari Buds pilihan anak saya dari usia 1 tahun hingga kini 4 tahun. Kedua-dua anak suka rasa dan tiada masalah untuk menyuruh anak memberus gigi. Anak saya tidak perlu dipaksa, kerana rasa dan dia bebas boleh ditelan menyebabkan saya sendiri yakin dengan produk ini.
Sudocrem
TERBAIK!
Produk yang memang saya syorkan kepada semua ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Masalah gatal pada kulit baby yang terdapat pada lampin akan menyebabkan ketidak selesaan pada anak. Melecet dan merah pada bontot anak saya dan ditepi kangkang anak saya hilang beberapa hari sahaja. Sangat berkesan dan cepat! Memang saya syorkan pada yang mengalami masalah tersebut pada anak bolehlah mencuba cream ini. Sangat berpuasa hati. Anak selesa, ibu suka!
Philips Avent Elephant Gift Set (Girl) Natural 9oz/260mle Slow Flow Nippl
Pilihan terbaik!
Dari anak saya kecik, new born sehingga kini berusia 4 tahun saya memberi susu menggunakan botol avent. Semestinya pembaharuan pada botol avent Elephant gift set ini sangat terbaik. Ciri-ciri yang senang dipegang, dan kualiti produk yang senang dicuci dan yang penting puting susu nya senang di cuci dan tidak mudah koyak. Tahan lama, dan mempunyai ciri-ciri kebersihan. Penutup yang tidak mudah tanggal dan mudah digunakan.
Vaseline Serum Total Moisture Nourish
Melembutkan kulit berkesan
Saya pengguna setia produk ini. Permulaan mungkin mengambil masa untuk mendapat kesannya. Tetapi ini menambahkan kepercayaan saya bahawa produk ini mengunakan bahan semulajadi. Apa yang menarik produk ini ialah ia menyerap ke kulit dan memberi kesan yang terbaik. Sekiranya pengguna yang bekerja di dalam penghawa dingin. Bolehlah mencuba produk ini. Kerana di dalam tempat sejuk, kulit cepat kering dan apabila disapu produk ini terasa lembut dan tidak berminyak. Semestinya memberi kesan baik pada kulit anda!
Obimin
Supplement lengkap untuk mengandung
Bagi sesiapa yang mencari vitamin untuk kandungan, bolehlah mengambil New Obimin ini. Lengkap kerana terdapat banyak vitamin di dalamnya. Antaranya Vitamin A, D, C, B1, B2, B6 , B12, Folic Acid, Iron dan pelbagai vitamin terbaik. Kesan selepas makan tiada, tiada rasa mual, tiada rasa pening dan boleh diambil sehari sekali. Pilihan ibu mengadung!
IN2IT BB Aqua Make Up Cream BQA01
Selesa digunakan
Sesiapa yang mencari produk yang selesa dan tidak berminyak, inilah produk yang sesuai untuk muka normal. Saya berkulit normal dan senang dipakai. Make up cream dari IN2IT ini sememangnya selesa dan tidak bertompok. Apabila di tempat panas make up tidak cair dan menampakkan flawless pada muka.
Dettol Original Shower Foam
WANGIAN SEPANJANG ZAMAN
Sabun yang digunakan dari dulu hingga kini. Sabun yang sememangnya digemari seisi keluarga. Wangian yang sangat menyegarkan dan melindungi dari jangkitan penyakit. Semestinya sangat suggest untuk guna produk ini untuk kebersihan dan kesegaran keluarga.
Enfagrow A Enfamama A+
Terbaik
Anak saya minum dari usia 1 tahun sehingga kini 3 tahun. Sememangnya produk yang terbaik, tiada cirit birit ketika kecik, penuh kebaikkan dan diminati oleh anak saya.
SIMPLY ELEGANT LIPSTICK ULTRA MOIST
TERASA LEMBAB SEPANJANG HARI
Bagi yang mencari gincu yang lembab dibibir sepanjang hari, boleh cuba SimplySiti simply elegant lipstick ultra moist. Memang terbaik! Saya suka sebab warna banyak dan menarik!