F&N 100 Plus
Minuman yang mengembalikan kecergasan
Memang saat bersukan atau melakukan aktiviti riadah, 100 plus adalah pilihan saya. Memang mampu menghilangkan rasa dahaga dan rasa kembali cergas. 100 plus juga yang saya cari saat saya demam atau cirit birit. Sihat tanpa ubat ubatan. Terima kasih 100plus!
Nestle MILO ACTIV-GO
KEGEMARAN SEKELUARGA!
Stok yang harus ada dirumah setiap masa. Minuman yang wajib setiap pagi untuk suami. We love it! Rasanya tetap tak dapat dilawan oleh perasa coklat yang lain. Milo memang berbeza. Ada daya tarikannya tersendiri. Even saya sendiri pernah mencuba pelbagai jenis minuman coklat atau malt yang lain, tapi akhirnya tetap kembali pada MILO! Memang best
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Segar selepas mandi
Gel mandian kesukaan saya! Rasa segar dan wangi je lepas mandi. Memang tak miss repeat bila habis
Vaseline Healthy White Body Lotion Perfect 10
Kulit tak kering dan kusam
Lotion ni sesuai sangat untuk kulit kering seperti saya, baunya yang wangi membuatkan rasa nak pakai tanpa henti!
Pixy UV Whitening Two Way Cake SPF 15 Refill Yellow Beige
Produk terbaik untuk kulit saya
Best sangat pakai compact powder ni. Dan lagi best boleh dipakai dalam 2 cara samada dengan span bedak kering atau basah. Kedua dua cara tetap ngam dengan kulit wajah, tak bercapuk dan mekap tahan walaupun lepas balik dari kerja!
Nescafe Cans
Paling suka latte!
Nescafe adalah pilihan saya setiap pagi dan setiap masa, tak kira petang atau malam. Mulakan hari tanpanya ibarat tak bersemangat rasanya. Nescafe ibarat teman rapat saya. Saya mencarinya saat suka dan duka saya. Bagi saya ia penghibur terbaik yang saya ada.. terima kasih nescafe kerana telah menceriakan hari saya! My life is empty without you!