Lady’s Choice Peanut Butter
9 bulan ketahanan
Lady's Choice Peanut Butter sangat sedap. Memang kegemaran seisi keluarga saya. Kalau tiada memang anak akan suruh beli. Rasa asli kacang yang enak sesuai dimakan dengan roti, biskut & snek-snek yang lain. Ia boleh bertahan sehingga 9 bulan. Ditutup dengan rapat & kemas. Di simpan di tempat yang betul adalah satu penjagaan yang bijak.
Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash
Haruman Feminin Eksotik
Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash adalah pembersih wanita 99% manjakani tulen. Ia mengandungi pelbagai ekstrak herba tradisional. Sesuai untuk semua peringkat umur iaitu seawal kanak-kanak sehingga wanita dewasa. Haruman feminin eksotik yang sangat memberikan ketenangan. Ia memberi ketenangan & meringankan kawasan intim. Ia juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka terutama selepas bersalin atau bahkan untuk pengantin baru.
Dymatize Super Mass Gainer 12 lbs Chocolate
Minuman sukan yang sempurna
The Dymatize Super Mass Gainer 12 Lbs Chocolate adalah minuman sukan yang sempurna buat suami saya. Mencuba produk ini memberi kesan yang amat baik pada badan suami. Minuman ini boleh membuat pembinaan otot yang boleh dikatakan berjaya. Ia juga mempercepatkan pemulihan. Ia sangat baik kerana mengandungi nutrien, vitamin & mineral yang seimbang. Bagi saya perubahan pada badan suami amat memberangsangkan oleh kerana minuman ini mengandungi bahan-bahan yang baik bagi mengekalkan jisim badan dengan sempurna. Ia amat baik kerana tiada pemanis tiruan.
Eagle Brand Telon Oil
Elak kembung perut dan gatal-gatal
Saya memang menggunakan minyak telun ini dari awal mempunyai bayi. Baunya yang kurang panas dan tekturnya yang tidak melekit sangat bagus untuk kulit bayi saya. Ia terus menyerap ke dalam kulit dan meredakan masalah kembung perut . Ia juga bukan sekadar itu tetapi ia boleh juga melegakan masalah gatal-gatal di gigit nyamuk. Pembungkusan yang menarik kerana kepala botol bewarna merah jambu. Ia bukan sahaja digunakan untuk bayi tetapi seisi keluarga saya.
Botaneco Garden Organic Argan & Virgin Olive Oil Smooth & Shiny Conditioner
Perapi yang terbaik
Kalau sudah menggunakan shampoo, mestilah menggunakan perapi. Perapi paling terbaik yang saya pernah jumpa adalah Botaneco Garden Organic Argan& Virgin Olive Oil Smooth & Shiny Conditioner ini. Perapi yang merapikan rambut dari hujung sampai ke akarnya. Rambut saya tak gerbang dan kembang lagi. Rambut saya kini lebih lurus dan terurus. Ia juga menguatkan rambut saya dari putus atau gugur. Baunya yang amat menyegarkan saya dan orang sekeliling saya. Saya tidak perlu menggunakan minyak rambut lagi kerana ia sudah cukup membantu untuk rambut saya. Besttt....
Botaneco Garden Organic Argan & Virgin Olive Oil Smooth & Shiny Shampoo
Sangat segar
Botaneco Garden Organic Argan & Virgin Olive Oil Smooth & Shiny Shampoo memang sama yang dikatakan oleh semua orang mengenainya. Menggunakan shampoo ini mengalami ketenangan yang tinggi dan menghentikan tekanan di luar rumah. Bauny yang harum memang wangian dari buah olive memberi kesegaran yang berpanjangan pada kulit kepala. Mengandungi minyak argan lagi menambah baik untuk rambut yang kusam dan tak bermaya. Setelah menggunakan shampoo ini rambut ringan, cantik, harum dan paling best ia berkilau. Pembungkusan botol ini menarik kerana sepertu jus minuman tetapi kekal cantik dan padat. Saya sangat sukakannya.
Nutriva Oliferin PurEssence Plus
Awet muda
Suka sangat dapat mencuba produk Nutriva Oliferin PurEssense ini adalah kerana bahan alami dan semulajadi yang terkandung dalam produk ini. Memberi banyak oksigen untuk kulit dan anggota badan saya. Sistem imun yang tinggi untuk tumbuh badan saya dan sekitarnya. Semestinya memberi keriangan untuk saya menangani masalah rutin harian saya. Ia membantu mengekalkan kecerdasan, malah sendi-sendi juga terbela. Saya juga berasa cergas dan rasa bebas dari kuman. Pembungkusan yang amat menarik kerana warna hijau adalah warna alami dan semulajadi. Pasti ramai yang tahu akan kebaikkannya.
Nutriva A-Rimau
Tambah tenaga
Terima kasih beri peluang untuk saya mencuba produk Nutriva A-Rimau ini pada suami saya. Ternyata memang ia memberi kesan tambah tenaga kepada suami. Suami saya seorang mekanik, memerlukan daya stamina yang tinggi dan mental. Dia juga sering mengalami tekanan kerana tekanan kerja yang berat dan banyak teka-teki bagi menyiapkan sesuatu kenderaan atau barang yang rosak. Dengan pengambilan produk ini. Keadaan suami lebih maintance. Dia juga kurang tekanan dan masih boleh melayan saya dan anak-anak. Pembungkusan seperti tablet ubat biasa yang berada di pasaran. Logo juga menarik dan nampak lebih fokus kepada lelaki.
Chewies Immuno Licious
Penambah baik sistem imun badan
Kanak-kanak terkenal dengan ketangkasan, aktif dan sentiasa ceria. Mereka amat menyukai makanan yang manis dan barang-barang yang menarik. Chewies Immuno Licious telah mencipta dan perkenalkan pada mereka tentang kebaikkan manis dalam bentuk vitamin seperti gula-gula gummy. Ia sedap, enak, penuh rasa buah dan manis. Menarik perhatian anak saya juga untuk makan. Ia sangat bagus untuk penambahbaikkan sistem immun badan kanak-kanak dan juga dewasa. Ia mencegah dari terkena jangkitan dari sakit. Vitamin ini membantu saya untuk menjaga anak saya dengan lebih baik dan sihat. Walaupun mereka sering bermain, aktif dan adakala suka bermain kotor.
St Ives Apricot Fresh Skin Body Scrub
Tidak menyekat liang Pori-Pori
Ia bertindak secara mendalam untuk mendedahkan kulit licin, berseri. Membersihkan dalam, dengan serta-merta meninggalkan kulit licin dan bercahaya. Dengan serta merta mendedahkan cahaya semula jadi kulit. Dibuat dengan exfoliants semula jadi 100% seperti serbuk shell walnut. Hypoallergenic & Bebas Paraben. Diuji secara dermatologi & tidak menyekat pori-pori.
Sebamed Baby Cream (Extra Soft)
Dengan Nilai pH 5.5
Perlindungan kulit yang sangat baik terhadap cuaca sejuk, pencegahan ruam lampin dan rangsangan proses penyembuhan. Menyatukan rintangan kulit halus bayi. Dengan nilai pH 5.5 Krim Baby sebamed terbukti secara klinikal. Tanpa bahan tambah warna. Perlindungan intensif untuk kulit bayi yang halus. Melindungi terhadap pengaruh alam sekitar yang berbahaya. Kaya dengan panthenol, allantoin dan ekstrak camomile, pelembab dan pelindung kompleks melegakan dan regenerasi kulit yang merengsa. Mudah digunakan dan mudah diserap
Botaneco Garden Trio Oil Shampoo Repair & Strengthen
Perapi Pelembap yang alami
Menggunakan shampoo sahaja tidak mencukupi untuk mahu rambut lebih terurus, lembut dan rapi. Saya menggunakan perapi atau pelembap iaitu Botaneco Garden Trio Oil Shampoo Repair Strengthen. Sangat baik untuk rambut saya yang kelihatan lebih rapi. Seperti rambut di salun di spa kecantikkan.
Botaneco Garden TRIO Oil Anti Dandruff Shampoo
3 Trio Oil yang alami
Saya mempunyai masalah kulit kepala gatal, berminyak dan kelumumur. Sudah saya cuba pelbagai produk tetapi hasilnya masih tidak memuaskan. Saya mencuba Botaneco Garden Trio Oil Anti Dandruff Shampoo, ia menunjukkan hasil yang lebih baik dari sebelum ini. Ia diuji secara dertamalogi ia sangat efektif kepada kulit kepala saya. Bahan yang alami dengan 3 minyak yang sangat baik untuk kulit kepala. Pembungkusannya amatlah menarik. Pada awalnya saya ingat ia adalah sebotol minuman tetapi rupanya ia adalah shampoo. Saya suka akan shampoo ini kerana ia sudah menyelesaikan masalah saya.
LIFE FACTOR Zembren
Cergas dan Cerdas
Sebelum ini saya mempunyai masalah kesukaran untuk tidur. Perlukan masa yang lama untuk melelapkan mata. Badan pula mudah letih dan fikiran juga terganggu. Ia seumpama memberi tekanan kepada saya. Sejak pengambilan Zembren kualiti tidur saya semakin baik dan pulih. Badan saya juga tidak mudah letih. Saya juga berfikiran positif dan banyak idea menarik untuk dibuat. Emosi saya juga tenang dan tidak terganggu. Dari segi pembungkusan, ia seperti biasa. Sama seperti produk makanan tambahan yang sebelum ini ada di pasaran.
Biogreen Pink Lady Oatmilk
2 in 1
Saya sangat suka beli produk yang boleh digunakan seisi keluarga adalah kerana ingin berjimat, sihat dan boleh menikmati bersama. Saya suka akan produk Biogreen kerana dia telah mencipta Biogreen Pink Lady Oatmilk. Bagi saya ia 2 dalam 1 adalah kerana kanak-kanak seawal 1 tahun dan ke atas boleh menikmati bersama. Pek kedap udara amat saya sukai kerana kualitinya terjaga. Warna pink yang lembut melambangkan ciri kewanitaan, bersih dan sihat. Selain dapat berdiet saya juga dapat banyak manfaat dengan makan atau minum oat ini. Ia bagus untuk sakit haid, monopaus, melancarkan peredaran darah. Meningkat sistem imun badan saya, memberikan saya tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Paling yang saya suka, ia dapat menyingkirkan toksin degil dalam badan saya. Ia bukan untuk saya tapi untuk seisi keluarga saya.
Redoxon Effervescent Double Action Vit C & Zinc 30 tablets
Cegah penyakit berjangkit
Suami saya agak sensitif orangnya adalah kerana dia menghidap paru-paru berair sejak bayi lagi. Ia mudah berjangkit apabila bertemu dengan orang sakit. Lagi-lagi bila seseorang itu batuk, selsema atau demam. Terus dia akan berjangkit. Dengan itu, saya mencuba Redoxon Effervescent Double Action Vit C & Zinc 30 tablets. Kini, sejak pengambilan yang diperlukan suami saya kurang sakit kerana Redoxon ini mempunyai Zink dan vitamin yang tinggi. Pek mudah kenal dengan warna kontra seperti oren memang amat sesuai dengan kesannya yang banyak beri manfaat pada saya dan suami. Ia juga mudah di bawa dan ia dalam bentuk tablet. Hanya perlu air mineral di sisi.
Go & Grow by Similac® Baby Food Pouches With OptiGRO™
Mudah di bawa
Seperti yang orang tahu kanak-kanak amat gemarkan snek dari makanan yang sihat. Mereka amat terabai dari segi makanan yang sihat. Dengan keaadan ini, saya mencuba Go & Grow by Similac® Baby Food Pouches With OptiGRO™. Ia amat mudah di bawa ke mana sahaja. Pek yang amat menarik dengan warna yang terang. Rasanya juga enak. Ia mempunyai 4 perisa yang berlainan. Terdapat perisa sayur dan buah-buahan. Dengan cara ini amat mudah dan memujuk untuk beri makanan sihat ini kepada anak saya. Ia mengandungi DHA yang tinggi untuk pertumbuhan sel-sel otak berhubung dan Vitamin E untuk kebaikkan kulit dan mata.
Similac® Alimentum®
Bagus untuk yang alah susu lembu
Anak saya mengalami alahan susu lembu. Bila dia minum susu lembu, dia akan muntah dan terus hilang selera makan. Ia menjadikan berat anak saya berkurangan. Saya mencuba Similac Alimentum alhamdulillah, ia sikit-sikit berjaya dan dapat diterimanya. Anak saya sudah tidak muntah lagi. Selera makan juga seiring dengan pengambilan susu ini. Bungkusan susu ini juga kualiti, kedap udara dan warna yang sangat menarik iaitu warna purple. Mudah untuk dicari dan dijumpai kerana warnanya yang sangat menarik pandanngan.
Mamee Vegetarian Flavour Instant Noodle
Sesuai untuk yang berdiet
Memang tidak dapat dielakkan rutin harian saya dengan makanan segera seperti mamee. Sibuk sepanjang masa saya harus mengambil makanan yang mudah dan cepat. Tetapi kali ini lain sedikit kerana saya telah memilih perasa Mamee Vegetarian. Ianya tidak pedas dan sangat sesuai untuk orang yang ingin berdiet. Walupun ianya segera tapi ada kebaikkan untuk saya. Mudah, cepat, sedap dan sihat. Pek bungkusan yang bewarna hijau bagi saya melambangkan warna sayur. Sangat cool!! Seminggu mesti sekali makan Mamee Vegetarian ni. Nyummy!!
Yashkri Pure Coconut Oil
Minyak pelbagai guna
Minyak ditekan kayu 100% Asli dari India. Minyak ini diuji di makmal di Malaysia dan India sebelum melepaskannya ke pasaran. Minyaknya disahkan halal yang diakui oleh Jakim. Semua minyak selamat untuk memasak, membakar dan penggunaan luaran dan meminumnya dengan kemas. Ianya 100% Tulen, 100% Semulajadi, 100% Bukan GMO. Ianya tidak mengandungi kimia, tanpa Pengawet, tiada Lemak trans. Bebas Gluten, Vegetarian dan Vegan. Ini adalah minyak yang dapat digunakan untuk memasak, program penurunan berat badan dan sebagai pelembap pada kulit serta boleh dijadikan minyak rambut.