Silkygirl Matte Junkie Lip Gloss 01 Retro
The best lip matte????
First try using my cousin this lip matte, i fall in love with retro color ??.. very nice color and suitable with my lip..easy to apply..and the price is cheap.. but always sold out..love Silky girl lip matte ??
Head & Shoulder Cool Menthol Shampoo
The best shampoo!!
Head and shoulder Anti Dandruff Cool Menthol shampoo sangat bagus. Terasa kulit kepala fresh dan sejuk lepas menggunakannya.. kini kulit kepala saya bebas daripada kelemumur. Sudah 2tahun saya menggunakan syampu ni.. harga yang mampu milik berbaloi untuk keberkesanan syampu ni.. terima kasih HEAD AND SHOULDER ANTI DANDRUFF COOL MENTHOL SHAMPOO
Vaseline Healthy White Body Lotion Perfect 10
Lotion yang sangat bagus untuk kulit kering
Lotion vaseline ni sangat sesuai dengan kulit saya yang kering dan sensitif. Ia melembutkan dan melembapkan kulit saya. Lotion ni juga cepat meresap ke dalam kulit so bila pakai tidak akan merasa melekit macam lotion jenama lain. Sangat recommended bagi yang berkulit kering. Baunya pun sangat wangi dengan harga yang mampu milik.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Bagus untuk yang muka berjerawat
Saya gadis yang meningkat remaja, masalah hormon sangat ketara menyebabkan kulit muka saya sentiasa ditumbuhi jerawat, berminyak dikawasan t-zone..pelbagai produk saya telah guna, tetapi semua membuat kulit muka saya makin teruk dan saya berasa kurang keyakinan diri..masalah ini dapat diatasi setelah saya banyak membaca review diblog-blog, twitter dan facebook, mostly pengguna yamg mengalami masalah yang sama mencadangkan cetaphil..saya mencuba untuk beberapa minggu, alhamdulillah keputusan dia sangat bagus..jerawat saya makin berkurangan, kulit muka saya sudah tidak berminyak seperti sebelum ni..walaupun saya period jerawat hanya satu atau dua sahaja..sebelum ni selalu naik jeraway yang besar-besar sehingga meninggalkan parut dimuka sy.. kekurangan produk ni adalah harga..harga dia sedikit mahal..tetapi yang bagusnya cetaphil ni dermatologi tested..so sangat bagus untuk sesiapa yang mengalami masalah kulit muka yang kusam dan berjerawat..selepas mencuci menggunakan cetaphil anda akan rasa sangat segar dan muka terasa halus dan lembut..PALING BEST CETAPHIL TAK ADA BUIH-BUIH macam pencuci muka biasa kita pakai..love it!!
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Sesuai untuk kulit sensitif
Saya selalu mengalami masalah kulit dimana jika saya tersalah guna produk sabun mandi atau produk tersebut mengandungi bahan pewangi, kulit saya akan mengalami kegatalan yang sangat teruk dan sampai bernanah..saya terpaksa berjumpa dengan doktor..doktor mencadangkan saya menggunakan lifebuoy sebab dia mengandungi antiseptik yang boleh membunuh bakteria..ia juga sejenis medicated..so selepas saya menggunakan lifebouy alhamdulillah kulit saya tiada lagi masalah..LIFEBUOY SANGAT BAGUS!
Head & Shoulder Cool Menthol Shampoo
Sangat bagus untuk rambut dan murah
Dulu saya mengalami masalah gatal-gatal dan kelemumur..disebabkan kelemumur yang banyak dan teruk kulit kepala saya berbau busuk..dah bermacam produk saya guna..akhir sekali ada seorang kakak dekat watsons cadangkan saya guna syampu ni..hasilnyaa sangat bagus, terasa sangat sejuk kulit kepala, wangi..kelemumur saya makin makin berkurang..sangat membantu bagi yang mengalami masalah kelemumur,..kekurangan produk ni dia mengambil masa yang lama sedikit dalam seminggu hingga ke 2 minggu bergantung pada tahap kelemumur kita..so sangat recommended!
Bio-Essence 24K Rose Gold Water
Kulit lembab dan glowing..parut jerawat pudar
Saya sangat suka Bio Essence Rose Gold water sebab ia menjadikan kulit saya lembab, parut-parut jerawat dekat muka saya pun makin pudar..packagingnya cantik nampak exclusive..bau yang sangat wangii..bila pakai muka rasa tegang dan anjal..harga yang berpatutan..besttt ??????