Wise Nutrition NEM SJMM Capsules
Terbaik
Saya sangat berpuas hati dengan produk ini kerana ia memberi kesan seperti yang dinyatakan iaitu seawal 7 hingga 10 hari. Dulu, apabila saya tunduk, akan ada bunyi dipinggang. Tetapi, kini makin baik dan produk ini berkesan. Ia juga tiada kesan sampingan dan selamat digunakan untuk semua peringakat umur disamping itu ia juga mempunyai halal. Jadi, tidak perlu ada rasa was was untuk menggunakannya.
Eversoft GINGKO & YUZU
Sesuai untuk kulit berminyak
Saya sangat berpuas hati dengan produk ini kerana ia mampu mengawal minyak di wajah saya. Selain itu, jerawat juga tidak sebanyak dulu kerana produk ini mampu membersihkan muka dari kotoran yang membuatkan jerawat.
Adabi Banana Fritter Batter Mix (Tepung Goreng Pisang)
Sedap
Sangat sedap apabila dicampur dengan pisang untuk dimasak menjadi goreng pisang. Mampu mengarupkan makanan tersebut dan menambah selera makan. Harganya juga murah dan saya berpuas hati dengan produk ini.
Hisamitsu Salonpas Pain Relieving Patch
Mampu menghilangkan lenguh
Mampu menghilangkan lenguh dan sakit dalam badan. Hanya menggunakan produk ini, ia mampu melegakan rasa sakit seperti sakit belakang dan bahu. Sangat berpuas hati dan harga yang berbaloi.
Syahirah Olive Oil
Wangi
Produk ini bukan sahaja boleh dijadikan minyak rambut, malah ia juga boleh digunakan untuk kuku. Untuk rambut, ia mampu melebatkan rambut dan mengawal keguguran rambut. Manakala, untul kuku, ia mampu memberi vitamin kepada kuku untuk melembutkan kulit.
Himalaya Clear Complexion Whitening Face Wash
Bagus
Sangat berpuas hati dengan produk ini kerana ia mampu menjadi scrub yang bagus. Apabila saya menggunakannya, ia mampu menghilangkan blackheads dan menaggalkan sel2 kulit mati. Saya menggunakan produk ini selepas mencuci muka sebagai deep cleansing.
Fruitale Fair White UV Lemon Soap
Harga yang berbaloi
Harga yang sangat berbaloi dan sangat berpuas hati apabila menggunakannya kerana ia sangat wangi. Walaupun harga yang agak murah berbanding sabun yang lain, ia mampu memberikan wangian yang sama taraf dengan sabun yang lain.
Rexona Women Passion roll On Deodorant
Best
Bau rexona ini sangat harum dan mamou kekal untuk seharian walaupun melakukan pelbagai aktiviti pada hari tersebut. Selain itu, ia juga tahan lama dan berbaloi untuk harganya. Sangat berpuas hati
Safi Fruity Fresh Grape
Sesuai untuk kulit normal
Saya suka menggunakan Safi Fruity Fresh Grape sebab ia mampu menanggalkan kotoran diwajah kerana microbeads yang seperti scrub mampu menyegarkan kulit wajah. Ia juga mampu menanggalkan kulit mati bagi mengelakkan terjadinya blackhead.
Safi Brightening & Moisturising Facial Cleanser
Tidak berapa sesuai dengan saya
Tidak berapa sesuai dengan kulit muka saya kerana kulit saya yang agak berminyak. Namun, bagi kulit yang kering, ia mampu memberi kelembapan kepada kulit dan mampu mencerahkan kulit. Kandungan bahan tersebut sangat effective seperti namanya.
SAFI RANIA GOLD FACIAL CREAM CLEANSER
Tidak berapa sesuai
Tidak berapa sesuai dengan kulit muka saya. Tetapi kandungan pencuci muka ini sangat bagus dan akan sesuai dengan orang yang mempunyai kulit yang tidak terlampau sensitif seperti saya dan mampu menghilangkan kulit yang kusam
Safi Shayla Anti Hairfall
Best
Syampu yang sangat wangi dan menyegarkan apabila menggunakannya. Mampu mengawal rambut gugur dan menyihatkan rambut kerana mempunyai bahan semulajadi yang baik untuk rambut. Sangat suka syampu ini
Safi Yellow Perfumed Talcum
Wangi
Bedak yang wangi dan sesuai untuk seisi keluarga. Selain mampu menghilangkan peluh, ia juga mampu member kesegaran untuk sepanjang hari. Bau yang menyegarkan dan harum.
Safi Olive Oil
Sesuai untuk rambut
Bukan sahaja boleh digunakan untuk rambut, tetapi ia juga boleh digunakan untuk melembabkan kuku untuk memberikan vitamin dalam kuku. Untuk rambut pula, ia mampu melebatkan rambut dan sesuai untuk seisi keluarga.
Agnesia Antibacterial Powder
Hilangkan ruam
Sesuai untuk semua peringkat umur untuk menghilangkan ruam semasa musim panas. Selain itu, dapat melegakan kegatalan dan akan membuatkan seseorang lebih selesa disamping dapat menjaga kulit.
Jacob’s Weetameal
Fall in love with this biscuit
During my diet process, I took this biscuits as a snack because the sugar level is not too high. The ingredients given is really helpful for me to know how much calory I will consume for every 6 pcs.
King’s Bites Nutmania Vanilla
Cheaper price
The taste is really good. Can be got it at lower price at any King's outlet. The chocolate coating really delicious.
King’s Wafer Yam
Marvelous
I like yam flavor. The taste is really good. Marvelous and delicious that can be got at lower price.
Milo Nutri G
Healty drink
It consist a lot of benefits in one bottle. It can be consumed by all stage of age. Really convenient to bring it anywhere.
SENSODYNE FRESH MINT
Melegakan gigi sensitif
Saya mempunyai gigi yang sensitif apabila meminum minuman yang sejuk. Selepas mencuba produk ini, saya amat berpuas hati dengan kesan yang saya alami sekarang. Gigi saya kurang sensitif dan saya boleh meminum minuman yang sejuk semula. Ini kerana produk ini membantu membaikpulih dengan memberi perlindungan di permukaan gigi yang sudah nipis yang akan mengakibatkan rasa sensitif.