Shieldtox Mosquito Spray Aerosol
Spray nyamuk berkesan
Spray nyamuk jenama shieldtox memang benda yang wajib dibeli pada setiap bulan. Saya suka kerana baunya yang ok dan tidak menyakitkan hidung berbanding jenama lain. Selain itu, selalu ada free gift bila beli kombo dua.
Softlan Lavender Fresh Fabric Conditioner
Haruman yang mendamaikan
Bauan lavender yang mendamaikan hati. Menaikkan mood di waktu pagi supaya dapat bekerja dengan lebih semangat. Pakaian kekal berbau wangi meskipun baju disidai di dalam rumah. Baju jadi lebih lembut, mudah diseterika dan mewangikan rumah.
Ayam Brand Tuna Mayonnaise
Rasa tuna yang sedap
Kalau nak buat sandwich tuna, memang saya beli tuna mayonaise ayam brand ni. Rasa sedap, tidak masin dan boleh dimakan begitu saja. Selalu paling senang makan dengan roti je masa belajar dulu. Kalau roti habis makan macam tu je pun sedap. Terbaik, menjimatkan masa memasak dan janji sedap
F&N 100 Plus
Minuman isotonik penyegar badan
Minuman 100 plus adalah teman setia saya jika berjalan jauh kerana ianya sangat menyegarkan dan dapat membuang angin yang sebu di perut. Bila dah minum barulah keluar angin dan terasa segar badan. Di samping itu, air 100 plus juga saya ambil bila tidak sihat seperti sakit perut, demam kerana ia dapat memberi tenaga semula dan mengurangkan sakit perut.
Enchanteur Perfumed Talcum Charming
Bau wangi
Saya dan keluarga merupakan pengguna bedak taklum jenama enchanteur ini. Satu sebabnya adalah bau bedak ni yang sangat wangi seakan memakai minyak wangi. Bau melekat di badan dan baju. Selain itu baunya yang wangi sangat menenangkan dan tahan lama. I love it.
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Bau best
Memang setia pakai body wash lifebuoy ni.. Bau terbaik. Sedap je dan yang penting sekali tidak melekit apabila pakai berbanding body wash yang lain. Dah lebih 4 tahun menggunakan body wash ni dan akan kekal setia.
Ramly Tempura Chicken Nuggets
Nuggets yang sedap
Kalau nak beli nuggets, memang pasti akan beli jenama Ramly. Jenama yang dipercayai ramai. Harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan kualiti produknya. Sangat suka sebab nuggets tempura ayam kurang minyak, tekstur yang padat dan rasa yang sedap berbanding jenama lain.. Terbaik