AJI-NO-MOTO ®
Penambah kelazatan
Melazatkan makanan dan hidangan.Berpatutan serta mudah didapati dimana-mana supermarket.Penambah perisa ini boleh digunakan dalam semua jenis masakan termasuklah ikan goreng.Namun begitu, tidak digalakkan menggunakannya dalam kandungan yang banyak kerana Monosodium Glumat boleh mengganggu kesihatan seperti sakit kepala ringan.
Huawei Nova 2 Lite
Camera terang dan Face Unlock
Harga yang memuaskan sesuai harga.Saiz skrin yang besar serta adanya sekuriti cap jari ataupun "Face Unlock" memudahkan pengguna membuka kunci skrin dengan cepat.Memori dalaman sebanyak 32gb sangat cukup dan RAM 3gb cukup lancar dan laju.Perisian android mahupun EMUI terbaharu iaitu 8.0."Dual camera" pada kamera belakang menghasilkan kualiti gambar dan video yang jelas.Bagi yang suka berswafoto pula,kamera depan dengan resolusi 8mp ditambah pula dengan "front soft flash" dengan "beauty camera".Data selular yang 4G mungkin agak tidak memuaskan kerana tidak seiring dengan yang terbaru iaitu 4G+.Bateri yang tahan lama jika tidak menggunakan data.Tiada "fast charging" dan tidak kalis air mahupun debu sesuai dengan harga.
Pineng PN-951 10000 mAh Power Bank
Ringan dan nipis
Sangat mempercayai Pineng dalam memilih peralatan smartphone online.Powerbank PN-951 ini memang sangat nipis dan ringan. Boleh dibawa kemana sahaja walaupun hanya diisi dalam poket jeans.Lighting cable yang disediakan memang laju mengecas telefon pintar mahupun peralatan elektrik lain walaupun agak pendek.Design yang moden dan menarik.Permukaan cepat calar dan kabel usb cepat rosak.
Panadol ActiFast
Sangat cepat melegakan kesakitan
Sangat selamat untuk diminum dengan adanya kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.Harga yang meningkat kebelakangan ini mungkin dapat diterima masyarakat kerana kesannya yang cepat.Kesan Paracetamol ini membuatkan saya memerlukannya lagi dan kurang puas jika hanya meminum Panadol yang biasa kerana kebiasaan dengan kepantasannya.
Antabax Bar Soap
MURAH DAN MENYEGARKAN
Sabun antibacterial yang murah berbanding sabun berjenama lain.Mungkin ianya sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit.Bau yang menyegarkan dan tekstur sabun sangat lembut.Sesuai untuk semua peringkat umur,jantina mahupun keturunan.Kulit menjadi halus dan cerah.Mungkin kotak cepat rosak jika terkena air dan mudah kemik.
Nano White Fresh Miracle Mist
Memuaskan
Kandungan yang banyak memang mencukupi untuk digunakan setiap masa. Agak pedas jika terkena pada bekas luka. Menyegarkan dan mencerahkan. Cepat menyerap ke dalam kulit serta mengatasi kulit berminyak.Jerawat mengecut tetapi perlu kerap menggunakan moisturiser ini.Produk ini belum dapat saya dapati di mana-mana pasaraya ataupun beli-belah secara atas talian seperti Lazada.Sehubungan itu,ianya akan membuat kulit kembali segar secara semula jadi.
Clorox Original Bleach
Pilihan sekeluarga
Peluntur yang sangat berkesan untuk memutihkan disamping membunuh kuman.Sesuai dicampurkan dengan sabun untuk kesan yang maksimal.Baunya mungkin sangat kuat dan tidak wangi.Harga yang murah dan mampu milik bagi semua isi rumah.Bagi pakaian ianya terlalu kuat sehingga melunturkan warna yang terang,warna putih menjadi kekuningan jika kerap digunakan dan kain menjadi nipis dan jarang kerana peluntur ini sangat kuat sehingga memberi iritasi kepada kulit manusia .Mungkin pihak Clorox perlu mencari inisiatif yang efektif dalam hal ini.Walhal,ianya masih menjadi pilihan sekeluarga dalam produk membersih.
Indocafe Coffemix 3 in 1
Sederhana
Walaupun rasa yang terlalu manis kopi pracampuran ini sangat digemari oleh golongan yang berkerja pada waktu malam.Ianya menghilangkan rasa mengantuk dan memberikan tenaga yang sihat untuk berkerja.Bagi yang menyukai kopi premium mungkin tidak menyukai Indocafe Coffemix 3 in 1 kerana rasa kopinya tidak kuat dan hanya lebih kepada rasa tenusu ataupun gula.Walaupun begitu,harganya yang begitu murah menyebabkan kopi pracampuran ini digemari oleh masyarakat berpendapatan rendah.1 peket besar mempunyai 100 sachet yang sangat cukup untuk sebulan dengan harga RM25 untuk 100 sachet.Sangat berbaloi dan memang jimat.
Safi Rania Gold Gel Cleanser
Membersih dan melindung
Kulit menjadi segar dan lembap.Tiada berlaku pengelupasan.Ibu saya menggunakan gel cleanser ini kerana ianya membersihkan kulit tanpa adanya bahan kimia yang merbahaya.Harga mungkin agak tinggi dan kuantitinya sedikit mungkin memerlukan penjimatan khusus.Mungkin juga penggunaan ibu saya terlalu banyak setiap kali pemakaian.Harap Safi memberi pengesyoran tentang kuantiti pemakaian gel cleanser ini.
Nivea Pearly Shine Lip Balm
Berkilau!
Bau yang menyenangkan dan tekstur yang melembapkan kulit sehingga bibir terlihat berkilau seperti kilauan permata.Namun,pelembap bibir ini menjadikan warna bibir gelap,mungkin secara semula jadi bibir saya gelap.Kurang mengemari kelembapan yang diberi kerana bibir berat dan kelihatan tebal.Mungkin sesetengah orang mengemarinya.
Sunsilk Damaged & Restore Shampoo
Rambut selesa dan lembut
Selepas memakai Sunsilk Damaged & Restore Shampoo ini rambut menjadi lembut dan senang disikat.Bau wangi yang tahan lama.Seterusnya,membawa keselesaan kepada pemakai walaupun cuaca panas ataupun lembab.Harga yang berpatutan dan mampu milik.Harga mungkin masih dampak mahal bagi segelintir penduduk namun syampoo ini walaupun sedikit buih dan kesannya sangat kuat berbanding shampoo jenama lain.Saya belum dapat meneliti kekurangan produk ini!
Midea Semi Automatic MSW-1308P
Harga murah sesuai kualiti
Mula beli memang berfungsi dengan baik.Harga murah dan sesuai bagi mereka yang berpendapatan rendah.Tetapi selepas sebulan digunakan mesin bahagian pengering tidak berfungsi.Nasib baik warranti 3 tahun dan dapat menguruskan proses tuntutan,terpaksa mengambil mesin lain kerana proses dapat semula mesin mengambil masa 3 bulan.Mungkin pihak Midea perlu memperbaiki.
Pensonic AK-3N 2 Slices Toaster
Mudah dicuci senang dipakai
Panasonic memang satu jenama kepercayaan seisi keluarga kerana produk keluarannya sangat tahan lama.Dengan suhu yang sesuai pembakar roti ini dapat membakar 2 roti sekaligus.Boleh dicuci berbanding sebilangan pembakar roti yang tidak boleh dicuci.Walaupun design yang masih klasik namun fungsi dan ketahanan adalah lebih utama.
Mitsubishi Electric 16″ Tatami Fan ( R16-GU-P) Stand Fan
Angin kuat dan sejuk
Kualiti kelajuan memang terbaik dan memberi udara sejuk.Mungkin ketinggian tidak dapat ditambah hanya kekal pada 16 inci.Bunyi tidaklah kuat sangat tetapi mungkin pihak Mitsubishi patut mengikhtiarkan kipas yang senyap supaya seiring dengan inovasi masa kini.
Lileng 4 inch Desktop Aluminium Table Fan
Senyap dan sejuk
Kipas kecil ini sangat senyap dan tidak menggangu konsentrasi semasa bermain dekstop mahupun laptop.Kelajuannya juga tinggi hingga memberi udara sejuk yang memuaskan.Kipas mudah berhabuk bagi persekitaran yang kotor.Mungkin akan ada satu inovasi untuk masalah biasa ini.
Tefal Flavour Cast Aluminium Wokpan
Memudahkan gaya memasak
Dapat menjimatkan minyak masak.Bila menggoreng masakan tidak melekit.Bila ingin memasak dengan bergaya seperti chef memang terbaik.Senang dicuci,tidaklah payah menggosok.Namun,senang tercalar tidak setanding sangat pan yang sangat mahal.Cepat kotor jika tidak dijaga rapi.
JOHNSON’S® Baby Powder
Boleh digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat
Saya menggunakan bedak ini pada badan untuk mengelakkan peluh.Boleh digunakan pada muka untuk melembutkan kulit serta mencerahkan kulit.Bayi pula selesa mengenakan bedak ini terutama sekali bila terjadinya alahan ataupun kulit terkupas akibat memakai lampin dan sebagainya.Boleh dijadikan penutup jika terjadi pengelupasan pada kulit seperti kesan lecur.
Sunlight Lemon Diswash Liquid
Sesuai untuk kulit sensetif
Ekstrak lemon membersih kotoran degil meskipun pada plastik.Tidak menggelupaskan kulit bagi yang berkulit sensetif.Buih yang lembut dan berbau ekstrak lemon yang menyenangkan.Banyak yang memilih warna kuning ini berbanding warna hijau.
Bio Zip Detergent Powder Oren
Berbaloi
Buih agak kurang bagi penggemar buih,bau tidak tahan lama meskipun ianya ekstrak limau,cucian menjadi bersih dan kain menjadi lebih cerah.Walaupun kesannya tidak setanding pencuci jenama lain,ianya amat berbaloi dengan harganya yang murah.
Meditree Tea Tree Acne Gel
Sangat efektif
Gel jerawat yang sangat memuaskan.Digunakan pada jerawat batu dan secara berkesannya ianya kecut dalam beberapa jam.Namun jerawat tidak terus hilang dan mengambil tempoh yang lama untuk hilang secara total.Saiz yang kecil sangat sempurna untuk dibawa ke mana sahaja.Gel sangat sejuk dan saya menyukai bau herbanya.