Watsons Ultra-Thin Pantyliner
Pantyliner yang murah dah berkualiti
Siapa kata barang watson tidak berkualiti? Saya merupakan antara pengguna yang menggunakan pantyliner ini. Lebih murah berbanding jenama lain dan berbaloi dgn kuantitinya iaitu sebanyak 40helai dalam satu paket. Ianya juga selesa digunakan dan berbau harum. Harganya sudah pasti mampu milik.
Watsons Pure Cotton Buds
Easy storage
Cotton bud ini didapati dalam bekas yang tebal, tidak mudah pecah, dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Saiz bekas yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil mudah untuk dibawa dalam tas tangan. Cotton bud lebih mudah dijaga berbanding didalam paket kerana mudah patah. Selain daripada mudah didapati dari mana2 cawangan watson, ia juga tidak mahal dan mampu milik.
Goodday Pasteurized Milk
A must buy and all time favourite
My favourite is chocolate flavour n full cream. Rasa yang sangat fresh. Paling best makan dengan cereal waktu sarapan.. Walaupun harga nya lebih murah berbanding harga susu segar dari jenama lain, ia tetap berbaloi bagi saya. Cukup dengan rasa yang sangat creamy and fresh.. It is totally worth it!
ANLENE CONCENTRATE
Get healthier bone with anlene
Okay.. I do really need this kind of milk which is this drink can give you a healthier bone.. Especially people like me. Why? Because i am so addicted with caffeine and i can drink about 3 mug (not cup) per day.. Caffeine is good when you are sleepy and need some kind of booster to make you feel energatic.. But, it will effect your bone too.. So, anlene will help you to give calcium and make your bone strong n healthy. Thank you anlene!
WONDA Kopi Tarik
Favourite all time coffee
Setiap pagi wajib minum satu tin wonda coffee.. Especially this kopi tarik.. Rase kopi yg sangat sedap, cukup rase lemak yang tidak terlalu creamy.. Memang menjadi pilihan saya untuk memulakan hari saya dengan bekerja sebagai medical lab technologist yang sememangnya workload sangat banyak. Thank you wonda coffee for make my day more fresh n energatic.
IN2IT Natural Brow Waterproof Eyebrow Eyeliner 02
Nampak natural
Saye jenis yg x pandai nk make up sangat n yg paling saye x reti, lukis kening. Konfem fail! Tapi kalau gune eyebrow eyeliner ni rase konfiden sikit. Lorek2 kan kt kening sikit lepastu rata kan dengan brush die tu. Haaa.. Settle.. X payah nk susah2 lukis kening bagai. Asalkn nmpk bentuk kening pun dh ok la tu kan? Hahahahaha..
Chriszen Roller Moist Cream 01 Light Beige
Menyesal beli..!
First time rase menyesal yg amat beli produk. Bukannya murah, mahal plak tu. Tgk iklan n review mcm sgt lah terbaik. Bile dh beli, ya ampun... Dgn muke rase tebal, melekit n berminyak. Teksturnye langsung x sesuai dgn kulit saye. Pakai skali je lepastu dh x pakai dh. Sgt2 x selese.. Walaupun ade 3 tona, semuanya x sesuai dgn warne kulit saye. Nmpk terlalu cakey n tebal walaupun dh tepek nipis2.. Sgt2 menyesal n HIGHLY NOT RECOMMENDED..!
Laurier Pantyliner ActiveFit Fresh Fruity Perfume 40s
Keselesaan sepanjang hari
Pantyliner ini menjadi kegemaran saya kerana bau yang wangi dan segar. Dengan kesibukan harian bekerja, dengan stress dan letih serta gangguan emosi kadangkala boleh menjadi punca keputihan dan tidak keselesaan kepada saya. Apabila menggunakan pantyliner ini, saya lebih selesa untuk bekerja kerana memakai pelapik seluar dalam yang wangi. Ianya nipis dan tidak membuat saya berasa tidak selesa mahupun gatal². Recommended!
Garnier Sakura White Pinkish Radiance Ultimate Serum
Kulit semakin sihat dan glowing
Hampir 2 bulan saya menggunakan serum ini dan saya mendapati bahawa kulit saya semakin cerah kemerahan. Selain serum ini, saya juga menggunakan sakura cleanse foam dan sakura night repair cream. Kulit saya semakin sihat dan glowing. Terima kasih garnier!
Garnier Sakura White Pinkish Radiance Sleeping Essence
Kulit makin lembut
Setelah hampir setahun menggunakan produk ini, kulit semakin lembut dan pinkish. Saya gunakan setiap kali sebelum tidur. Bangun dari tidur je kulit terase lembut dah glowing je.
Garnier Sakura White Pinkish Radiance Gentle Cleansing Foam
Glowing kemerahan
Saya dah gunakan produk ini selama lebih 3 tahun. Kulit muka saya menjadi lebih cerah dan pinkish gitu. Baunya pun harum.
Proviton Plus CoQ10
Proviton Plus CoQ10
Bekerja seharian yang menggunakan lebih tenaga amat memenatkan. Cepat berasa letih dan lesu. Tidak bertenaga dan lemah. Pengambilan vitamin ini sebagai suplemen tambahan mampu menbantu dalam melaksanakan tugas harian. Memberikan tenaga dari pagi sehingga ke petang dan badan juga terasa lebih bertenaga dan tidak mudah berasa letih. Vitamin ini amat membantu apabila tugas yang diberikan amatlah banyak dan padat. Terbaik!
Beurer BM28 Blood Pressure Monitor
Beurer BM28 Blood Pressure Monitor
Mesin ini amat berguna bagi golongan yang mempunyai tekanan darah yang tinggi atau rendah. Selain itu, alat ini juga berguna untuk ibu mengandung bagi memantau tekanan darah. Alat ini amat mudah digunakan dan boleh dibawa kemana sahaja pada bila2 masa.
Flavettes Vitamin C Orange
Vitamin C
Kehidupan seharian pada masa kini yang sentiasa mempunyai jadual kerja yang padat sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap tubuh badan. Jika kurang bersenam, boleh menyebabkan badan menjadi letih dan lesu. Lebih2 lagi jika tidak mengambil suplemen tambahan. Sebagai seorang hang bekerja bahagian makmal perubatan, saya kurang bersenam dan sentiasa terdedah dengan pelbagai jenis bahan kimia dan bakteria. Oleh itu, saya mengambil Flavettes Vitamin C ini sebagai suplemen tambahan dalam menguatkan daya tahan tubuh badan. Semestinya jenis soluble menjadi pilihan saya kerana mudah dilarutkn dalam minuman saya.
Lakme Eyeconic Kajal Black
Perfect eyeliner
Bagi saya, eyeliner ini mudah digunakan kerana hanya perlu memutarkannya untuk digunakan. Selain daripada waterproof dan long lasting, eyeliner ini juga tidak comot apabila pakai seharian. Tapi eyeliner ini mudah dibersihkan dengan menggunakan make up remover. Jadi, ia sesuai dipakai untuk apa2 event dan tidak mudah cair dan comot.
Mentholatum Lipice Sheer Color Shimmer
The best lip care
Lipice ini sangat serasi dengan saya yang mempunyai bibir kering kerana ia mengandungi campuran madu yang akan membuat bibir lembap apabila memakainya. Selain itu, lipice ini sesuai dengan saya kerana saya tidak pandai memakai gincu. Jadi, lipice ini merupakan solusi saya untuk tampak segar kerana setiap sapuan akan membuatkan bibir bewarna merah jambu.
PLAYBOY Women Play It Sexy Eau De Toilette 50ml
Favourite Perfume
Perfume ini sangat best dan wangi. Walaupun dengan semburan yang sedikit, harumannya mampu tahan lama. Dengan bentuk botol yang comel dan kecil, perfume ini mudah untuk dibawa didalam beg kemana sahaja. Ianya juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah.
Beurer BM 40 – Blood Pressure Monitor
Beurer BM 40 Blood Pressure Monitor
Alat ini sememangnya alat yang perlu ada bagi setiap keluarga. Kerana alat ini boleh membantu untuk memantau tahap tekanan darah bagi individu yang mempunyai tekanan darah tinggi terutamanya golongan warga tua. Selain daripada mudah digunakan, alat ini juga sangat fleksibel dan boleh dibawa kemana-mana sahaja.
Playboy Women Eau De Toilette Lovely 50ml
Playboy Women Eau De Toilette Lovely
Perfume ini memenuhi citarasa bagi gadis-gadis yang menginginkan wangian yang manis dan segar. Walaupun dengan botol sekecil ini, perfume ini mampu tahan lama kerana wangiannya mampu bertahan seharian apabila memakainya.
Watsons Polypropylene Disposable Underwear Ladies M
Sesuai untuk travel
Untuk yang kaki travel, mesti akan ada yang beli underwear ni. Sebab x perlu basuh. Buang sahaja. Kalau saya, saya memakai nya ketika period heavy flow. Kalau ade yg terkena pada underwear saya, saya akan terus buang dan tukar yang baru. Sebab saya tiada masa untuk cuci blood stain sebab nanti akan basah dan ianya buat saya tidak selesa.