Darlie Double Action Toothpaste
Gigi putih dengan Darlie
Tidak pernah bertukar jenama lain selain daripada Darlie. Ia sememangnya berkesan dalam memberikan kesegaran mulut dan menjadikan gigi kekal putih dan sihat.
Pureen Anti Bacterial Powder Detergent
Selamat untuk kulit bayi
Jenama terkenal dan sememangnya pilihan saya untuk membasuh baju anak. Disamping baunya yang lembut dan selamat dan mencegah daripada kegatalan pada kulit anak.
Horlicks 3-in-1
Minuman pagi di tempat kerja
Minuman pagi saya di tempat kerja sebelum makan tengah hari. Saya suka rasa horlick yang asli dan ia amat berkhasiat untuk saya.
Ambi Pur Car Premium Lavender Spa
Haruman segar buat kereta kesayangan
Terasa bersemangat untuk ke tempat kerja apabila kereta yang dipandu berbau segar dan harum. Haruman segar lembut membuatkan jiwa tenang walaupun terpaksa meredah kesesakan lalu lintas setiap hari untuk ke tempat kerja.
Anmum Materna
Khasiat sebenar buat ibu mengandung
Pilihan tepat buat ibu mengandung kerana ia bukan sahaja berkhasiat untuk ibu malah untuk bayi di dalam kandungan.
Nescafe Blend & Brew
Mudah dan cepat
Hanya koyakkan sachet dan tuangkan air panas. Tidak perlukan masa yang lama untuk menikmati rasa kopi yang enak di 'brew'.
Ramly Chicken Frankfurter
Halal dan sedap
Jenama Chicken Frankfurter yang tidak perlu diragui dan sedap. Sesuai dimasak untuk sarapan mahupun bahan tambahan dalam masakan untuk menggoreng mee, bihun atau mi segera.
Shaklee OsteMatrix
Shaklee OsteMatrix baik untuk tulang
Makanan tambahan untuk penjagaan tulang bagi menggantikan susu disamping beberapa manfaat lain sekiranya mengamalkan OsteMatrix.
Axe Medicated Oil
Minyak sakit kepala turun temurun
Minyak cap kapak memang sinonim dengan sakit kepala dan ia benar-benar melegakan sakit kepala.
Pureen Madame Maternity Pads
Lembut dan selesa
Antara pilihan pad yang digunakan ketika berpantang kerana materialnya yang lembut, selesa dan senang dicuci.
Dimes Premium 100% Grape Mango Juice
Jus pilihan ketika mengandung
Saya menghilangkan loya mengandung dengan mengamalkan Dimes Premium 100% Grape Mango Juice kerana rasanya yang asli dan sangat sedap disamping kaya dengan vitamin dan zatnya. Minuman yang semestinya baik untuk saya dan seisi keluarga.
Tropicana Twister Fruit Pulp (Orange)
Jus oren sebenar
Pilihan awal sejak ia diperkenalkan kerana ia kaya dengan sari oren sebenar. Dengan harga yang berpatutan ia menjadi minuman pilihan keluarga serta enak diminum ketika cuaca panas.
Vaseline® Petroleum Jelly
Digunakan sebagai pelembab bibir
Masalah bibir kering selesai apabila saya mula menggunakan Vaseline Petroleum Jelly yang diperkaya dengan 'ORIGINAL WONDER JELLY' serta menjadikan bibir lebih lembut dan merah secara semula jadi.
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
Mudah dibawa untuk melancong
Pilihan saya memandangkan tidak perlu untuk membawa barang mandian bayi yang banyak ketika melancong atau bercuti. Dengan mandian JOHNSON’S baby top-to-toe, bukan sahaja sesuai untuk bayi tetapi turut sesuai digunakan untuk seisi keluarga.
Bio Zip Detergent Powder Aloe Vera
Pakaian tidak berbau
Dengan menggunakan bio zip, saya tidak perlu risau sekiranya pakaian dijemur dibawah bumbung rumah atau dalam ketika cuaca mendung kerana baunya kekal segar dan wangi walaupun tanpa cuaca terik.
Simple Dimple X Hipster Keepster Streetwear Diaper Bag
Diaper bag buat ibu nampak hipster dan bergaya
Beg yang sangat besar dan luas memang sangat menepati ciri-ciri diapers bag. Ruang compartment yang besar dan banyak sangat memudahkan saya untuk menyusun dan mengatur barangan anak seperti lampin pakai buang, botol susu, bekas isian susu, baju dan permainan anak. Barangan saya seperti smartphone dan dompet pun boleh dibawa sekali tanpa perlu membawa 2 beg.
Beg yang hebat dan dapat digayakan dengan 3 cara sangat-sangat hipster dan menarik. Design Streetwear diapers bag juga sangat menarik dan saya sangat suka dengan corak celoreng askar. Ia memang menepati keperluan saya untuk tampil bergaya walaupun dengan beg lampin. Sesuai juga untuk digayakan oleh para bapa.