Nestle Milo Nuggets Chocolate
sedap dan lazat
Antara coklat yang menjadi kegemaran saya ialah coklat milo nugget. Kerana rasanya yang sangat sedap terasa lemak berkrim. Walaupun dalam bentuk coklat, tapi rasa milo masih boleh terasa. Dan itu lah yang membuatkan rasa coklat ini sangat unik berbanding rasa coklat yang lain.
Planta Margarine Multi-purpose
Produk yang berkhasiat
Setiap kali ingin membuat kuih atau kek, isteri saya lebih suka menggunakan produk ini. Kerana hasil dari buatan kuih dan keknya akan menjadi lebih sedap. kadang kala, isteri saya juga akan menggunakannya untuk masak dengan nasi goreng. Memang rasa lebih sedap, bau pun wangi. Selain itu produk ini juga mengandungi khasiat vitamin yang memberikan manfaat kepada pengguna.
Gardenia Original Classic
Roti yang sedap dan berkhasiat
rasa roti yang sedap dan berkhasiat, sesuai untuk semua golongan kecuali bayi. Namun roti ini mempunyai tarikh luput yang sangat singkat. Kadang kala roti yang saya beli belum sempat dimakan habis, tapi tarikhnya sudah luput. Mungkin pihak gardenia boleh panjangkan tempoh luput tersebut.
Mentos Roll
Sedap tapi terlalu manis
Produk gula-gula ini sememangnya sangat sedap, dan sesuai dimakan ketika waktu bekerja bagi menghilangkan rasa mengantuk. Tetapi produk gula-gula ini juga terlalu manis. Mungkin perlu dikurangkan pengambilan bagi mereka yang mempunyai gigi sensitif dan pada kanak-kanak.
Bioconnexion OatGrain 35
Mengawal penyakit ke tahap yang lebih baik
Saya sudah mencuba produk ini sendiri, bukan sahaja kepada kedua ibu bapa saya. Tetapi juga kepada isteri saya yang sedang sarat hamil. Pada kandungan kedua, isteri saya menghidapi kencing manis dan anemia ketika hamil, saya memberi isteri untuk mencuba produk ini dan isteri mengambilnya setiap pagi dan petang. Memang ada perubahan pada bacaan gula serta bacaan HB. Dulu bacaan gula 6-7, sekarang dah turun ke 5-4. Bacaan HB pula, dulu hanya 10, sekarang dah naik sikit ke 11. Boleh saya katakan, produk ini mampu mengawal penyakit ke tahap lebih baik jika diamalkan secara konsisten.
Quaker Oatmeal Instant
menaikkan HB ke paras normal
Isteri saya sedang hamil sekarang dan mempunyai golongan darah HB rendah, setelah mengamalkan Quaker Oatmeal Instand bacaan HB semakin baik dari 10.8 ke 11.4. Saya sangat mengesyorkan produk ini kepada ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah HB rendah, boleh mencuba produk ini. Minum bersama susu yang biasa anda minum semasa hamil.
Nestle Koko Crunch
makanan bijirin yang berkhasiat
saya memilih bijirin ini dimakan bersama susu kepada anak buah saya setiap pagi agar mereka lebih sihat dan cergas, kerana kandungannya yang lebih berkhasiat. Saya melihat anak buah saya lebih cergas setiap hari. selain rasanya yang sedap dan enak. kadang kala saya gunakan bijirin ini untuk membuat kuih crunch dan mereka sangat sukakannya.
Bioconnexion OatGrain 35
Baik untuk kesihatan
Saya memilih produk ini untuk kedua ibubapa saya untuk membantu mengurangkan tahap kolestrol yang tinggi dalam darah, menyihatkan dan menguatkan tulang mereka. Tidak dapat dinafikan, setelah mengonsumsi produk ini, mereka bertambah sihat dan cergas.
Linola Shower and Wash
Mandian yang baik untuk kulit
Saya bekerja seharian di pejabat dan selalu berjumpa dengan pelanggan. Amat penting bagi saya menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan penyebaran penyakit selepas balik dari kerja, kerana saya mempunyai kulit yang begitu sensitif. Oleh itu saya memilih mandian ini untuk menjaga kebersihan diri saya agar kulit sentiasa lebih bersih dan sihat.
Mustela Hydra Bebe
Mementingkan penjagaan bayi
Sebagai seorang bakal ayah kepada anak yang akan lahir tidak lama lagi, saya sememangnya amat pentingkan penjagaan kulit bayi saya, agar tidak kering dan beruam. Saya ingin pastikan kulit bayi saya sihat dan tidak sensitif. Untuk itu, saya memilih produk ini untuk melindungi kulit bayi saya. Kerana kandungannya yang selamat dan terjamin untuk bayi yang baru lahir.
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
Harga murah dan berkualiti
Disebabkan ekonomi keluarga yang kurang stabil, saya sememangnya mencari produk yang murah dan dalam masa yang sama tetap berkualiti untuk bayi saya. Sehingga sekarang, saya masih menggunakan produk Johnson Baby Top to Toe. Bukan sahaja dapat berjimat, tapi wangian segar dari produk juga ini amat memuaskan. Kerana isteri dan bayi saya turut menyukainya.