Shaklee Alfalfa Complex
raja segala herba
alfafa banyak khasiat..
yang paling ketara berkesan kepada saya ialah
1.merawat keputihan seawal 2 hari pengambilan
2.menghilangkan bau badan
3.susu badan banyak!
Percy Pup Activity Spiral
bermain sambil meransa
sorry for late review.just received it yesterday..
percy pup spiral activity sangat bagus untuk anak saya yang berumur 3 bulan.saya mula memperkenalkannya semasa dia menangis.terus berhenti tangis kerana tertarik dengan mainan baru.
ianya fleksible.senang diletakkan di car seat,stroller, dan bouncer.belitannya kemas.
patung bear dan dog berbunyi apabila berayun membuatkan si manja leka mencari dan meneka arah bunyi tersebut.ini bagus untuk perkembangan deria mata dan pendengaran bayi.
tangan bayi menggapai-gapai ke arah mainan.secara tidak langsung merangsang gross motor bayi.
terima kasih atas hadiah ini!teman baru si manja sekarang
Shaklee OmegaGuard
kanak-kanak suka!
anak saya yang berumur 3 tahun sangat sukakannya.mungkin sudah sebati kerana saya mengambil Shaklee Omega guard sejak mengandungkannya.
saya suka Shaklee omega guard kerana:
1.supplement terbaik semasa mengandung untuk pembentukan otak bayi.
2.mengurangkan ekzema saya dan saya tidak lagi alah kepada makanan laut
3.mengurangkan kolesterol.
Shaklee CarotoMax
carotomax supplement terbaik untuk mata
saya sangat suka carotomax kerana mengurangkan tahap rabun dan silau mata saya.
harganya mungkin agak mahal kerana kesan yang sangat bagus.
ENSURE POWDER VANILLA
pengganti makanan yang lengkap
nenek saya mengalami strok dan bergantung kepada Ensure sepenuhnya.berat badannya tidak susut walaupun terlantar sepenuhnya.kulitnya lembab,tidak kering.rasanya juga sedap.harganya berpatutan.
Autumnz Bottle Steriliser
mudah digunakan.
setakat ini saya berpuas hati menggunakan autumnz bottle steriliser.mudah digunakan,ruangnya yang besar dan boleh laras.harga mampu milik.
cuma kelemahan : tapak bawah tempat air steriliser mudah berkarat jika tidak dikeringkan selepas digunakan.
Shaklee OsteMatrix
setiap orang perlu cuba
saya sangat berpuas hati dengan Shaklee Ostematrix kerana:
1.suplemen calcium yang lengkap.untuk penyerapan dan penyimpanan calcium dalam badan kita,vitamin lain juga diperlukan seperti magnesium,boron,vitD.setakat ini hanya Ostematrix yang mempunyainya!
2.berkesan-melegakan sakit tulang,sendi,gigi.saya makan semasa mengandung,sehingga bersalin tidak mengalami carpopedal spasm(tarik mengkarung).
3.melawaskan dan merawat sembelit.jika dimakan sebelum tidur,pagi-pagi esoknya akan lawas membuang air besar.
4.tidur yang lena.memang rasa segar selepas bangun tidur jika makan ostematrix sebelum tidur kerana ianya membantu otot relax.
5.ubat sakit kepala.
6.harga berpatutan!dapat murah jika ahli!
Tefal VC1006 Food Steamer
bukan sekadar steamer!
saya menggunakan Tefal food steamer ini untuk pelbagai kegunaan: memanaskan makanan,merebus kentang dan sayur-sangat jimat masa tidak perlu menjaga masakan.rasanya sedap,mengekalkan nutrien dan masakan juga tidak kering.sangat berbaloi.cuma tempat penyelaras masa mudah tertanggal.
PetPet Disposable Baby Diaper
tidak sesuai untuk ruam lampin
saya menggunakan diaper pet-pet untuk anak saya.ianya bagus kerana tidak bocor walau digunakan semasa bayi tidur malam.tetapi jika terlambat menukar lampin selepas bayi berak,kulit bayi akan ada ruam.saya perlu menggunakan diaper jenama lain sehingga ruam sembuh.bayi tidak selesa jika saya terus menggunakan diaper pet-pet.mungkin sebab kulit bayi saya sensitif.
Sudocrem
highly recommended!
memang berkesan merawat ruam lampin bayi.sekali sapu sahaja sudah sembuh.saya pernah guna untuk crack nipple dan berkesan!harga berpatutan.tidak perlu sapu banyak.
SOKANO 5 in 1 Mummy Essential Diaper Bag
berbaloi
tahan lasak.berbaloi guna.murah!!banyak pilihan warna.
Shaklee Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
memang multipurpose cream!sangat mengagumkan!
saya menggunakan krim Shaklee herbal blend ini untuk pelbagai kegunaan.
boleh disapu pada segala jenis ruam-ekzema,chicken pox,jerawat,ruam lampin...tiada side-effect sebab ianya organik.
boleh melegakan gigitan serangga.herbal blend cream sentiasa ada dalam beg saya.suatu hari saya digigit lebah.terus saya sapu herbal blend dan beberapa minit kemudian kesan gigitan kurang sakit dan kurang bengkak.saya tidak mendapatkan rawatan lain disebabkan terasa sudah sembuh.memang penyelamat!
Fiffy Baby Shampoo & Bath
wangi dan jimat
baunya sangat menyelerakan!sesuai digunakan seisi keluarga.tidak digalakkan untuk kulit ekzema.picit sedikit sahaja mencukupi.memang menjimatkan.
Pigeon Breast Pad Honeycomb
highly recommended
sangat berbaloi.tidak bocor walau penuh.boleh menyerap banyak berbanding jenama lain.
Shaklee B-Complex
khasiatnya lebih dari 3 in 1!
yang beza vitamin b co shaklee dengan yang lain ialah kandungan b complexnya yang sangat lengkap!
saya cepat mengantuk dan coffee-dependent sebelum ni.memang terasa beza sejak makan vitamin b co ni.rasa bertenaga dan boleh katakan tidak kepada kopi.
vitamin b co juga mengurangkan rambut gugur selepas bersalin.
kandungan folic acid di dalamnya sangat sesuai sebagai persediaan wanita yang ingin mengandung untuk pembentukan organ dalaman bayi..
satu lagi..vitamin b co dapat mengelakkan kulit kusam.
Sunsilk Lively Clean & Fresh Conditioner
dah jumpa shampu yang sesuai
saya suka Sunsilk lively clean & fresh sebab memberi kesegaran kepada kulit kepala.tiada lagi masalah rambut gatal dan kelemumur.rambut lembut dan wangi! Conditioner sangat menjimatkan.sudah guna setahun belum habis lagi!
Pureen Baby Oil with Vitamin E
massage oil-si manja
disebabkan saya mempunyai kulit ekzema,pada awal kandungan lagi saya sudah mencari baby oil yang sesuai untuk bayi saya.saya menggunakan Pureen baby oil untuk urutan badan bayi selepas mandi.semasa urutan badan,bayi nampak sangat selesa dan gembira dibelai.kulit bayi kekal lembab hingga ke petang.ekzema memang tiada! pernah suatu hari saya terlupa membawa Pureen baby oil semasa outing di luar dan bayi mandi tanpa urutan baby oil.bayi merengek saja semasa dipakaikan baju..nampaknya Pureen baby oil menjadi pengikat kasih sayang kami!thanx!
Rosken Skin Repair Cream – Dry Skin
sangat sesuai untuk kulit sensitif
inilah losyen yang saya guna semasa belajar di russia dulu.saya mempunyai kulit ekzema iaitu kering dan gatal bila berpeluh dan akan semakin teruk lagi bila tiba musim sejuk.musim sejuk di russia sangat ekstrem sampai menjangkau suhu -30!..kulit merah dan gatalnya sampai tergaru-garu.tapi sejak mencuba losyen Rosken ni,saya sudah tidak mengalami kulit kering lagi.memang selesa.hanya perlu sapu selepas mandi dan ianya
kekal lembab sampai ke petang.
kawan-kawan pun guna losyen ni.pendek kata setiap orang mesti ada.
Vita-Lea® Iron Formula
Hb saya naik sebab vitalea je!!
semasa mengandung,hemoglobin saya static paras 11 sahaja.bila-bila masa boleh drop.saya ambil iron i***** dan o***** tetapi sama sahaja tiada kesan.tapi selepas mencuba vitalea selama 2 minggu,hb terus 12.3! seronok...