Sunsilk Lively Clean & Fresh Conditioner
kegemaran saya dan ibu.
kami sangat suka menggunakan shampoo ini kerana kulit kepala kami mengalami masalah yang sama (gatal2). ia dapat membantu menyelesaikan masalah kulit kepala kami dengan cepat dan berkesan. baunya juga sangat harum dan membuatkan rambut serta kulit kepala kami rasa selesa dan segar sepanjang hari. tiada lagi masalah kegatalan kulit kepala.
Sunsilk Hair Fall Solution Conditioner
kesukaan suami
suami saya sangat suka menggunakan shampoo ini kerana ianya dapat membantu menyelesaikan masalah keguguran rambut yang dia alami. ia juga membuatkan kulit kepalanya berasa segar dan tidakl gatal. his favourite for many years already.
Dettol Original Anti Bacterial Bar Soap
sentiasa ada
tidak lengkap rasanya kalau mandi tanpa menggunakannya. memberikan keselesaan dan kebersihan kepada badan. seisi keluarga sangat suka menggunakan sabun ini. terima kasih dettol.
Pureen Baby Head To Toe Wash With Pro-Vitamin B5 & Vitamin E
pakej lengkap
satu untuk kegunaan seluruh badan. sangat sesuai dengan rambut dan kulit anak-anak saya. berbau harum dan membuatkan rambut dan kulit mereka lembut dan segar. mereka sangat sukakannya. berbaloi untuk dimiliki.
Pureen Baby Wipes (Blue Packaging)
pilihan semulajadi
sentiasa menjadi pilihan utama tak kira dirumah ataupun ketika berada dimana jua. Ianya senang untuk dibawa kemana sahaja dan sangat sesuai dengan kulit anak-anak saya. Tidak perlu risau ketika berada dimana jua dalam apa keadaan sekalipun kerana baby wipes ini sangat membantu.
Tropika Baby Hair & Body Oil Roses
Tropika Baby Hair & Body Oil Roses
sentiasa memastikan anak-anak menggunakan minyak ini setiap kali selepas mandi. Hanya gunakan setitis sahaja di rambut dan badan mereka sudah mencukupi. Bauannya sangat harum dan kekal sepanjang hari. Membuatkan rambut dan badan anak-anak rasa sangat lembut.
Pureen Baby Powder
Pureen Baby Powder
sangat berpuas hati dengan produk ini. Ketiga-tiga anak saya menggunakan bedak ini sejak dari mereka di lahirkan sehingga sekarang mereka berumur 4 tahun, 3 tahun dan 8 bulan. ianya menjadikan kulit mereka lembut dan berbau harum sepanjang hari. Harumannya juga sentiasa segar dan tidak terlalu kuat. Sangat sesuai untuk anak-anak saya yang sangat aktif bermain kerana ianya memberikan mereka kesegaran dan keselesaan yang berpanjangan. Terima kasih Pureen Baby Powder.
Cap Limau Yu Yee Oil
Minyak Yu Yee Cap Limau
Dari anak yang pertama sehingga anak yang ketiga yang kini berusia 8 bulan, kesemua anak saya menggunakan minyak angin Yu Yee Cap Limau dari saat mereka dilahirkan sehingga mereka besar. Sekarang anak yang sulung berusia 4 tahun lebih dan masih lagi menggunakanminya ini terutama sebelum mereka masuk tidur. Ianya juga sesuai untuk kegunaan seisi keluarga dan ianya sentiasa dibawa kemana sahaja kami pergi.
Dettol Shower Foam Reenergize Refill
sesuai untuk kegunaan seisi keluarga
keluarga saya sangat suka menggunakan mandian ini kerana ianya berbau harum dan segar. ia membuatkan kulit berasa lembut dan bersih serta segar dengan harumannya. ia juga dapat melindungi dan membersihkan kulit dari kuman dan bakteria yang merbahaya.