Little Star Mickey Head-Shaped Bowl
anak berselera ibu gembira...
Mickey head shaped bowl, memang menarik perhatian anak saya untuk makan nasi. Anak saya berumur 3 tahun, sebelum ini dia amat susah untuk makan nasi. Setelah saya menggunakan mangkuk Mickey ini dia begitu berselera untuk makan. Setiap hidangan seperti nasi, mee, sup, bubur dan buah-buahan saya sediakan di dalam mangkuk ini untuk anak saya. Warnanya juga amat menarik, mangkuknya juga tebal dan besar. Terima Kasih 100comments.com.
Alpha Lipid TM Lifeline TM Colostrum Milk Powdered Drink
susu terbaik buat saya...
Susu Alpha Lipids adalah susu yang terbaik buat saya. Sebelum ini saya mempunyai masalah sakit pinggang, tetapi setelah beberapa hari minum susu Alpha lipids, sakit pinggang saya berkurangan. Saya juga bangun pagi dengan penuh tenaga, dan tiada lagi sengal-sengal otot. Sebelum tidur saya akan minum secawan susu Alpha lipids. Saya juga baru cuba berikan susu Alpha Lipids pada anak saya yang berusia 11 tahun untuk perkembangan otak dan mindanya. Semoga dia lebih fokus pada pelajaran dan dapat menguatkan ingatannya. Terima kasih 100comments.com.
Playboy King of the Game EDT
Suami sentiasa segak bergaya...
Playboy King of the Game EDT membuatkan suami saya bertambah yakin untuk ke majlis-majlis formal bersama para pegawainya. Suami sentiasa segak dan bergaya. Harumannya juga tahan lama. Harganya juga berpatutan.
Playboy King of the Game Deodorant Spray
khas buat suamiku..
Playboy King of the Game Deodorant Spray khas buat suami saya. Saya sukakan baunya yang harum dan segar. Ianya dapat menghindari dari bau peluh ketika dia bekerja. Tahan lama dan tidak meninggalkan kesan pada pakaian.
Playboy’s Queen of the Game Deodorant Spray
deodorant kesukaan saya..
Playboy’s Queen of the Game Deodorant Spray memang terbaik dan tahan sehingga 24jam. Baunya sangat wangi dan tidak ada masalah jika berada di bawah cahaya matahari yang panas terik. Saya suka pakai ketika pergi jogging atau berzumba, bau peluh yang masam dapat dihidari dengan memakai deodorant ini. Deodorant ini tidak meninggalkan kesan pada pakaian. Botolnya yang berwarna pink juga amat memikat hati setiap wanita. Cubalah...
Playboy Queen of the Game EDT
Harum Semerbak...
Playboy Queen of the Game EDT minyak wangi yang sangat memukau hati saya. Baunya wangi dan lembut. Ianya membuatkan diri bertambah yakin untuk berjalan keluar ke mana sahaja. Harumannya juga berkekalan. Oleh kerana kulit saya kering, saya akan menyapu lotion dahulu dan selepas itu barulah spray untuk mengekalkan bau minyak wangi. Suami pun bertambah sayang.. Terima kasih 100comments.com.
Kopiko L.A. Coffee Low Acid
Kopiko L.A kopi ada umphhh!!!
Kopiko L.A kopi jelas terasa kelazatanya.... memang ada umphhh!.. sebelum ini saya tidak boleh minum kopi 3 in 1. kerana ia mengganggu perut saya. Tetapi dengan Kopiko L.A kopi ia tidak menggangu perut saya kerana kandungan asidnya rendah..Saya boleh menikmatinya pada bila-bila masa... aromanya sungguh memikat...
Adabi All Purpose Seasoned Flour
lazat dan ranggup..
Tepung serbaguna adabi memang sedap... Saya gunakan untuk mengoreng ayam, seafood, kentang, ubi dan keladi.. Ianya lazat, ranggup, dan sungguh menyelerakan.. sekali cuba pasti nak lagi..
Watsons Antibacterial Foaming Hand Wash
membunuh 99.9% bakteria.
Saya yakin dengan penggunaan harian Watsons Antibacterial Foaming Hand Wash dapat melindungi tangan keluarga saya daripada kuman dan mengekalkan kebersihan tangan kami. Ianya juga terbukti berfungsi dengan buih lembut ditangan dan senang dibilas. Baunya juga tidak terlalu kuat dan menyegarkan. Watsons Antibacterial Foaming Hand Wash menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya dan memberikan perlindungan daripada kuman di setiap penggunaan. Saya akan sentiasa menggunakan Watsons Antibacterial Foaming Hand Wash untuk memupuk gaya hidup sihat untuk seisi keluarga saya.Terima kasih 100comments.com
Watsons Mosquito Repellent Patch
tidur lena tanpa gangguan nyamuk..
Watsons Mosquito Repellent Patch menghalau nyamuk dengan effective dan berkesan. Saya hanya tampal di baju anak atau di tepi bantal sahaja. Sangat mudah digunakan dan selamat untuk anak-anak. Anak-anak dapat tidur lena tanpa gangguan nyamuk. Tidak perlu pasang lingkaran nyamuk atau semburan nyamuk lagi. Sesuai dilekatkan di tepi katil, katil baby, di dalam kelambu dan sesuai juga untuk mereka yang suka aktiviti lasak di hutan. Ianya juga senang ditanggalkan. Baunya juga menyegarkan. Terima kasih 100comments.com.
Dettol Original Anti Bacterial Bar Soap
Dettol Original Anti-Bacterial Soap
Dettol Original Anti-Bacterial Soap adalah sabun kegemaran ayah saya. Saya tidak berapa suka sabun buku kerana ianya licin dan mudah jatuh ke lantai.
Dettol Body Wash Skincare
melindungi dan melembabkan kulit..
DETTOL Body Wash Skincare 950ml baunya sangat wangi dan menyegarkan. Ianya melindungi daripada bakteria dan melembabkan kulit. Ianya menjadi pilihan ibu saya.
Libresse SUPER SLIM Liners Unscented
sentiasa bersih dan kering..
Libresse SUPER SLIM Liners Unscented membuatkan diri saya sentiasa bersih, selesa dan kering sepanjang hari. Saya gunakan ketika keluar rumah dan berkerja. Saya juga terasa lebih yakin untuk solat. Sizenya yang kecil memudahkan untuk disimpan didalam bag tangan.
Whisper Heavy Flow & Overnight Wing Pad
tiada kebocoran..
Whisper Heavy Flow & Overnight Wing Pad sangat sesuai digunakan ketika tidur malam di saat-saat saya datang haid. Ianya terbukti tiada kebocoran dan menyerap lebih banyak. Saya juga dapat tidur lena dengan selesa.
Sumber Ayu Sabun Daun Sireh Pembersih Wanita Floral
kekal segar sepanjang hari..
Sumber Ayu Sabun Daun Sireh Pembersih Wanita Floral membuatkan diri ini terasa segar sepanjang hari. Bau floral dan daun sireh yang mengharumkan. Ianya juga dapat menjaga bahagian sulit wanita dan melindungi bau yang tidak menyenangkan ketika haid. Kegatalan dan keputihan juga dapat dihindari. Setiap wanita harus menggunakannya.
Bio Seleza Feminine Pad (Day Safe)
Melancarkan Haid
Saya pernah mencuba menggunakan Bio Seleza feminine Pad. Ianya dapat melancarkan haid dan sangat selesa digunakan. Namun begitu harganya agak mahal sedikit.
Pureen Madame Maternity Pads
Pureen Madame Maternity Pads jenama yang diyakini..
Semasa di dalam pantang, saya menggunakan Pureen Madame Maternity Pads. Ianya lembut, selesa dan senang di cuci.
Memang susuai untuk ibu-ibu selepas bersalin.. Harganya juga berpatutan.
Wise Nutrition NEM SJMM Capsules
sakit berkurangan dan melancarkan pergerakkan sendi.
Wise Nutrition Nem Natural Eggshell Membrane Sjmm Capsules sangat effective bagi mereka yang mempunyai masalah sakit sendi.. Suami saya terlibat dalam kemalangan kecil ketika bersukan. Kakinya patah dibahagian buku lali atau ankle joint. Selepas balutan simen dibuka, pergerakkan kakinya terbatas. Saya memberikan supplement wise nutrition ini kepadanya. Setelah beberapa hari, kesakitan di bahagian buku lalinya beransur pulih dan pergerakkannya juga tidak terbatas lagi. Terima kasih 100comments.com.
BabyOrganix Rub Rub Balm
melegakan pernafasan ketika selsema.
BabyOrganix Rub rub balm melegakan pernafasan ketika anak saya dijangkiti selsema dan batuk. Hanya sapukan sedikit balm di dada dan hidung, ianya dapat melegakan saluran pernafasan dan melegakan hidung yang tersumbat. Jika hidung anak-anak tersumbat pastinya dia tidak dapat tidur lena, dengan adanya BabyOrganix rub Rub Balm, anak saya tidur lena, terasa nyaman dan saya tidak perlu risau lagi. Ianya juga boleh digunakan untuk semua peringkat umur. Balm ini juga tidak mempunyai kesan sampingan.Terima kasih 100comments.com.
EUBOS Dermal Balsam
selamat tinggal kulit kering...
EUBOS DERMA BALSAM Moisturizing Body Lotion amat sesuai untuk kulit saya yang agak kering. Ianya tidak melekit dan mudah meresap ke dalam kulit. Baunya yang harum dan menyegarkan telah memberikan saya ketenangan ketika waktu tidur. Kini kulit saya semakin lembut, lembab dan tidak kering lagi..Terima kasih 100Comments.com.