Ramly Beef Burger
DAGING BURGER TERBAIK TURUN TEMURUN
Saya membesar dengan daging burger Ramly. Setelah berkahwin kami suami isteri buka perniagaan burger. Produk pilihan kami semestinya rangkaian Daging Burger Ramly. Ayam, daging, udang, ikan. Semuanya terbaik. Pelanggan pun puji daging burger Ramly memang sedap. Ada masa saya guna daging burger Ramly dalam masakan spagetti saya bila daging hancur dah out of stock. Daging burger Ramly memang sedap. Bertahun tahun kualiti dan rasa nya tak pernah berubah. Terbaik..!!
Bio Oil
MINYAK RAWATAN PARUT TERBAIK
Saya guna Bio Oil semasa mengandungkan anak yang pertama disekitar kawasan perut untuk elakkan masalah rekahan perut. Selepas melahirkan anak, kawasan perut saya 'smooth' dan 'clear' dari masalah parut merekah. Saya juga gunakan Bio Oil pada muka saya untuk merawat masalah parut jerawat. Hasilnya kulit saya kelihatan sangat lembab dan sihat tanpa cela.
Drapolene Cream
KRIM RUAM LAMPIN TERBAIK
Krim yang sangat membantu bila anak anak saya alami masalah ruam lampin yang teruk. Cepat keringkan kawasan yang kemerahan. Secara tak lansung anak anak saya jadi lebih selesa pada waktu siang. Tidur malam pun lebih lena tanpa rasa pedih.
Cadbury Dairy Milk Fruit & Nut
Hidup Ceria Dengan Cadbury
Setiap kali keluar shopping wajib beli satu pack. Sejak kecil sampai sekarang dah anak 3. Anak anak pun peminat coklat cadbury juga. Tak terlalu manis. Tak terlalu pahit. Isi kacang penuh. Puas bila makan. Cadbury dairy milk coklat makanan wajib tak kira masa. Happy. Sedih. Bekerja. Menonton bersama keluarga. Kudapan terbaik.
Yeo’s Grass Jelly Drink
Minuman Penghilang Dahaga Terbaik
Sedap. Tak terlalu manis. Tak ada rasa atau bau seperti rumput yang pelik. Recommended untuk peminat air cincau. Nak lagi best campurkan dengan susu soya. Best drink ever. Yummy. Anak anak pun suka.
Ramly Beef Burger
The Best Burger ever
Kami sekeluarga peminat daging burger jenama Ramly. Semasa membuka perniagaan burger beberapa tahun lalu, daging burger keluaran Ramly menjadi produk pilihan utama kami. Ramai pelanggan yang menjadi pembeli setia kami.
Ayam Brand Coconut Milk
My cooking bestfriend
Saya selalu gunakan Santan Kelapa Ayam Brand ini dalam semua masakan saya. Mudah, cepat dan lazat. Rasa seperti santan segar. Sesuai untuk semua jenis lauk pauk dan kuih muih. Ada 2 jenis. Kotak warna hijau dan warna biru. Saya sukakan yang warna biru.
Air Wick Life Scents Mystical Garden Multi-Layered Fragrance
WANGIAN ROMANTIK KAMI SEKELUARGA
Dalam banyak banyak wangian di pasaran, Air Wick Life Scents Mystical Garden Freshmatic Automatic Spray sentiasa jadi pilihan saya. Bau yang fresh dan lembut. Ada masa seakan akan bau buah buahan berries. Bau yang soft dan tak terlalu keras sangat menenangkan fikiran.