Eagle Brand Medicated Oil
Minyak angin cap helang
Sesuai untuk meringankan sakit otot dan sendi seperti kram atau salah urat.boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala.. Bau yang wangi dan berangin memberikan ketenangan.
Kodomo Lion Toothpaste
Ubat gigi kegemaran anak-anak
Anak-anak saya sangat suka menggunakan ubat gigi kodomo lion kerana kurang buih menggalakkan kanak-kanak selesa untuk memberus gigi.terdapat 4 variasi kodomo lion yang boleh dipilih oleh ibubapa untuk anak-anak bergantung pada perisa kesukaaan mereka.ubat gigi kodomo lion membuatkan anak-anak gembira menggosok gigi tanpa perlu dipaksa untuk melakukan nya dalam rutin harian mereka
Drypers Baby Bath and Shampoo Head to Toe
Sangat wangi dan lembut
Saya telah menggunakan mandian ini pada anak-anak saya..mandian yang dapat melembutkan kulit anak-anak,tidak kering dan wangi membuatkan anak- anak saya sangat selesa apabila menggunakan mandian ini..mudah mandian 2 dalam 1 ini menjadikan mandian anak-anak lebih mudah dan jimat kerana semua manfaat dan kegunaan terdapat dalam 1 botol mandian.
Cap Limau Yu Yee Oil
Melegakan kembung perut bayi
Saya selalu akan menggunakan minyak Yu Yee Cap Limau ini pada perut dan tapak kaki baby saya selepas mandi untuk mencegah dari angin seperti kembung perut pada baby..bau aroma berangin dan wangi ini dapat memberikan ketenangan pada bayi saya apabila disapu selepas mandi..minyak ini juga boleh digunakan untuk orang dewasa untuk sakit-sakit otot dan sendi @ sakit kepala.
Johnson’s® Baby Oil
Minyak untuk urutan badan baby
Saya seringkali menggunakan minyak baby oil ini untuk baby saya apabila dia selesai mandi sebagai minyak urutan pada badan bayi saya.Johnsons baby oil ini dapat memberikan kelembapan dan mencegah daripada kulit baby menjadi kering..bau haruman yang wangi membuatkan baby segar dan selesa selepas diurut dengan baby oil ini..
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
Mandian yang melembutkan kulit
Saya suka memandikan baby saya dengan mandian Johnsons baby ini kerana mandian ini sangat lembut pada kulit baby dan sangat sesuai untuk kulit bayi yang masih baru dilahirkan.mandian ini juga tidak memedihkan mata bayi apabila digunakan pada rambut.
Eagle Balsem Gosok
Balm Gosok Cap Helang
Melegakan sakit otot dan sendi seperti salah urat dan lebam.rasa sejuk memberikan kelegaan cepat dan tahan lama kepada sakit otot dan sendi..menenangkan dengan bau aroma yang wangi.. Membantu melegakan sakit kepala, selsema, sakit sendi, terseliuh, memudahkan pernafasan dan gatal akibat gigitan serangga.. Balm kurang melekit..