Kodomo Lion Toothpaste
Pelbagai perisa dan selamat
No reviews yet
Waktu kecil, kami memang memakai ubat gigi Kodomo Lion. Dengan 4 perisa berbeza, kami diberi peluang untuk memilih perisa kegemaran kami. Baunya yang wangi dan teksturnya yang lembut membuatkan kami menggemari ubat gigi ini di usia yang kecil. Ibu kata, kalau pakai ubat gigi ini, lebih selamat berbanding ubat gigi orang dewasa. Iyalah kan, waktu kecil tertelan ubat gigi pun tak perasan. Hihi. Kodomo Lion toothpaste terbaik!
Carrie Junior Baby Lotion
Lembut di kulit dan menyegarkan
Carrie Junior Baby Lotion memang best! Baunya yang wangi dan menyegarkan membuatkan saya tidak lepas untuk memakaikan lotion ini kepada adik. Melembutkan tangan dan menyegarkan membuatkan saya sendiri memakai Carrie Junior Baby Lotion ini. Packaging amat menarik dengan gajah pink sebagai icon. Harga juga berpatutan. Berbaloi!
Kotex Slim Regular Flow
Kotex Slim Regular Flow sangat selesa
Kotex Slim Regular Flow sangat selesa kerana teksturnya yang slim atau pun tidak tebal. Di waktu siang ketika sibuk dengan urusan kerja, saya lebih memilih Kotex Slim Regular Flow kerana merasakan pergerakan saya tidak terbatas. Dengan panjang yang bersesuaian dan disertai wing saya berasa selamat untuk meneruskan rutin rutin harian saya sibuk. Terima kasih Kotex Slim Regular Flow
KOTEX® Overnight Wing
KOTEX® Overnight Wing memberi jaminan ketika tidur
Seringkali wanita berasa insecure atau tidak selesa ketika ingin tidur sewaktu datang bulan. Terfikir kebarangkalian sekiranya 'bocor' lebih lebih lagi jika hari pertama dan kedua datang bulan di mana aliran period banyak dan tidak menentu. Dengan adanya KOTEX® Overnight Wing, kini wanita tidak lagi perlu risau kerana saiz pad ini yang panjang dan mempunyai wing, memastikan perkara yang ditakuti iaitu 'bocor' tidak berlaku. Harga yang berpatutan dan selesa juga menjadikan Kotex pilihan wanita seperti saya dan di luar sana.
Bonjela For Teething and Mouth Ulser
Bonjela For Teething and Mouth Ulser kegemaran semua
Saya telah menggunakan Bonjela For Teething and Mouth Ulser sedari zaman sekolah lagi. Tinggal di asrama memerlukan saya berdikari dan sentiasa mempunyai ubatan yang sesuai. Jika di rumah mungkin ulser boleh dirawat secara tradisional dengan berkumur menggunakan air garam, tetapi keadaan di asrama memerlukan saya mencari jalan yang lebih efektif. Mujurlah adanya Bonjela For Teething and Mouth Ulser. Dengan hanya menyapukan sedikit Bonjela, ulser semakin sembuh dan hilang dalam masa beberapa hari. Walaupun rasa sedikit berangin dan pijau apabila menyapu bonjela di dalam mulut, ianya sangat berkesan dan berbaloi.
Dettol Instant Hand Sanitizer
Dettol Instant Hand Sanitizer membunuh kuman
Saya amat menggemari Dettol Instant Hand Sanitizer kerana ianya sangat efektif dalam membunuh kuman kuman dengil di tangan saya. Dengan memakai Dettol Instant Hand Sanitizer saya berasa selamat dan bersih. Baunya yang menyegarkan, ditambah pula dengan botol yang kecil menjadikan ianya efisien dibawa ke mana saja yang saya pergi. Dettol Instant Hand Sanitizer sentiasa menjadi peneman saya tidak kira ke mana saya pergi sama ada ke tempat kerja ataupun bercuti bersama keluarga.
Yakult Health Drink
Yakult sihat dan sedap!
Yakult sememangnya popular di Malaysia sebagai minuman sihat yang baik untuk perut dan usus. Saya amat menggemari minuman Yakult ini dengan perasa originalnya. Tambahan lagi, harganya yang berpatutan membuatkan saya tidak perlu berfikir 2 kali untuk membeli minuman ini. Pendapat saya, satu kekurangan Yakult ialah saiznya yang kecil, tidak begitu sesuai. Lebih lebih lagi orang dewasa seperti saya yang mampu menghabiskan sebotol Yakult dalam 3 ke 4 sedutan.
Aiken Medicated Talcum
Aiken Medicated Talcum sesuai untuk kulit sensitif
Saya mempunyai kulot yang sensitif. Setiap kali panas, pasti kulit akan tombul ruam dan terasa gatal. Masalah saya ini telah diatasi apabila doktor mensyorkan saya membeli Aiken Medicated Talcum. Ianya sangat berkesan apabila ruam ruam mula hilang dan saya kurang mengalami kegatalan apabila cuaca terik. Sangat efektif. Namun baunya yang seakan akan ubat boleh diperbaik dengan menjadikan Aiken Medicated Talcum lebih wangi.
Carrie Junior Baby Shampoo
Bau yang menyegarkan
Carrie Junior Shampoo sentiasa menjadi pilihan kami sedari kecil. Bila sudah besar ni, adik adik pula yang guna syampu ni. Bau yang menyegarkan seakan gula gula membuatkan adik tidak lepas dari rutin membasuh rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Dengan harga berpatutan dan packaging yang menarik, kami pasti pilihan kami menggunakan Carrie Junior Shampoo adalah yang terbaik.
Kodomo Lion Toothpaste
Pelbagai perisa dan selamat
Waktu kecil, kami memang memakai ubat gigi Kodomo Lion. Dengan 4 perisa berbeza, kami diberi peluang untuk memilih perisa kegemaran kami. Baunya yang wangi dan teksturnya yang lembut membuatkan kami menggemari ubat gigi ini di usia yang kecil. Ibu kata, kalau pakai ubat gigi ini, lebih selamat berbanding ubat gigi orang dewasa. Iyalah kan, waktu kecil tertelan ubat gigi pun tak perasan. Hihi. Kodomo Lion toothpaste terbaik! 4 bintang!