Adabi Sup Bunjut

4.8

(19 Reviews)

5 stars 16
4 stars 2
3 stars 1
2 stars 0
1 stars 0

Extra aroma

5.0
Saya kalau masak masakan berempah terutamanya sup walaupun dah tumis 3 4 sekawan memang wajib letak sup bunjut adabi jgk dalam masakan. Utk dapatkan extra aroma. Bau rempah lebih mengancam dan rasa lebih ummphh. 1 bunjut cukup utk periuk kecik kalau periuk besar saya letak lebih.

sup punjut Waqiah

5.0
Kami pengeluar produk rempah sup punjut Waqiah 10g dan 20g dan pelbagai rempah masakan lain.

Turun temurun guna

5.0
Stok wajib ada kat rumah. Nak buat sup lebih mudah. Senang nak hirup kuah. Tak perlu renyah2

Sup Bunjut Wajib Ada

5.0
Sub Bunjut Adabi ni wajib ada di rumah. Bila saya beli, saya akan beli maksimum 5 untuk simpanan sebab anak anak suka sup. Sup Bunjut ini senangkan kerja saya dalam memasak tak perlu nak campur sendiri rempah yang ada.

Borong lagi

5.0
Minggu ni kami borong lg sup bunjut adabi ni. Best sangat menggunakannya dalam masakan. Terutamanya masakan sup dan soto. Oh ya. Nasi yg memerlukan rempah juga saya campak barang sebunjut dua sup bunjut adabi ni. Makin beraroma dan sedap nasi yg dimasak. Biasanya seperiuk saya letak 2 bungkus. Baru puas hati. Selama saya menggunakannnya tak pernah lagi bunjut tersebut terlerai ikatannya. Melainkan saya buka. Sebab kadang2 saya buka dan amik isinya dan blender sekali utk ditumis. Lg terbaik begini. Berdouble2 sedap dan wangi masakan.

Penting utk sup tulang!

5.0
Sup bunjut adabi merupakan bahan penting dalam masakan sup saya terutama sup tulang. walaupun sudah tumis lengkap dengan 4sekawan saya pasti akan memasukkan sebungkus dua sup bunjut adabi ni dalam kuah sup saya. rasa sup lebih sedap dan lebih beraroma. harga sup bunjut ni tak mahal pn. dekat kedai2 runcit biasa pn boleh jumpa

Sup Bunjut Adabi

5.0
Sup bunjut adabi sememangnya wajib ada di dapur saya.. setiap kali shoping barang dapur,sup bunjut ini paling kurang mesti beli 3-5 paket.sebab kerja memasak saya menjadi mudah dan cepat.

SUP BUNJUT MURAH DAN SEDAP

5.0
Sup Bunjut Adabi adalah kegemaran saya dan sekeluarga sejak dari kecil lagi. Sup Bunjut yang sangat murah dan sedap. Bila buat sup ayam/daging memang tebaik ! Tak perlu nak susah beli rempah asing-asing. ? Lengkap dalam satu bunjut ?

Adabi Sup Bunjut

5.0
Makanan kegemaran dikala demam dan sepat penyediaannya.Memang sedap jika menggunakan sup bunjut Adabi.Rempah ratus didalam bungkusan mengeluarkan aroma yang membangkitkan selera dan wangi.Sup jadi harum dan wangi.Selain sup,saya juga menggunakan dalam penyediaan nasi arab.nasi ayam,soto dan sebagainya.Harga nya murah dan mudah disediakan.

Rempah Pilihan

5.0
Sup Bunjut Adabi sgt sesuai utk masakan sup seperti sup ayam, sup tulang, dan sup ekor..Sgt mudah kerana rempah tersedia dlm satu bungkus..Sup menjadi harum dan aromanya sgt menyelerakan..

Pilihan saya

5.0
Sup bunjut ni memang pilihan saya dari dulu lagi. Selama ni memang saya setia dengan sup bunjut adabi ni. Tak pernah cari yang lain

Sup bunjut Adabi

4.0
Selain gunakan serbuk sup,saya juga tambahkan sup bunjut Adabi dalam masakan untuk memberi lebih rasa yang kaw pada sup saya..Rempah yang ada dalam bunjut meresap ke dalam kuah dengan cepat kerana bunjutnya tidak terlalu tebal..Sup juga menjadi lebih wangi setelah dimasak..

Semuanya dalam satu.

5.0
Segala rempah sup ada didalamnya. Bahan yang mudah digunakan, aroma yang membangkitkan selera, pembungkusan yang tidak berubah tetapi harga tetap ekonomi. Menggunakannya, makin bertambah sup dijamah.

X perlu beli pelbagai rempah untuk sup secara berasingan

5.0
Saya suka beli sup bunjut adabi ni..dalam uncang nya ada pelbagai rempah yg memberikan aroma yg wangi kepada kuah sup saya..sangat mudah untuk mnyediakan kuah sup yg sedap dgn adanya sup bunjut adabi ni..saya x perlu beli pelbagai rempah sup secara berasingan,semuanya dh ada dlm uncang kecil ni.

BAHAN YANG PENTING UNTUK SUP

5.0
SETIAP KALI MEMASAK SUP, SAYA AKAN PASTIKAN SALAH SATU BAHAN Adabi Sup Bunjut INI ADA UNTUK MASAKAN SAYA. IANYA MENYEDAPKAN SUP SAYA LAGI DAN MEMBUAT SEISI KELUARGA MAKAN BERTAMBAH. TAMBAHAN PULA MASAKAN SUP BAIK UNTUK KESIHATAN LEBIH-LEBIH LAGI KETIKA SAKIT DAN TIDAK SIHAT.

Bahan rempah yang lengkap...

4.0
Adabi sup bunjut mempunyai bahan rempah yang lengkap untuk masakan. Boleh digunakan untuk pelbagai hidangan dan wajib ada dalam stok di dapur saya. Rasa dan aromanya sedap apabila digunakan.

JARANG

3.0
Saya jarang menggunakan Adabi Sup Bunjut kerana dalam pek tersebut hanya ada sup bunjut sahaja..Biasa saya cari yang dah ada semua seperti kulit kayu manis dan bunga lawang..Ia dapat memudahkan kerja saya,hanya beli 1 paket semua dah ada di dalam nya..Tapi kadang~kadang saya ada juga membeli Adabi Sup Bunjut ni,sebab rasanya juga sedap dan tak mengecewakan

Pelbagai rempah dalam 1 bunjut

5.0
Mmg sentiasa guna sup bunjut adabi ni utk buat pelbagai sup.Aroma sup sy lebih wangi dgn pelbagai rempah dlm 1 bunjut ni..senang nk buat sup yg sedap..sup juga jadi lebih sedap,wangi & lebih berperisa...harga mmg murah,senang nk dpt di kebanyakkan kedai.

Adabi Sup Bunjut

5.0
Memang sedap jika menggunakan sup bunjut Adabi.Rempah ratus didalam bungkusan mengeluarkan aroma yang membangkitkan selera.Sup jadi harum dan wangi.Selain sup,saya juga menggunakan dalam penyediaan nasi arab.Harga nya murah dan mudah disediakan.Saya pasti akan mensyorkan pada keluarga saya untuk mencuba produk ini.

We are checking your review. This could take a few seconds, please wait...

Leave a review