Horlick Original Malt Flavour
horlick
ho ho ho horlicks tema lagu zaman saya kecil.walau pun agak mahal, tetapi berbaloi. saya mengamalkan minuman horlicks sepanjang tempoh saya berpantang dan sepanjang saya menyusukan anak.sekarang anak kecil saya sudah berumur 1 tahun 6 bulan. saya masih dengan horlicks. sememangnya antara milk booster terbaik untuk ibu yang menyusukan anak. horlicks juga boleh buat kek.sedap dan lazat.
Nestle MILO ACTIV-GO
milo
milo adalah minuman yg telah lama wujud di Malaysia.namun mempunyai kadar gula yang agaj tinggi.Tapi itu tidak menghalang saya dari menikmati minuman ini.. paling tidak 2-4 kali seminggu.selain untuk di minum,milo juga boleh di buat makanan.seperti kek batik milo. terbaru milo ais kepal.memang sedap. cubalah!!
Adabi Sup Bunjut
Sup Bunjut Adabi
Sup bunjut adabi sememangnya wajib ada di dapur saya.. setiap kali shoping barang dapur,sup bunjut ini paling kurang mesti beli 3-5 paket.sebab kerja memasak saya menjadi mudah dan cepat.
Adabi Chicken & Meat Kurma Powder
Serbuk Kurma adabi
Serbuk kurma adabi menjadi pilihan saya kerana sangat membantu saya dalam penyediaan masakan kurma. selain dari masak kurma,anda juga boleh menambahkan serbuk kurma adabi ini dalam bubur nasi daging atau ayam untuk rasa yang lebih sedap.. cubalah!
Blue Key Self Raising Flour
Blue Key flour
Anak anak saya suka makan kek coklat,malangnya saya tidak mahir dalam pembuatan kek. sebagai percubaan,saya telah menggunakan tepung kek blue dan hasilnya sangat memuaskan hati!!! dengan sekotak tepung kek ini saya telah jimat banyak kerana 1 1/2 cawan tepung sahaja yang saya perlukan untuk 1 adunan.. dan sy telah berjaya membuat 6 adunan kek coklat yg menjadi kegemaran anak..
Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
drypers wee wee
saya mula menggunakan drypers wee wee dari anak pertama pada 2014 , dan masih setia dengan jenama ini untuk anak kedua saya yang lahir pada 2016.pernah cuba tukar kepada brand lebih murah seperti yang dicadangkan oleh kawan kawan dengan membeli pek kecil, tetapi akhirnya saya tetap mencari drypers wee wee kerana anak saya tidak pernah mengalami ruam lampin,tidak mengalami masalah kebocoran air kecil dan besar. selain itu keahlian drypers juga menarik minat saya kerana boleh menebus point di samping harga yang berpatutan dan mampu milik.