NONA Ketupat is packed in a convenient way so that it makes traditional cooking easier for the modern lifestyle. It is also known to many as Nasi Impit. NONA Ketupat offers a variety of packaging sizes to cater for the different eating lifestyles.

4.6

(11 Reviews)

5 stars 7
4 stars 4
3 stars 0
2 stars 0
1 stars 0

Mudah!!!

5.0
Nona Ketupat (Rice Cake) Range mudah dimasak dan sedap.. basuh sedikit paket Nona Ketupat (Rice Cake) Range dan sukat air dan sedia dimasak...semudah A,B,C... Saya selalu masak soto dan lontong ,Nona Ketupat (Rice Cake) Range memudahkan saya menyediakan masakan Kegemaran my family... Bersih dan sangat mudah .

Kecil dan mudah disediakan

5.0
Memasak ketupat lebih menyenangkan dengan adanya ketupat nona. Ketupat yang dipek kecil ini hanya perlu direbus dalam lebih kurang 2-3 jam untuk memastikan beras semua kembang dan jika terlebih air ia tidak menjadi lembik. Ia sesuai apabila saya ingin membuat jamuan dan mudah untuk dihidangkan.

Ketupat Nasi Nona

5.0
Selalunya sy akan beli ketupat nasi nona ni utk makan bersama kuah lontong atau satey terutamnya bila tiba waktu perayaan atau bila sy adakan jamuan.Dengan adanya ketupat segera Nona ni,lebih mudah utk sy sediakan ketupat nasi.Ia juga dah dipek dlm pek plastik yg kecil,hnya perlu rebus dan tnggu shhga beras kembang.Ketupat pun lembut,x terlalu lembik mahupun keras.Mmg mudah lah utk org yg tidak pandai mnyukat air utk buat ketupat .Lebih mudah & senang.

Mudah dan jimat masa

4.0
Apabila musim perayaan (hari raya) saya akan membeli nona ketupat (nasi impit) ni sebab sangat mudah dan menjimatkan masa. Dari segi teksturnya, lembut dan senang masak. Tapi aromanya kurang lah sebab hanya beras biasa. Saya akan mencampurkan daun pandan untuk memberikan aroma kepada nasi impit saya. Harganya juga murah dan sentiasa ada di pasaran.

Tekstur ketupat nasi sangat lembut dan licin

5.0
Lebih mudah untuk saya sediakan ketupat nasi dengan adanya nona ketupat ni..tekstur ketupat nasinya lembut dan licin,tidak berbintil seperti jenama lain dan tidak lembik atau terlalu keras..mudah untuk disediakan,hanya perlu rebuskan,kerana ketupat nona ni dah dipek dlm pek2 kecil yg mudah untuk disediakan..mmg saya selalu mmbelinya terutama jika dekat raya..berbaloi dibeli,harganya berpatutan.

ketupat nona

5.0
Ketupat nona menjadi pilihan saya untuk membuat nasi impit..Cuma rebus dalam masa yang ditetapkan untuk menikmati nasi impit yang menarik dan tidak lembik..Tambahkan daun pandan untuk bau lebih wangi..Enak dimakan dengan kuah kacang,rendang,soto dan lontong..

Ketupat nasi lebih mudah dengan Nona

4.0
Sangat mudah disediakan..dipek dalam pek kecil yg memudahkan saya untuk merebusnya..ketupat nasi nona ni teksturnya sabgat cantik,x terlalu lembik ataupun keras..cuma rasanya biasa saja,tidak berlemak & tiada aroma daun palas kerana ianya dipek dalam plastik biasa..tapi saya selalu beli kerana ia memudahkan saya utk sediakan ketupat nasi untk dimakan bersama sate,terutama di hari raya,selalu saya rebus bersama daun pandan utk mmbangkitkan aroma yg wangi..mmg berbaloi utk dibeli,harga pun berpatutan.

Segalanya mudah.

4.0
Ketupat nona adalah bahan yang mudah dihidang, direbus, juga cepat masak kerana saiz kecil didalam pek. Daripada rasa nasinya, sedikit kurang enak kerana beras yang digunakan. Biasa sahaja.

Ketupat segera pilihan

5.0
Ketupat segera Nona sangat mudah disediakan. Mudah, senang, harga berpatutan dan amat berbaloi dengan ketupat nona ini. Peganti ketupat dialaf baru ini dengan haruman pandan semasa merebus. Saya lagi prefer mini ketupat nona kerana lebih mudah untuk dimakan secara individu manakala untuk majlis- majlis dan makan secara ramai saya lg prefer ketupat nona biasa kerana tidak perlu potong banyak-banyak pek. Rasa ketupat nona juga lembut dan sesuai dimakan semua peringkat umur

Ketupat Segera Yang Lembut

4.0
Biasanya saya akan menghidangkan ketupat nona kepada tetamu semasa hari raya aidilfitri..Ianya mudah dimasak, dan sangat lembut..Sangat sedap dimakan bersama kuah kacang dan rendang daging..Terbaik..

Mudah dan cepat

5.0
Memang menjadi pilihan bila Hari Raya untuk membeli nasi impit keluaran Nona ini. Senang di bawa ke mana saja dan cepat dimasak. Rasa sedap dan sesuai makan bersama kuah kacang.

We are checking your review. This could take a few seconds, please wait...

Leave a review