Patutkah saya membekalkan anak saya yang sedang membesar dengan suplemen atau multivitamin tambahan? Soalan ini sering ditanya oleh kebanyakan ibu bapa. Sebagai ibu bapa, anda tentunya selalu ingin memastikan anak anda mendapat bekalan nutrien yang seimbang untuk tumbesaran fizikal serta perkembangan minda anak anda.
Pada keadaan tertentu, membekalkan suplemen untuk si manja menjadi satu keperluan yang tidak dapat dielakkan. Kanak-kanak yang sedang membesar masih melalui fasa tumbesaran di mana perkembangan fizikal dan otak mereka masih berlangsung sehingga maksimum umur seseorang mencapai 22 tahun. Dalam tempoh tumbesaran ini, kanak-kanak akan melalui fasa pengambilan pemakanan yang tidak menentu sedangkan nutrien dan vitamin yang lengkap diperolehi sepenuhnya daripada sumber makanan yang diambil. Hilang selera makan, kurang makan sayur, terlalu banyak mengambil makanan segera, jadual makan yang tidak teratur, kerap jatuh sakit serta alergi terhadap makanan adalah antara fasa-fasa yang akan dilalui oleh hampir setiap kanak-kanak.
Untuk itu, bagi ibu bapa yang sukar mengawal kesemua faktor luaran ini, tidak salah jika anda ingin mempertimbangkan bekalan suplemen atau multivitamin untuk anak anda sepanjang tempoh tumbesaran mereka. Berikut ialah antara suplemen terbaik untuk si kecil yang sedang membesar.
1. Appeton Multivitamin Lysine
Bagi ibu bapa yang menghadapi masalah anak tidak berselera makan, Appeton Multivitamin Lysine adalah antara suplemen yang berkesan untuk meningkatkan selera makan anak anda. Kanak-kanak akan menjadi semakin berselera makan nasi. Selera makan ini sekaligus akan menambah berat badan anank anda Produk ini boleh diambil oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah. Ramai kanak-kanak yang menyukai rasanya yang enak seolah-olah ia gula-gula berperisa buah-buahan yang digemari.
2. Seven Seas Multivitamin Syrup with Code Liver Oil
Membekalkan 8 jenis vitamin dan DHA. Lapan jenis vitamin tersebut terdiri daripada vitamin A, D, C, B1, B2, B3, B6 dan E. Multivitamin berbentuk cecair ini sememangnya enak dengan perisa oren seakan meminum jus yang pekat. Multivitamin ini juga bebeas dari pewarna dan perasa tiruan. Multivitamin Syrup With Cod Liver Oil bermanfaat untuk meningkatkan sistem kekebalan imunisasi secara optima. Kanak-kanak akan membesar dengan sihat di samping membantu perkembangan tulang yang kuat. Bahan minyak ikan kod yang terkandung di dalamnya berfungsi untuk mengekalkan kesihatan mata supaya penglihatan menjadi lebih jelas bagi kanak-kanak.
Baca dan lihat ulasan mengenai Multivitamin Syrup With Cod Liver Oil
3. Chewies Immuno Licious
Multivitamin kanak-kanak yang lembut dikunyah. Ia mempunyai 3 pilihan perisa iaitu mangga, oren dan strawberi. Ambil secara konsisten 2 biji setiap hari untuk meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dari serangan penyakit. Terdapat dua pilihan botol iaitu 30 biji dan 60 biji. Vitamin ini juga sesuai diambil untuk orang dewasa. Vitamin ini bebas daripada GMO iaitu modifikasi kejuruteraan genetik yang mengubahsuai organisma seperti tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Vitamin ini mendapat kelulusan di bawah badan US FDA oleh kebanyakan negara.
4. Appeton Multivitamin Hi – Q Taurine + Dha
Appeton Multivitamin Hi-Q Taurine dengan tambahan DHA adalam suplemen makanan yang diperkaya dengan Taurina dan DHA. Taurina sangat membantu peneyerapan vitamin dalam badan serta menjaga kesihatan mata dan memperbaiki penglihatan. Selain itu ia membantu perkembangan otak supaya kanak-kanak menjadi lebih bijak berfikir. Pengambilan multivitamin ini akan membantu menyeimbang atau menambahkan badan yang mengalami kekurangan nutrien. Bagi kanak-kanak yang sering melihat peralatan elektronik seperti tablet dan televisyen, vitamin ini akan melindungi mata mereka dari kerosakan dan kabur. Pengambilannya juga disarankan bagi kanak-kanak yang tidak minum susu, mengalami masalah alergi serta tidak mengambil makanan berunsur daging seperti ayam dan daging lembu.
Baca dan lihat ulasan mengenai Appeton Multivitamin Hi – Q Taurine + Dha
5. Scott’s DHA Gummies
Minyak ikan mengandungi DHA yang tinggi. Ikan mackerel, salmon serta makanan laut lain seperti tiram dan ketam semuanya mengandungi kandungan DHA yang tinggi. Tiga biji Scott’s DHA Gummies membekalkan anak anda dengan 40mg DHA yang baik untuk diet seharian. DHA ini membantu perkembangan dan fungsi otak dan penglihatan yang bagus. Biji vitaminnya yang berbentuk ikan boleh menarik minat kanak-kanak untuk makan dengan mudah. Walaupun vitamin ini berasaskan minyak ikan, ia tidak menghasilkan bau ikan yang boleh mengganggu selera kanak-kanak yang kurang menggemari ikan. Scott’s DHA Gummies mendapat sijil pengiktirafan halal oleh pihak JAKIM. Multivitamin ini tidak sesuai bagi kanak-kanak yang mengalami alergi terhadap makanan laut.
5. Champs Vitamin C 100mg Orange 100’s
Tablet vitamin C yang digemari kerana rasa oren yang enak. Vitamin ini sesuai diambil oleh kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ianya sesuai dimakan setiap hari sebagai bekalan tambahan vitamin C dalam badan. Setiap biji vitamin ini mudah dikunyah dan amat enak apabila dihisap perlahan-lahan dalam mulut. Champs Vitamin juga sangat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan menjadikan kanak-kanak sentiasa sihat dan dan jarang sakit.
Baca dan lihat ulasan mengenai Champs Vitamin C 100mg Orange 100’s
7. Flavettes 250mg Orange
Suplemen yang membekalkan vitamin C. Kaya dengan perasa oren dan rasanya sungguh enak apabila dikunyah dan dihisap dalam mulut. Kanak-kanak pasti akan menyukai keenakan rasanya. Vitamin ini terdapat dalam botol 60 biji. Penghasilan vitamin ini diformulasi menerusi kaedah sorbitol sebagai agen pemanis. Ia sama sekali tidak mengandungi gula dimana lebih selamat untuk dimakan oleh kanak-kanak serta tidak mengakibatkan kerosakan gigi. Vitamin ini boleh diambil antara 2 sehingga 4 biji sehari. tetapi anda dinasihatkan mendapat nasihat daripada doktor untuk jumlah pengambilan yang sesuai untuk anak anda. mengikut umur masing-masing. Vitamin C ini larut dengan mudah apabila dimasukkan dalam mulut.
8. BiO-LiFE OccuKiDs Chewable Bite
Vitamin boleh kunyah yang bermanfaat untuk kesihatan mata. Ia mengandungi ekstrak buah bilberry dan bunga marigold serta campuran tomato dan serbuk beri. Kesemua bahan ini diketahui akan manfaatnya untuk kesihatan mata yang lebih baik. Untuk rasa kemanisa, ia tidak mengandungi unsur gula sebaliknya digantikan dengan pemanis semulajadi daun stivia. Juga bebas dari bahan pengawet dan pewarna tambahan. Ibu bapa yang sentiasa risau dengan anak-anak yang tidak henti-henti bermain gajet dan menonton televisyen, vitamin ini membantu menyihatkan kembali mata anak anda supaya tidak kabur. Vitamin ini boleh diambil 2 biji pada setiap hari. Sesuai juga untuk orang dewasa.
Baca dan lihat ulasan mengenai BiO-LiFE OccuKiDs Chewable Bite
9. Redoxon Chewable Double Action C 500mg + Zinc
Vitamin ini sesuai untuk seisi keluarga. Kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas boleh dibekalkan 1 tablet setiap hari. Gabungan unsur vitamin C dan Zink membantu memperbaiki sistem imunisasi badan anda dan anak-anak. Vitamin C mudah kunyah ini boleh didapati dalam dua perisa iaitu oren dan anggur hitam. Bahan aspartame yang digunakan sebagi sumber pemanis amat sesuai untuk mereka yang mengalami diabetik.
Baca dan lihat ulasan mengenai Redoxon Chewable Double Action C 500mg + Zinc
Artikel Pilihan Editor :