HomeMalayPerlukah Multivitamin Kanak-Kanak? Ketahui 4 Keadaan Ini

Perlukah Multivitamin Kanak-Kanak? Ketahui 4 Keadaan Ini

Sebelum kita membincangkan tentang multivitamin kanak-kanak, adalah amat penting untuk kita fahami mengapa dan bila multivitamin menjadi penting kepada kanak-kanak.

Ibu bapa bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak mereka yang sedang membesar dibekalkan dengan vitamin dan nutrien secukupnya.

Proses membekalkan segala nutrisi yang diperlukan seorang kanak-kanak perlu dititikberatkan oleh ibu bapa seawal usia anak mereka masih bayi lagi. Kanak-kanak perlu dipastikan mendapat vitamin dan nutrien yang lengkap dan seimbang sepanjang proses tumbesaran mereka. 

Secara asasnya, kesemua vitamin yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak boleh didapati daripada diet seharian mereka. Sebagai contoh, kalsium yang terkandung dalam produk tenusu seperti susu formula sangat penting untuk perkembangan otot dan tulang yang kuat dan sempurna. Vitamin C yang terkandung dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran pula menyumbang kepada kesihatan kulit yang cantik dan licin. Perkembangan otak yang cerdas pula bergantung kepada pelbagai jenis vitamin, zat besi dan omega. Kemampuan kanak-kanak dalam membina pertahanan antibodi yang kuat secara semulajadi terhadap serangan penyakit pula biasanya dipengaruhi oleh unsur beta karotin dan pelbagai jenis vitamin.

Cabaran Ibu Bapa Membekalkan Nutrisi Kepada Anak-Anak

Tidak dapat lari, ibu bapa seringkali menghadapi cabaran dalam memastikan anak-anak mereka menerima kesemua jenis makanan bagi bekalan nutrisi yang lengkap. Ini kerana selera makan kanak-kanak seringkali tidak menentu. Masakan istimewa hasil dari air tangan ibunya, belum tentu lagi dapat membuka nafsunya untuk makan dengan penuh berselera. Walaupun si ibu berusaha keras mempersembahkan hidangan makanan secara kreatif dalam bentuk kartun-kartun untuk menarik perhatian mereka terhadap makanan yang dimasak, belum tentu lagi usaha si ibu mampu membuahkan kejayaan dan memberi ketenangan dalam hati si ibu. Ketenangan dalam hati si ibu hanyalah apabila anak-anak mereka menikmati makanan berkhasiat hasil dari air tangan mereka sendiri.

Kanak-Kanak Kurang Selera Makan

Adakalanya kanak-kanak mengalami masalah hilang atau kurang selera makan sekaligus akan menolak daripada makan makanan berkhasiat seperti nasi, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Bagi kanak-kanak, kesemua jenis makanan ini tidak sedap lebih-lebih lagi sayur dan buah-buahan yang dianggap tawar pada deria rasa lidah mereka.

Pengaruh Makanan Segera Tidak Terkawal

Tambahan lagi, kanak-kanak kecil pada hari ini dengan begitu mudahnya lebih tertarik terhadap pelbagai jenis makanan segera di pasaran yang langsung tidak bermanfaat untuk tumbesaran mereka. Pengambilan makanan segera yang terlalu kerap menjadi salah satu penyebab terbantutnya selera mereka terhadap makanan berkhasiat yang sepatutnya diambil pada usia mereka yang masih kecil. Kanak-kanak akan dengan mudahnya terobses dan ketagih terhadap makanan sebegini. Perkara ini amatlah membimbangkan lebih-lebih lagi kesemua jenis makanan ini boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai secara berleluasa tanpa kawalan dari pihak berwajib.

Justeru itu, ramai pakar kesihatan kanak-kanak menyarankan supaya ibu bapa mempersiapkan alternatif lain iaitu dengan membekalkan pengambilan multivitamin dalam bentuk kapsul atau cecair kepada anak-anak mereka.

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Yang Memerlukan Vitamin Tambahan

Bukan semua kanak-kanak perlu dibekalkan dengan vitamin tambahan. Perhatikan ciri-ciri tertentu pada pada anak anda. Jika ibu bapa mengenalpasti kesemua atau salah satu dari gabungan daripada ciri-ciri yang dinyatakan di bawah ini wujud pada diri anak mereka, maka kemungkinan besar anak anda memerlukan vitamin tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan keperluan vitamin agar proses tumbesaran mereka tidak terbantut.

1. Jadual Makan Yang Tidak Teratur

Sebagai ibu bapa, anda perlulah prihatin dalam mengatur dan menetapkan jadual pemakanan anak-anak anda mengikut kesesuaian umur kanak-kanak tersebut.

Seorang kanak-kanak yang berusia satu tahun dan ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya enam kali makan dalam sehari. Ini termasuklah bekalan susu sama ada susu formula yang dibancuh atau susu ibu. Mereka perlu diberikan makanan setiap tiga jam setiap hari sehinggalah tibanya waktu untuk mereka tidur di waktu malam.

Bagi kanak-kanak pra sekolah, mereka perlu makan sekurang-kurangnya empat hidangan makanan dalam sehari. Jadual makan ini perlu diselang-selikan dengan hidangan snek yang menyihatkan seperti buah-buahan.

2. Kanak-Kanak Itu Kerap Menghadapi Masalah Kesihatan

Bayi dan kanak-kanak yang kerap jatuh sakit seperti demam dan selesema sebenarnya mengalami masalah imunisasi badan yang rendah. Masalah kesihatan lain yang kerap dikenalpasti di kalangan kanak-kanak juga ialah penyakit sembelit dan masalah kronik berkaitan pernafasan seperti asma.

Kesemua jenis penyakit ini perlu diberi segera perhatian oleh ibu bapa. Langkah yang boleh diambil apabila mendapati anak-anak mereka kerap sakit ialah dengan membawa mereka berjumpa dengan pakar kesihatan kanak-kanak dan membekalkan mereka dengan vitamin tambahan mengikut saranan doktor.

3. Terlalu Kerap Makan Makanan Segera Yang Tidak Berkhasiat

Kesemua makanan segera, makanan yang diproses serta minuman berkarbonat boleh dikategorikan sebagai makanan tidak berkhasiat untuk tumbesaran dan perkembangan kesihatan kanak-kanak. Malah ibu bapa juga sering diingatkan oleh pakar kesihatan kanak-kanak supaya mengawal dan memantau jenis makanan segera yang dimakan oleh anak mereka.

Anak-anak yang terlalu kerap menikmati hidangan di restoran makanan segera seperti KFC, McDonalds dan Burger King bukan sahaja perlu dipantau tahap kesihatan mereka, malah perlu dibekalkan dengan vitamin tambahan untuk keseimbangan nutrien dalam badan mereka.

Tambahan lagi, kanak-kanak boleh membeli jenis-jenis makanan tidak sihat sebegini dengan begitu mudahnya di kedai-kedai tanpa pemantauan dari ibu bapa dan pihak berwajib.

4. Enggan Minum Atau Alergik Terhadap Susu 

Sama ada susu ibu atau susu formula, kedua-dua simptom bagi masalah penolakan bayi terhadap susu dan alergik susu hampir sama. Akan tetapi ciri-ciri kedua-dua penyakit ini berbeza kerana ia melibatkan masalah sistem imunisasi.

Bayi yang menghadapi masalah alergik susu adalah lebih berbahaya dan memerlukan perhatian segera kerana ia melibatkan masalah sistem imunisasi dalam badan. Manakala penolakan bayi terhadap jenis susu semata-mata tidak ada kena mengena dengan sistem imunisasi.

Diantara simptom-simptom alergik susu yang biasa boleh dilihat berlaku pada bayi ialah ekzema, kesukaran bernafas, cirit-birit, muntah, bengkak di bahagian badan tertentu serta lebih teruk lagi apabila berlaku penurunan tekanan darah yang menjurus kepada hilang kesedaran.

Untuk membezakan kedua-dua jenis simptom ini, ibu bapa perlulah membawa bayi mereka menemui pakar kesihatan kanak-kanak untuk diagnosis selanjutnya.

Kenalpasti Multivitamin Sesuai Mengikut Masalah & Peringkat Umur

Bagi kanak-kanak di bawah usia 12 bulan, Appeton Multivitamin Plus Infant Drops ini sangat sesuai kerana ianya lebih selamat dalam bentuk cecair. Multivitamin ini boleh diberikan kepada bayi secara mudah sekurang-kurangnya 1.0 mililiter dalam sehari.

Ia boleh diberikan kepada bayi secara dititiskan terus ke lidah bayi atau dicampurkan beberapa titisan ke dalam susu atau makanan. Makanan bagi bayi di bawah usia 12 bulan adalah dalam bentuk cecair atau makanan lembut yang lebih mudah dikunyah dan dihadam oleh sistem penghadaman mereka.

Anak-anak yang mengalami kurang selera makan juga boleh diatasi dengan memberikan mereka Chewies Multivitamin yang mampu menambahkan selera makan.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan