Tommee Tippee Closer to Nature Tinted Bottle
Botol susu kegemaran anak
Semasa mula mula nak ajar anak saya mula minum susu formula anak saya tidak pandai minum menggunakan botol susu biasa. Namun apabila minum menggunakan botol susu tomme tippe, anak saya boleh minum dengan lancar. Mungkin juga faktor reka bentuk puting dan botol yang memudahkan kelancaran bayi untuk menghisap seperti susu ibu.
Johnson’s® Baby Oil
Lembut dan menyegarkan
Saya biasa sapukan minyak ini semasa melakukan urutan lembut kepada bayi saya. Minyak ini sentiasa menjadi pilihan saya. Botolnya mempunyai pelbagai saiz dan senang dibawa. Sekiranya saya bercuti saya akan membawa botol yang bersaiz kecil.
Darlie Double Action Toothpaste
Berkualiti dan murah
Sebagai seorang surirumah dan menteri kewangan keluarga, harga barangan keperluan sememangnya menjadi keutamaan saya. Saya amat cerewet dalam memilih produk barangan rumah kerana saya mahukan yang terbaik untuk keluarga saya. Jika dibandingkan dengan jenama ubat gigi yang lain jenama ubat gigi darlie jauh lebih murah. Kualitinya jauh melebihi harga yang ditawarkan. Sangat meringankan beban kewangan pengguna.
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
Wangi dan Jimat
Bau Johnson Baby wangi dan terasa sangat lembut apabila di sapu pada kulit. Saya sekeluarga sudah sememangnya pengguna setia produk Johnson dan menggunakan produk Johnson baby buat si manja saya sudah menjadi tradisi buat keluarga kami. Lebih jimat pula kerana Johnson baby Top to Toe ini boleh digunakan sebagai syampu rambut dan juga sabun badan. Sesuai dengan namanya, anak saya boleh guna dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Polo Electronic Baby Cradle
Tahan Lama
Di beli pada tahun 2013 dan masih bertahan sehingga kini. Bayi tidur nyenyak tanpa masalah. Kelajuan buai boleh laras dan sangat mudah disesuaikan mengikut keselesaan bayi. Harga yang mampu milik berbaloi dengan kualitinya yang masih lagi berfungsi dengan baik walaupun selepas 5 tahun penggunaan. Saya sangat berpuas hati dan amat mengesyorkan kepada para ibu diluar sana yang sedang mencari buaian elektronik bagi membantu tugas seharian ibu sepanjang di rumah.
Sony 40″ Full HD LED TV
Kualiti tinggi
Sound sistem untuk produk sony memang sangat bagus. Jadi semasa saya melakukan survey untuk membeli tv pertama saya ini saya ambil kira kualiti. Kualiti yang dicari seperti sound yang baik, gambar yang jelas, dan harga berpatutan ada pada tv ini. Oleh itu tv ini menjadi pilihan saya. ?