Ramly Minced Beef
Mudah ,Cepat & Sedap
Bertahun saya mengunakan produk ramly.. rasa lebih selamat kerana ia keluaran bumiputra dan halal. Zaman sekarang kita banyak didedahkan dengan makanan style barat jadi saya memilih Ramly Minced Beef untuk memasak. Bebola daging, lagsana, speggeti, inti karipap,popia... dapat dimasak dengan mudah dan cepat..jimat masa dan tenaga.
Farm Fresh Yogurt Drink
Minuman Yogurt Terbaik
Farm Fresh Yogurt Drink mempunyai banyak perisa buah-buahan dan ada juga perisa Asli...pilihan saya? Mesti la Asli dan Mixed Berries.. Sedap tak terkata... sangat Fresh.. sangat sesuai buat mereka yang sedang berdiet.. ia juga bole diamalkan setiap hari..
MAGGI® 2-Minute Noodles Asam Laksa
Citarasa Berbeza
Bagi saya yang tak suka masam2 ni memang kurang kick ye kalau makan MAGGI® 2-Minute Noodles Asam Laksa ni.. so solutions ye.. saya akan buat maggi kawen... saya akan kawinkan dengan maggi kari.. pedas dan ada sedikit rasa masam.. letak sayur-sayuran (timun, salad,cili padi dan bawang) serta telur rebus memang rasa maggi terbaik dalam dunia..
Biore Facial Fit Pore & Oil Clear
Kulit Berminyak Tiada Lagi
Semasa di Sekolah Menengah saya menggunakan Biore Facial Fit Pore & Oil Clear kerana saya aktif bersukan dan banyak melakukan aktiviti dibawah cahaya matahari... kulit berminyak dan gelap membuat saya kurang mendapat perhatian dari pelajar lelaki.. kakak saudara menghadiahkan produk ini dan hasilnya sangat memuaskan hati... Terima kasih Bio're.
Sanctum Purifying Foam Cleanser
Terbaik!
Sanctum Purifying Foam Cleanser membantu saya menghilangkan kulit wajah berminyak.. Dengan menggunakan bahan semulajadi seperti Yucca Cactus dan Oak Bark Extracts kulit muka saya kembali bersih, segar dan semakin glowing ia juga sesuai digunakan pada semua jenis kulit.
Jack n’ Jill Cream-O Tarts Strawberry
Manis!
Suami suka makan Jack n’ Jill Cream-O Tarts Strawberry ni.. memang habit dia dari dulu lagi.. biskutnya ranggup inti strawberry sedap tapi terlalu manis bagi saya.. sebagai driver lori suami saya akan buat stok kudap2 bila jalan jauh
King’s Potong Durian
Aiskrim Durian Potong?
Saya suka makan Durian tapi sekarang musim durian harga mahal tak mampu nak beli sebiji... lepas makan King’s Potong Durian ni saya dah tak pandang durian kat pasaran.. Sedapnya tak terhingga. Selain tu saya akan jadikan sebagai serawa durian untuk makan dengan roti jala... terangkat beb..
Campbell’s Instant Soup Cream of Chicken
Sedap! Sangat Sedap
Bila ada mood nak bersarapan ala-ala omputeh saya akan bancuh Campbell’s Instant Soup Cream of Chicken dan makan bersama garlic bread macam pizzahut..nikmatnye terasa kat anak tekak.. kadang2 waktu hujan perut mudah lapar. Sambil buat kerja saya akan minum Campbell’s Instant Soup untuk alas perut.
San Remo Angel Hair Spaghetti
Jimat Masa!
Saya suka menggunakan San Remo Angel Hair Spaghetti kerana ia cepat masak dan banyak. Harga juga berpatutan. Dan untuk anak2 saya akan potong sosej kepada 4 bahagian dan cucuk mi spagghetti pada sosej.. berselera anak2 saya makan.
Nestle Everyday
Khasiat terbaik dalam 1 gelas
Nestle Everyday pilihan kami sekeluarga. Bukan sahaja harganya murah tetapi ia merupakan susu yang lengkap untuk kami semua. selain untuk diminum pada waktu pagi dan malam. saya akan buat kuih dengan menggunakan susu Nestle Everyday ini... memang berbaloi
Chips More Less Sweet Chocolate Chip Cookies
Less Sugar is better
Chips More Chocolate Chip Cookies memang biskut yang kita sedia maklum bahawa rasanya yang agak manis. Bila Chips More keluarkan Less Sweet Chocolate Chip Cookies saya mula mencubanya.. bagi saya ia sedap dan bole bagi anak2 makan.. cuma sedikit kecewa bila chip coklat semakin kurang kuantitinya didalam biskut.
Wall’s Top Ten Vanilla
Sedap! Sangat Sedap
Siapa yang tak makan aiskrim ni memang rugi. Wall’s Top Ten Vanilla aiskrim yang paling laris dalam jualan. kombinasi rasa coklat berkacang dan rasa vanila yang menyejukkan memang terbaik.. bagi saya aiskrim keluaran wall's perisa vanilla memang unik..sesuai dimakan pada musim panas.
Revive Isotonic Apple Zest
Ubat demam paling mujarab
Saya kurang gemar makan ubat-ubatan jika sakit..terutama waktu demam dan sakit perut.. saya selalu amalkan minum Revive Isotonic Apple Zest dan 0riginal sebab ia ubat mujarab bagi badan saya.. ia kekalkan badan saya dari hydrated ketika sakit.
MARIGOLD UHT Milk
Tidak berbau Hamis
Satu-satunya susu yang saya bole minum ketika mengandung ialah MARIGOLD HL Low Fat Milk.. rasanya yang sedap berbau seperti vanilla menepati citarasa saya. Baby yang lahir pun putih gebu dan tembam..
Yeo’s Yeogurt Original Yogurt Flavoured Drink
Perisa Asli yang Sedap!
Yeo’s Yeogurt Original Yogurt Flavoured Drink merupakan minuman kegemaran saya semasa waktu pagi kerana ia mudah dibawa kemana sahaja dan dinikmati tak kira masa.. Rasa yeo's yeougurt asli ini juga sedap dan tidak masam seperti jenama minuman yang lain..
Mi Sedaap Soto Flavor
Perencah soto terbaik!
Bagi saya keluaran Mi Sedaap Soto Flavor ni memang sedap.. tapi tak bole la makan selalu sebab bole buat kita muak.. selalunya saya akan letak cebisan isi ayam goreng, telur ayam sebiji, hirisan halus kobis dan sedikit sambal kicap.. kombinasi rasa ini membuatkan soto lebih sedap.. masam, pedas dan rangup!
Glade Floral Perfection Air Freshener
Wangian Bunga Yang Menyegarkan
Saya suka keluaran Glade Floral Perfection Air Freshener ni.. bau Bunga yang menyegarkan terutama bila di sembur dalam kereta pada waktu pagi dan malam... bagi saya ia merupakan satu terapi ketika tersangkut dalam jem pada waktu kemuncak. Namun ia boleh membahayakan jika di letakkan dalam kereta pada waktu panas dalam tempoh yang lama kerana ia bole meletup..
Bawang Repairing and Nourishing Shampoo
Mahal tapi Berbaloi
Bagi saya walaupun harga Bawang Repairing and Nourishing Shampoo mahal dan bau busuk tetapi hasilnya memang tiptop! Saya menggunakan shampoo ni dari tahun 2012 hasilnya rambut saya lebat,cantik berkilat, lembut, tiada dandruff, hair fall jarang berlaku tak macam dulu.. memang berbaloi!
Adabi Fried Rice Vermicelli Paste
Ringkas dan Sedap!
Zaman sekarang semuanya Mudah dengan adanya Adabi Fried Rice Vermicelli Paste membuat bihun goreng untuk sarapan pagi lebih senang dan cepat.. hanya perlu tambah beberapa bahan sampingan yang lain masukan paste kemudian masukan bihun semudah 123! Tidak pedas dan kanak2 juga sangat suka!
Daia Fabric Fruity Peach Sensation Softener
Bau Buah Peach Yang Memikat
Daia Fabric Fruity Peach Sensation Softener merupakan salah satu pilihan keluarga saya sebagai pewangi tambahan bagi pakaian harian kami. Bau buah peach yang menyegarkan.. Kami sering sidai baju di dalam rumah dan bila kami buka pintu Bau wangi semerbak di dalam rumah.. kami gunakannya.. dan terus guna sampai bila-bila.