Softlan Floral Fantasy Fabric Conditioner
Bau yang tahan lama
Bau seakan-akan memakai minyak wangi.Meskipun pakaian dijemur dalam keadaan yang lama bau wangi masih bertahan.Harga yang berpatutan sesuai dengan kualiti.Kedutan pada pakaian kurang seakan-akan telah digosok dan pakaian senang digosok serta lembut.Jenama yang terpercayai sejak turun-temurun.Kualiti yang semakin diperbaiki namun harganya juga semakin meningkat.Banyaknya pelembut jenama lain yang lebih murah namun kualiti berbeza.
COLGATE Maximum Cavity Protection (CDC)
Membersih dan menyegarkan
Berkesan dalam memutihkan gigi dan membersih.Menguatkan gigi sehingga ke akar.Nafas menjadi segar dengan kesegaran pudina.Fungsi utama yang melindungi kerosakan gigi.Jenama yang sangat terpercayai seantero dunia.Harga yang setanding dengan kualiti.Tiada yang perlu dirungutkan!
Dutch Lady Purefarm UHT Milk
Enak dan berkhasiat
Rasa susu yang sangat enak.Susu yang penuh khasiat yang bermanfaat untuk tubuh serta rendah lemak.Tarikh luput agak cepat kerana ianya susu.Boleh dibekukan untuk dimakan seperti ais krim.
Emeron Dandruff Control
Murah dan elok
Sejuk yang sederhana bila digunakan.Rambut menjadi lembut dan lurus.Harga yang boleh dikatakan murah.Bau agak kurang menarik.Kandungan limau sangat berkesan menghilangkan gatal pada kepala dan mengurangkan kelimumur.
NESCAFÉ Classic
Nikmat yang memuaskan
Rasa kopi yang kuat dan memuaskan.Pembungkusan yang menarik,unik dan kedap udara.Harga yang agak mahal berbanding Indocafe mungkin disebabkan kualiti kopi dan pembungkusan.Boleh digunakan sehingga 25 cawan.Walaupun digunakan hanya sedikit kepekatan kopi sudah memadai.