Nescafe Cans
Minuman bertenaga
Minuman antara yang menjadi pilihan saya ketika pemanduan jauh. Di samping ketika tak bermaya dan lesu dalam membuat kerja. Minuman ini mampu menjadikan saya bertenaga dan bersemangat serta tidak mengantuk dalam membuat kerja.
Dutch Lady Pasteurised Milk
Memang sedap
Saya paling suka perisa coklat dan juga perisa-perisa yang lain. Memang sedap dan jadi minuman wajib untuk saya ambil setiap pagi sebelum memulakan apa-apa tugasan. Bukan saya sahaja yang suka, malahan seisi rumah turut menyukainya.
Nestle Milo Nuggets Chocolate
Tak cukup nak makan
Memang sedap nuget dari milo ni. Tapi saya tak puashati dari segi kandungan dalam paket ni. Sedikit dan cepat habis. Harap pihak nestle menambah lagi kuantitit di dalam paket ini. Apa-apapun rasanya yang padu dan sedap memikat hati. Begitu juga dengan paket yang kecil mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Longlasting smell
Sebelum ini dah bermacam-macam produk sabun badan saya gunakan tapi semuanya bau yang tidak berpanjangan. Tetapi apabila menggunakan produk ini saya sangat berpuashati walaupun harganya agak mahal asalkan produknya berkualiti
Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Awesome product
Sebelum ini saya mengguna produk kecantikan dan menyebabkan muka saya berjerawat dengan banyak dk bahagian dahi dan dagu. Selepas mencuba produk ini, lama kelamaan jerawat saya berkurangan dan kulit muka tidak berminyak lagi. Saya teruja dengan perubahan muka saya. Dan sehingga kini saya merupakan pegguna cetaphil yang tegar.
Nestle Milo Nuggets Chocolate
Snek kegemaran
Antara snek kegemaran saya adalah milo nugget ini. Saya tak pernah ketinggalan untuk membeli tiap kali ke pusat membeli-belah. Milo nugget ini memang sangat sedap dan boleh dimakan dimana-mana sahaja!