Eversoft CAMELLIA FLOWER & MULBERRY
SELAMAT DAN TIADA PARABEN
Pencuci muka yang terbaik bagi saya. Buih-buihnya yang lembut menjadikan wajah saya tiada lagi kesan yang memudaratkan. Terlindung dari sinaran UVB. Paling penting tiada Paraben..
Anmum Lacta
MEMBANTU MENAMBAH SUSU IBU
Saya suka rasanya yang tak terlalu manis. Sesuai dengan keadaan ibu² yang menyusukan anak, khasiat yang terkandung dalam susu nie membantu untuk lebih bertenaga. Susu pun bertambah banyak.
Wyeth S-26® PROMISE®
ANAK SUKA TAPI PERUT TAK SELESA
Anak saya suka sangat dengan susu sample yang diberi. Sekejap jer dia habiskan sebotol. Tapi perutnya kurang selesa kerana mengalami cirit birit. Mungkin kurang biasa dengan susu baru.
Wyeth Enercal Plus
MAKANAN TAMBAHAN
Saya dah cuba susu sample Enercal Plus. Rasanya sedap dan pekat. Memang sesuai untuk sesiapa yang memerlukan khasiat tambahan. Susu yang mengenyangkan dan sesuai juga untuk yang menjaga diet pemakanan atau sedang berdiet.
Brahims Rendang Sauce
MUDAH BAWA BILA
Produk dari Brahims nie memang memudahkan saya dalam urusan memasak. Bukan sahaja dirumah malahan ketika saya berada diluar. Kadang² tuntutan kerja memerlukan saya tinggal disesuatu kawasan yang jauh dari rumah. Jadi produk Brahims menjadi peneman setia saya terutamanya Kuah Rendang Brahims. Apa yang saya perlukan hanya beli sahaja daging dipasar dan masak bersama Kuah Rendang Brahims. Mudah sahaja. Hanya sepeket Kuah Rendang Brahims, siap sudah sepinggan Rendang Daging.
The Body Shop Round Handle Facial Brush
KOTORAN MUKA HILANG
Sejak saya guna berus nie saya dapat rasakan perubahan yang sangat ketara pada muka saya. Muka jadi makin bersih, halus dan tiada lagi kekotoran yang menyumbat liang roma. Tiada lagi jerawat dan jeragat dimuka saya.
Ubermen Eau De Toilette Style Freedom
PILIHAN SUAMI SAYA
Setiap pagi sebelum kerja suami saya memang wajib pakai Ubermen EDT Style Freedom. Sepanjang hari suami saya rasa segar dengan bau harumannya itu. Balik kerja pun masih berbau harum.
Lancome Hypnose Senses EDP For Women
MEMIKAT HATI
Baunya yang tidak terlampau kuat telah memikat hati saya. Baunya tahan lama sehingga 12jam. Walaupun berpeluh namun baunya masih ada, tidak masam atau tegik.
Pixy UV Whitening Two Way Cake SPF 15 Refill Yellow Beige
SOLEKAN PALING RINGKAS
Bedak yang paling sesuai untuk yang tak cukup masa untuk bersiap. Saya telah menggunakannya sejak 9tahun yang lalu. Tak perlu bedak asas kerana PIXY UV Whitening Two Way Cake SPF 15 ini sudah lengkap. Boleh digunakan secara kering atau basah. Solekan tidak bercabuk walaupun ketika berpeluh.
Wise Nutrition New Zealand Kiwi Fiber Drink
Kesukaan saya
Dengan rasa kiwi yang lazat dan berkhasiat, sistem penghadaman saya menjadi bertambah baik. Wajib guna setiap hari.
ANLENE CONCENTRATE
Rasa yang pekat.
Rasa susunya yang pekat memang memikat hati sesiapa sahaja. Saiznya yang kecik memudahkan untuk dibawa dalam beg tangan. Memang pilihan saya selamanya.
Biore Make Up Remover Facial Foam
MUDAH TANGGAL MEKUP
Menanggalkan mekap memang leceh. Tapi dengan penggunaan Biore MakeUp Remover Facial Foam nie senang mencuci muka dengannya.. Sekali cuci jer dah hilang semua kesan mekap. Tak akan cari yang lain dah.