Softlan Floral Fantasy Fabric Conditioner
Softlan Charcoal Cardboard Fresh Wangian Memikat
Pelembut fabrik Softlan memang menjadi pilihan saya kerana harumannya tahan lama. Ia juga mempunya pelbagai pilihan wangian mengikut citarasa masing-masing. Bagi saya hampir semua wangian pelembit fabrik Softlan ini menjadi pilihan.
Nestle Corn Flakes
Conrflakes Pelbagai Guna
Nestle Cornflakes memang menjadi pilihan utama untuk sarapan pagi sama ada di pejabat, di rumah malah semasa bercuti. Senang disediakan dan sangat berkhasiat. Ia juga sangat enak jika dibuat biskut semasa musim perayaan dan memang sangat mudah disediakan. Cornflakes yang pelbagai guna!
Enchanteur Eau De Toilette Romantic
Haruman Romantik Memikat
Haruman yang tidak asing lagi bagi saya. Wangin pilihan utama. Aromanya memang memikat hati selain tahan lama. Sesuai untuk wanita dan gadis yang inginkan kelembutan bau haruman bunga . Hanya semburkan secara sederhana sahaja aroma wangiannya mampu kekal lama.
Safi Shayla Anti Hairfall
Penyelesaian Rambut Gugur
Shayla jenama syampu yang tidak asing lagi untuk saya. Pilihan utama sekeluarga. Salah satu penyelesain untuk masalah rambut gugur. Selain baunya yang harum dan wangi memang menyegarkan kulit kepala. Pasti berpuas hati dengan syampu shayla kawalan rambut gugur ini.
Lux Shower Gel Magical Spell
Mandian magik segar
Lux menjadi pilihan sejak dari zaman remaja hingga kini. Satu famili sangat sukakan mandian Lux. Baunya harum dan aromanya memberikan kesegaran untuk badan. Mandian ini juga tidak berminyak atau melekit tidak seperti sesetengah mandian.
Vaseline Healthy White Body Lotion Perfect 10
Kulit Lembut Dan Tidak Kusam Lagi
Losyen yang sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kusam dan sensitif. Dengan penggunaan losyen ini kulit akan menjadi lembut dan keyakinan diri juga bertambah. Sangat sesuai untuk kegunaan harian. Harga juga berpatutan dan mudah di dapati di pasaraya berhampiran anda.
LIPICE Sugar Lip 3g
Kecantikan Bibir Semulajadi
Lipstik Lipice Sugar Lip ini memang menjadi pilihan sejak di kolej lagi. Warnanya yang tidak terlalu terang sangat sesuai dipakai dan digaya oleh semua peringkat umur tidak kira pelajar kolej atau wanita bekerjaya. Kecantikan semulajadi bibir terserlah tidak perlu warna tambahan. Mudah dibawa ke mana sahaja kerana saiz yang kecil. Memang pilihan sejak dahulu dan kini.
Shokubutsu Orange Peel Sensation Shower Foam
Mandian Shokubutsu Mandian Pilihan Keluarga
Mandian Shokubutsu adalah mandian kegemaran kami sekeluarga. Ini kerana harumannya yang segar dan semulajadi memang menjadikan hari anda sentiasa ceria sepanjang hari. Harga juga sangat berpatutan dan memang berbaloi untuk dimiliki. Ia juga mudah didapati di mana-mana pasaraya berhampiran anda. Jadi jom cuba!
Staedtler Luna Colour Pencils
Steadler Luna Color Pencil Always The Best
Pensil warna Luna ini memang menjadi pilihan saya sejak zaman kanak-kanak lagi. Ia sangat tahan lama dan tidak mudah patah. Tona warnanya sangat terang dan cantik apabila diwarnakan di atas kertas. Sangat berbaloi berbanding pensel warna jenama lain yang mudah patah, tidak tahan lama malah tona warnanya juga pudar dan tidak menarik.