Palmer’s Cocoa Butter Formula With Vitamin E Skin Therapy Oil Face
Best giler
Sumpah best sangat serum ni. Muka jadi glowing pastu jerawat pun cepat kecut walaupun jerawat halus. Memang rasa perubahan tu bila pakai. Yang tengah survey cari serum patut cuba yang ni. Tai sekarang saya terpaksa berhenti pakai kejap semua produk sebab pregnant. Sekarang ni husband pulak ambil alih pakai ? dia cakap best, tu kerap sangat dia guna.
Oliferin Antholive
Minuman kesihatan
Oliferin minuman kesihatan ni berasaskan beri. Jadi bila minum, memang rasa pure beri. Sedikit masam dan tiada rasa gula tambahan. Kalau nak manis sikit, biasanya saya akan masukkan 1 sachet tu dalam minuman manis saya.
Good Virtue Co. Night Cream
Percubaan pertama dapat hasil yang menakjubkan
First time guna Good Virtues Co. Night Cream ni pun saya dah jatuh cinta. Lepas guna, muka rasa agak lembap dan bintik-bintik hitam pun hilang. Liang pori pun mengecil je. Nak hasil terbaik, guna setiap malam sebelum tidur. Gerenti puashati.
Good Virtues Co. Radiant & Renewing Anti-Bacterial & Hydrating Shower Cream
Bau sangat-sangat wangi
Mandian terbaik pernah saya pakai. Bau dia tu kekal sepanjang hari. Buih pun agak meriah. Walaupun dah habis berbulan-bulan, botol still bau wangi. Anak-anak pun suka pakai. Tiap kali mandi mesti tercari-cari mandian ni.
Dettol Antiseptic Germicide Liquid
Cegah bakteria
Anak-anak kerap terdedah dengan bakteria. Sama jugak dengan mainan diorang. Biasanya seminggu sekali saya akan cuci mainan mereka tu dengan Dettol Antiseptic ni. Rasa yakin sikit mereka main permainan tu. Cuci tangan dengan Dettol ni pun ok.
Ellips Hv Pro-K Complex-Hair
Rambut lebih sihat
Agak-agak rambut kering dan luruh je. Memang saya guna Ellips vitamin ni. Sapu-sapu pada kulit kepala dan rambut, dapat rasa kelainan lepas pakai. Rambut jadi lebih sihat. Gugur pun kurang lepastu. Yang penting rambut jadi lembut je.
Biolane Dermo-paediatrics Diaper Rash Cream
Cegah ruam lampin
Tiap kali lepas mandi memang saya akan sapu Biolane ni pada anak. Biasanya kalau lampin sedikit basah, cepat sangat naik merah-merah kat bontot. Lepas sapu Biolane ni, dalam sehari dua je hilang merah-merah tu. Baby sangat digalakkan guna tau.
Chomel Travel & Highchair Cleaner
Sesuai untuk mereka yang ada anak kecil
Yang ada anak kecil tu patut beli Chomel cleaner ni. Sebab apa tau, kalau nak travel kemana-mana, mesti kita akan berhenti kat rnr atau tandas kan. Jadi sebelum anak pegang sesuatu. Spray dulu Chomel ni kat tempat dia nak pegang. Tiada bau dan tak melekit. Nak spray kat tangan anak pun boleh. Cegah diri anak dari kuman
Crynx Ascend Spray
Muka glowing je
Saya guna Crynx ni ketika waktu malam je. Sebelum tidur. Tak melekit pada muka dan tiada bau. Hanya spray-spray je pada muka, terus meresap ke kulit. Bagi saya sangat sesuai untuk mereka yang nak ambil masa yang cepat.
Laurier Active Fit Pantyliners Safety Long & Wide Sakura
Best pantyliners
Pantyliners yang paling best bagi saya. Memang akan ada stok jika saya inginkan sesuatu yang segar dan wangi. Dengan haruman sakura perfume ni, saya rasa lebih yakin dengannya. Lagipun, ianya panjang iaitu 16.5cm. jadi, sangat safety dan boleh cover extra dryness.
Laurier Perfect Comfort Slim Long Wing 7s
Selesa dan perfect
Memang sesuai dengan nama Perfect Comfort. Sangat selesa. Walaupun ianya nipis dan slim, tapi panjang. Kalau period tengah heavy pun tak risaulah. Memang sangat ok. Saiz 25cm dan slim sangat sesuai untuk mereka yang pentingkan keselesaan.
Laurier Active Fit Pantyliners Deodorant
Nipis dan sangat selesa
Biasanya saya guna Laurier active fit ni ketika penghujung period dan kegunaan hari biasa. Maklumlah hari biasa yang aktif ni, memang kena ada protect sikit untuk keselesaan. Bagi saya ianya nipis sangat. So, tak rasa macam pakai pape pun. Tiada bau dan beri keyakinan sepanjang hari.
Laurier Soft Care Quick Lock Night Safe Wing
Best bila pakai
Laurier Night Safe ni pun jadi salah satu kegemaran saya. Sangat sesuai untuk kegunaan ketika heavy use. Senang dicuci dan ruangan belakang sangat lebar. So, kebocoran tu takkan berlaku walaupun tidur macam raksasa.
Veet Sensitive Touch Electric Trimmer for Women
Sangat senang digunakan
Veet ni biasanya saya guna untuk kemaskan bahagian tepi rambut anak lelaki. Hehe. Senang je nak guna, walaupun dah berkali-kali guna tapi tetap tajam. Mata veet pun ada beberapa jenis. Boleh digunakan untuk rambut, bulu, bulu kening dan sebagainya. Hanya guna 1 bateri AA je, terus dapat guna.
Libresse Maxi Non Wings Pad
Selesa bila dipakai
Salah satu pad kegemaran saya. Walaupun ianya tiada wing tapi susah sangat nak leaking. Senang dicuci dan bila pakai rasa selesa sangat. Lekapan dia tu memang terbaiklah. Senang bergerak dan tak rasa pun macam pakai pape.
Libresse Night Maxi Wings And Wider Protection Secure
Kegunaan ketika awal period
Saya suka guna Libresse Night Wing ni bukan sahaja waktu malam. Tapi juga ketika period yang banyak. Hari pertama dan kedua memang guna yang night ni. Lagipun, dengan lekapan wing tu, ia tak sebabkan kebocoran. Juga senang dicuci.
EUBOS Anti-Dandruff Care Shampoo
Sangat ok untuk mereka yang alami masalah kulit kepala
Saya dah cuba syampu anti-dandruff Eubos ni. Pendapat saya tentang syampu ni ok sangat. Kulit kepala gatal dan banyak kelemumur memang sesuai guna syampu Eubos ni. Berbuih dan berbau wangi. Jadikan rambut lebih sihat dan segar. Sebelum ni rambut saya kering sikit, lepas guna boleh rasa perubahan pada rambut tu sendiri. Siapa2 yang nak cuba bolehlah pilih syampu dari Eubos ni.
W7 Genius Foundation
Tona sekata
Foundation yang bagi saya sangat terbaik. Pakai sekali terus jatuh cinta. Jadikan kulit muka sentiasa lembap dan sihat. Love foundation w7. Bagi saya ianya sangat smooth dan mudah untuk menutup kekurangan pada muka. Kena cuba foundation ni. Sangat best
Simple Dimple X Hipster Keepster Streetwear Diaper Bag
Comel dan ruangan sangat besar
Cantik sangat2 beg simple dimple ni. Ruangan dalam memang sgt luas. So, nak masukkan banyak barang pun boleh sangat. Kain jenis tahan lasak, mmg untuk kegunaan lama sangat sesuai. Tali pun banyak jenis. Nak galas kat belakang boleh, nak pegang macam tu pun boleh, nak sandang kat tepi pun boleh. Yang bestnya, siap ada sekali pelapik bayi utk kegunaan tukar lampin kat tempat2 awam. Nice ???
Siap kemas semua brang baby letak dalam beg ni untuk ke hospital nanti.