Axion Lemon
Saya sukakan Axion
saya telah mencuba pelbagai produk untuk mendapatkan hasil pencucian terbaik dan akhirnya mencuba Axion lemon. Setelah menggunakan produk ini saya mendapati ianya amat berkesan untuk menghilangkan segala kesan minyak dan cara penggunaanya amat mudah kerana ianya merupakan cecair pencuci yang telah dibekukan bagi memudahkan saya untuk menggunakannya. Baunya juga amat menyegarkan dan yang penting sekali tidak merosakkan kulit tangan saya. sebelum itu ada beberapa produk yang menyebabkan kegatalan pada kulit tangan saya. Pinggan mangkuk juga bersiah dan mempunyai kesan-kesan bau yang tidak menyenangkan.
Quaker Oatmeal Instant
sihat dan berkhasiat
Saya mula mengamalkan Quaker Oatmeal Instant sewaktu menempuh alam perkerjaan yang mempunyai tempoh kerja yang panjang dan tidak memungkinkan saya untuk melakukan aktiviti sampingan yang lain seperti memasak dan bersenam. sepanjang tempoh itu Quaker oatmeal Instant inilah peneman saya untuk pagi dan malam iaitu bersarapan dan makan lewat malam. Yang uniknya sepanjang tempoh itu berat badan saya turun 3 kg setiap dua bulan. Saya mendapati sepanjang tempoh itu menu ini amat lazat dan berkhasiat serta mudah disediakan. sehingga sekarang saya masih mengambik Quaker Oatmeal Instant ini kerana ianya bermanafaat untuk jantung saya. Seratnya juga amat mengenyangkan.
Nestle Koko Crunch
Bijirin Untuk Sarapan
Bijirin untuk sarapan Nestle koko crunch ini pastinya mendapat jualan yang hangat kerana ianya makanan untuk sarapan yang berkhasiat dan sangat mudah untuk disediakan. Kanak-kanak dan dewasa sesuai menikmati makanan ini kerana rasanya yang amat lazat dan mengenyangkan. Anak saya akan menangis sekiranya menu ini kehabisan di rumah. saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nestle koko crunch kerana menjadi sebahagian daripada diet harian saya dan keluarga .
Massimo Chiffon In A Cup
roti kek pilihan saya
Saya menyukai massimo chiffon sejak kali pertama menikmati produk ini. kepelbagaian perisa memberikan saya pilihan untuk bertukar-tukar perisa terutama pada waktu pagi untuk memulakan hari disamping minuman enak . Sesuai untuk memulakan hari terutama jika kesuntukan masa untuk menyediakan menu sarapan yang lain.
Gardenia Original Classic
Gardenia Pilihan Saya
Gardenia merupakan roti kegemaran saya dan seluruh keluarga kerana teksturnya yang sangat lembut dan rasanya yang enak. Ianya menjadi pilihan saya dan keluarga untuk sarapan dan pada waktu lain juga kami menikmati Gardenia. kadang-kadang kami menikmati Gardenia begitu sahaja kerana rasanya yang sudah cukup enak. Pada pendapat saya, Gardenia merupakan jenama roti yang paling enak di pasaran setakat ini.
Johnson’s® Baby Oil
Johnson Baby Oil Menyegarkan Kulit
Pertama kali menggunakan Johnson Baby Oil pada kulit terutama kulit kepala memberikan rasa kesegaran dan menghilangkan kegatalan pada kulit kepala saya. Saya pernah menggunakan johnson baby oil pada semua anak-anak saya untuk memberikan kulit yang lembut dan wangi pada mereka
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
Johnson Baby Halus Dan Menyegarkan
saya mula menggunakan Johnson Baby Bath untuk kegunaan bayi saya dan mendapati kesannya pada kulit bayi saya amat lembut dan ianya berbau harum serta menyegarkan. produk ini amat sesuai untuk bayi saya kerana ianya tidak memedihkan mata dan tidak meninggalkan kesan kegatalan dan sebagainya.
Eye Glo Regular
Saya perlukan eye glo
Saya mesti menyediakan eye glo bersama saya pada setiap semasa terutama ketika keluar dari rumah dengan menunggang motosikal. Saya dan suami selalu mengalami masalah habuk yang memasuki mata yang menyebabkan mata tidak selesa. Setelah menggunakan eye glo mata terasa sejuk dan segar.
Nestle MILO ACTIV-GO
my family and milo
My family and I need to drink milo everyday especially for breakfast before my kids start their journey to school. we will looking for milo along the day to make us energetic all the time.
Khind Electric Jug Kettle EK5813 1.7L
khind jug keetle
Saya pernah menggunakan jug memasak air ini dan ianya memang memudahkan saya dimana kita boleh membiarkannya terpadam sendiri apabila air sudah masak sementara kita boleh menuju ke bilik air untuk mandi pada waktu pagi. Saya amat menyayanginya dan menjaganya dengan rapi sehinggalah pada suatu hari ianya rosak secara tiba-tiba kerana fiusnya terbakar. jadi pada pendapat saya ianya tidak bertahan lama kerana kedudukan plug pencucuhnya dibelakang dan mungkin ianya tidak tahan dengan kepanasan.