IK Yellow Copier Paper 70gsm (A4) Paper 450 Sheets
Kertas A4 berkualiti
Sepanjang saya study master, kertas A4 ni jadi pilihan saya untuk pelbagai assingment dan hasil tesis saya. Saya pilih kertas ni sebab ia tebal dan tak mudah koyak. Selain tu saya memang tertarik dengan corak packaging brand kertas ni. Di pejabat saya juga, kertas ni menjadi pilihan untuk aktiviti printing dokumen setiap hari.
Sendayu Tinggi Doll Skin Foundation
Puas hati Dolly skin foundation sendayu tinggi
Ni antara foundation kegemaran saya. Calit skit-skit je pun dah dapat tutup jeragat dan kesan parut. Jimat masa untuk make up. Paling best muka nampak glow. Xperlu pakai bedak, cukup dengan foundation ni sahaja kulit nampak natural macam pakai bedak.
Bio Zip Detergent Powder Colour
Bio zip murah dan berbaloi
Sabun ni jadi pilihan saya sebab harga murah. Selepas baju dicuci, kotoran hilang dan bau segar. Warna baju juga tak luntur. Jadi saya rasa sabun ni berbaloi daripada saya beli sabun yang mahal tp hasil sama.
Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot
Losyen mustajab berkesan mengempiskan perut buncit
Saya dah banyak kali repeat guna losyen ni. Suka sebab extra hot dan memang memberi kesan terbaik mengempiskan perut buncit. Selalu sapu dan gosok dengan urutan sebelum tidur sekitar perut dan bahagian berlemak. Selain tu saya juga selalu guna bagu mengurangkan angin dan sengal-sengal otot. Saya memang rekemen kawan-kawan untuk guna produk ni
Klean & Kare Sensiplus Multi-Purpose Solution
Solution kanta mata terbaik
Saya telah menggunakan produk ini lebih dari 10 tahun. Pernah cuba produk lain tetapi akhirnya saya kembali menggunakan produk ini kerana ia lebih memberikan kesegaran dan keselesaan pada mata saya sepanjang menggunakan kanta lekap. Mata juga tak berasa kering. Harga yang berpatutan, berbaloi dan jenama yang selamat untuk digunakan. Saya akan terus setia dengan Klean & kare sensiplus mutipurpose solution
Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
Stock sardin wajib ada di rumah
Ayam brand sardin ni memang sentiasa kena ada stock di rumah saya. Saya tak pernah jemu masak sardin guna brand ni sebab isi ikan dan sos yang sedap. Masak simple macam mana pun memang sedap. Tin ayam brand sardin ni mempunyai pembuka tin yang senang untuk dibuka. Senang buka senang masak dan enak dimakan. Ini bkn saja favourite saya tapi saya pasti ramai menyukainya