NESTLÉ Natural Set Yogurt
Yogurt kegemaran
Saya akan mengambil yogurt ini setiap pagi ketika breakfast. Saya seorang yang mengalami gastristis, dan sentiasa perlu ada yogurt dalam diet harian saya. Saya sangat menyukai jenama ini dan harga dia juga berpatutan. Saya akan sentiasa memastikan yogurt ini sentiasa ada di dalam chiller saya. :)
SUNSILK Leave On Smoothing Cream 40 ml
Produk yang sangat bagus
Saya sangat menyukai produk ini kerana ia membuatkan rambut saya memjadi lembut dan wangi. Selepas syampu rambut saya akan menggunakan krim ini untuk membentuk rambut saya supaya lurus kerana rambut saya ikal. Produk ini sangat berkesan dengan saya. Sekarang kawan saya juga menggunakannya selepas mencuba yang saya punya. Dia juga sangat menyukai produk ini.
Glade Fresh Lemon Air Freshener
Sangat wangi
Bau lemon yang sangat menyegarkan. Bilik saya sangat wangi selepas menyembur dengan pewangi lemon ini. Saya sangat menyukai bau lemon ianya membuatkan saya rasa tenang dan keadaan bilik juga berbau segar dan wangi. Ia juga boleh menghilangkan bau hapak didalam bilik.