Nestle MILO ACTIV-GO
Nestle MILO ACTIV-GO - Minuman enak yang berkhasiat.
Saya menyukai rasa Milo yang berkoko serta berkhasiat. Anak-anak saya juga menggemari minuman ini. Saya juga sering menggunakan serbuk Milo untuk membuat puding, kek dan sebagainya. Milo juga agak mudah ditemui di pasaraya terdekat.
King Cup Brand Mackerel In Tomato Sauce
King Cup Brand Mackerel In Tomato Sauce- Enak
King Cup Mackerel dalam sos tomato menjadi pilihan saya untuk dijadikan hidangan sampingan ketika berkelah. Ia senang dimasak malah mudah dibawa ke mana-mana sahaja meskipun dalam saiz yang lebih besar. Ia boleh juga dimakan begitu sahaja.
Mentos Roll
Fresh
Mentos Roll yang bersaiz kecil ini mudah dibawa ke mana-mana sahaja untuk penyegar nafas di mana-mana jua samada di tempat kerja atau semasa acara rasmi untuk mengekalkan nafas yang segar.
MAGGI® 2-Minute Noodles Kari
Mee segera paling enak
Maggi Kari segera sangat enak dan telah menjadi pilihan utama keluarga kerana rasanya yang enak. Selain itu, Maggi Kari juga mudah didapati di pasaraya. Promosi yang dibuat juga menarik saya untuk untuk membuat pembelian lebih banyak.
Gardenia Original Classic
Best bread ever!
Roti Gardenia Original Classic sangat lembut dan mudah untuk disapu jem dan untuk dimakan.
Nestle Koko Crunch
Sarapan anak-anak yang terbaik
Nestle Koko Crunch merupakan bijirin cereal yang enak. Boleh dijadikan sarapan pagi terutama sekali untuk anak-anak. Selain itu, penyediaan cereal Nestle Koko Crunch juga tidak memakan masa yang lama.
MAGGI® Chilli Sauce
Sos kegemaran
Sos cili Maggi ini mudah didapati di mana-mana pasaraya mahupun kedai runcit. Sebagai seorang suri rumah dan juga ibu, saya sentiasa membeli sos cili maggi kerana sudah menjadi kegemaran seisi keluarga. Sos cili maggi sesuai dimasak dengan apa-apa jua cara masakan.
F&N 100 Plus
F&N 100 Plus- Minuman yang menyegarkan
Saya selalu membeli minuman botol 100 plus. Minuman ini menyegarkan saya dan seisi keluarga. Minuman isotonik ini juga mampu mengurangkan suhu badan yang agak panas.