Aiken Intensive Care Cracked Heel Cream
Tiada lagi masalah tumit berkerak
Aiken sangat membantu dalam proses mengatasi masalah kulit tumit berkerak. Hal ini kerana, aiken dapat mencegah kulit tumit daripada kering serta melembapkan kulit tumit. Kelembapan yang tahan lama menyebabkan saya sangat jatuh cinta dengan produk aiken ini. Produk ini juga dapat mengurangkan bau kaki dan memberi kesegaran berpanjangan kepada kulit kaki saya.
Silkygirl Sweetheart Eau De Toilette
Perfume pilihan hati
Wangian yang sangat lembut. Sangat sesuai untuk pelbagai occasion. Ramaj yang tertarik kepada saya apabila saya memakainya. Haruman yang tahan lama menyebabkan saya jauh cinta dengan perfume ini. Tambahan pulak packaging yang sangat cantik dan ekslusif menampak kan seperti perfume mahal walaupun harga sebenarnya sangat berpatutan. Saya sanga berpuas hati dengan perfume silky girl ini dan akan recommend kepada rakan2 saya yang lain
Lux Shower Gel Magical Spell
The best shower cream ever
Saya sangat tertarik dengan bau bunga bungaan lux ini. Pertama kali saya mncuba produk ini, saya sangat berpuas hati dengan produk ini. Sangat menenangkan apabila memakai nya. Badan saya berasa sangat bersih setelah menggunakan lux. Tambahan pula..packaging nya sangat menarik dan nmpak exclusive. Saya amat menyukai lux.
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Lifebuoy terbaikkk !
Lifebuoy sangat sesuai untuk kegunaan sekeluarga tak kira peringkat umur. Pelbagai khasiat yang terdapat dalam sabun lifebuoy ini walaupun harga nya tidak semahal produk2 lain. Ternyata lifebuoy dapat memberi pelbagai khasiat dan perlindungan dari kuman dengan harga yang sangat berpatutan. Kulit menjadi lembap dan lebih bersih. Lifebuoy juga mempunyai pelbagai bau yang sangat wangi dan tahan lama.
NIVEA Crème
Nivea Creme Review
Krim ini sangat bagus untuk kulit2 yang sensitif. Kulit terasa sangat lembut dan krim ini tidak melekit apabila memakai.krim tersebut meresap terus ke dalam kulit dan menyebabkan khasiat krim itu terus merebak ke dalam kulit
Head & Shoulder Cool Menthol Shampoo
Shampoo paling terbaikkkk
Saya sangat suka shampoo ni.kerana shampoo ni sangat berkesan. Kulit kepala saya sangat nyaman setelah memakainya. Sangat menyegarkan dan membuat saya selesa walaupun saya berhijab. Dandruff di kulit kepala saya juga semakin berkurangan. Kulit kepala saya terasa sangat bersih setelah mencuci mengguna kan shampoo ini.