Enchanteur Perfumed Talcum Charming
Bau yang wangi
Enchanteur..jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi..Saya menggunakan Enchanteur kerana jenamanya telah dikenali sejak zaman saya di bangku sekolah. Haruman dari produk Enchanteur best dan wangiannya sangat harum..Terdapat pelbagai jenis haruman tetapi semua wangiannya tetap best..
Listerine Mouthwash Coolmint
Bau Mulut Terasa Segar
Saya suka berkumur dengan Listerine Cool Mint kerana rasa yang segar selepas bangun dari tidur waktu pagi. Menghilangkan mulut berbau & memberi keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai pada waktu bekerja.
Libresse Maxi Non Wings Pad
I Love Libresse
Saya memang pengguna setia Libresse..Sejak menggunakan Libresse, tak pernah bertukar ke tuala wanita jenama lain. Kenapa saya setia dengan Libresse?Size tuala wanita yang agak tebal dan tidak menyebabkan kebocoran..Selesa..Tuala wanita kekal statik di seluar dalam walaupun saya bergerak aktif..
VEET Hair Removal Cream
Licin..Fefeling Model
Saya ada masalah bulu kaki yang agak 'hmmm''..so pernah mencuba Veet Hair Removal ni..dan hasilnya sangat la memuaskan hati..Yang penting tak sakit sebab kita tak cukur dengan pisau pencukur..Cuma sapukan krim & gunakan spatula yang disediakan..Semudah A,B dan C...
Bonjela For Teething and Mouth Ulser
Melegakan
No reviews yet
Kalau kena ulser, saya akan mencari bonjela. Sedikit pedih bila disapu tapi cepat melegakan. Wajib ada pada semua orang sekiranya terkena ulser. Seperti yang kita sedia maklum, ulser menyebabkan hilang selera makan akibat pedih ketika bergesel antara ulser dan gigi sewaktu aktiviti mengunyah makanan. Dengan bonjela, melegakan kesakitan itu.
Libresse Slim CurveFit Odor Control With Green Tea
Best
Suka gunakan Libresse dengan haruman teh hijau ni sebab bila menggunakannya rasa segar di bahagian intim kita selain baunya yang tidak terlalu kuat sehingga orang sekeliling perasan..Tetap selesa & kekal statik di seluar dalam walaupun bergerak aktif...