Simple Kind To Skin Purifying Cleansing Lotion
Melembapkan kulit wajah
Saya amat berpuas hati dengan produk yang dikeluarkan oleh simple, antaranya ialah cleansing lotion ini, lotion ini membuatkan kulit muka saya menjadi lembut dan tidak menyebabkan kulit saya kusam kerana kandungan pro-vitamin dan vitamin di dalam lotion ini. Sebelum ini kulit muka saya agak kering dan kusam selepas menggunakan lotion ini kulit kering dan kusam tidak muncul lagi.
Simple Kind To Skin Refreshing Wash Gel
Menyegarkan kulit wajah
Saya amat menyenangi facial wash ini kerana saya telah menggunakan beberapa facial wash sebelum ini tetapi tidak memuaskan, setelah saya menggunakan simple facial wash ini saya amat berpuas hati kerana wajah saya tidak lagi berminyak dan sangat segar, ibu dan adik saya juga menggunakan facial wash ini kerana kami dapati facial wash ini sesuai dengan kulit muka kami. Saya tidak akan tukar kepada produk lain lagi selepas ini
Darlie Bunny Kids Dental Kit – Strawberry Bunny Kids
Terbaik untuk kanak kanak
Sebelum ini adik saya susah untuk gosok gigi, saya perlu memaksa dan tunggu dia sehingga dia selesai menggosok gigi. Selepas saya membeli ubat gigi darlie bunny kids ini, adik saya tidak lagi perlu dipaksa untuk menggosok gigi, dia dengan riang hati dan senang hati menggosok gigi. Kanak kanak sukakan buah buahan jadi saya memilih perisa strawberi kerana adik saya amat meminat buah strawberi. Kini saya tidak perlu runsing gigi adik saya rosak kerana dia dengan rela hati menggosok gigi tiga kali sehari. Dan juga terima kasih darlie kerana percuma berus gigi untuk kanak kanak, sangat berguna untuk mereka.
May Bar Soap
Segarkan badan
Saya menggunakan sabun ini sejak saya kecil lagi, saya memilih untuk menggunakan sabun ini kerana bau sabun ini sangat menyegarkan dan sangat wangi, saya juga suka menggunakan sabun ini berbanding gel kerana mudah untuk dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil. Walaupun saiznya kecil sabun ini mampu bertahan untuk beberapa lama.
21st Century One A Day
Give me more energy
Saya dah mencubanya selama beberapa bulan dan sekarang saya rasa badan saya lebih bertenaga dan lebih sihat. Saya seorang yang kurang berat badan, selepas mengamalkan vitamins ini selera makan saya bertambah dan kini berat badan saya semakin meningkat. Saya akan terus mengamalkannya kerana vitamin ini sangat baik untuk saya.
Silkygirl Truly Nude Eyeshadow Palette 01 Earthy
Awesome!
I don’t like it but i loveeeeeee it! Colour eyeshadow ni seriously cantik sangatt, it make my eyes more gorgeous! First time guna sebab kakak punya dan lepas ni tak akan beli eye shadow lain dah untuk make up natural look!
Safi Olive Oil
Satu produk banyak kegunaan
Saya dan my family guna minyak ni bukan sahaja untuk merapikan, melebatkan, dan melembutkan rambut yang kusut tetapi jugak guna minyak ni untuk siku dan pada kulit kering sebab minyak ni mengandungi banyak vitamin dan olive oil memang banyak kelebihan dia tersendiri. Sangat berbaloi dengan harga murah!
SAFI BALQIS cleanser
Percaya lah!
Fall in love sangat dengan pencuci muka safi ni! Memberi kesegaran pada wajah lepas cuci muka dan melembapkan kulit muka, tak macam sesetengah pencuci muka lain lepas cuci muka akan jadi kering. Dan kulit muka lebih cerah ?
Safi Balqis White Trilogy Fragrance Talcum
Good quality product!
Saya dah guna trilogy fragrance talcum ni dari 2011 lagi dan saya tak akan tukar ke fragrance talcum lain sebab bau bedak ni wangi sangat dan saya touch up muka dengan fragrance talcum ni jee tak guna compact powder lain dah! Ketiga tiga jenis talcum ni sangattt best! I don’t like it but I loveeeeeee it!
Naturals by Watsons Olive Body Lotion
Melembapkan kulit
Bau yang sangat wangi kerana saya sukakan bau olive, kulit badan saya lembut dan lembap selepas menggunakan lotion ini, siku, lutut dan tumit kaki juga antara bahagian yang susah untuk lembut tapi selepas menggunakan lotion ini saya dapati bahagian itu telah lembut. Saya telah menggunakan lotion ini untuk beberapa bulan dan saya amat berpuas hati dan akan terus menggunakan lotion ini.