Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick
MAHAL TAPI SANGAT BERBALOIII
Dalam hidup saya.. memiliki barangan Mary Kay merupakan perkara yang paling bahagia. Sebabnya bukan murah untuk memiliki tapi demi menjaga wajah muka secara selamat, mary kay menjadi pilihan utama. Lipstik ini sangat ringan dikenakan di bibir. tak terasa melekit dan paling penting, ia tahan lama. warna sangat mengoda dan sesuai dengan apa saja jenis solekan. Kalau tak percaya, cuba lah dulu..
Maybelline Clear Smooth BB Cream Fresh
PERFECT !
Sebagai pengemar produk maybelline, saya masih lagi menggunakan BB cream clear smooth ni. Paling seronok sebab ringan je bila di oleskan di wajah. Tapi tak boleh pakai lebih dari 5 jam. Kulit jadi sedikit oily TAPI bila tengok cermin, muka tetap maintain cunnnn... tu yang tak nak tukar guna yang lain!
Maybelline Hypersharp Laser Liner Intense
SOLEKAN JADI LEBIH MUDAH DAN PANTAS
Rasa tak lengkap kalau keluar rumah tak mengenakan maybeliline eyeliner ni. Bende wajib yang akan dikenakan di mata jika nak kemana-mana saja. Paling best bile nak lukis eyeliner jadi mudah dan smooth je. Sekali tarik.. wallaawehhh cun d terus! serius tak tipu ni,. bila drugstore buat promosi, mesti tak lupa nak grab eyeliner ni. WAJIB!
BAUSCH + LOMB Biotrue Multi-Purpose Solution
SANGAT MEMBANTU UNTUK MASALAH MATA KERING!
Telah banyak multiporpose solution yang saya cuba. Namun masalah mata yang kering apabila memakai contact lens tak pernah selesai. Sehingga satu hari, saya telah melakukan survey. Rata-rata mengesyorkan Bausch and Lomb Biotrue Multi-purpose Solution. Saya telah mencuba selama lebih 5 bulan dan memang berbeza dari multipurpose solution yang lain. Terbaik dan saya akan setia menggunakannya.
NUTOX Cleansing Foam
TAK MENYESAL MENCUBANYA!
Saya jarang bertukar produk. Akibat masalah kulit wajah yang secara tetiba breakout tanpa di ketahui punca, saya telah mencuba pencuci muka Nutox. Hasilnya sangat menakjubkan apabila kulit wajah saya kembali seperti sediakala malah lebih cantik berseri. Dengan adanya pencuci muka Nutox ini, saya lebih bersemangat untuk mencuci muka secara konsisten dan wajah saya lebih segar selepas di cuci. Nutox memang terbaik dan saya TAK MENYESAL menggunakannya.
ANTABAX Antibacterial Shower Cream
The Best Shower Foam Ever
Saya pengguna ANTABAX sejak dulu lagi. Sekarang masih menggunakan lagi antabax dan saya suka keharumannya. Bau yang harum serta sangat selesa selepas mandi. Keharuman yang kekal lama membuatkan suami saya puji bau badan yang lebih segar selepas mandi. setiap kali ke pasaraya, saya akan pastikan tidak lepaskan peluang sebarang promosi dari antabax!
Bio-Essence 24K Bio-Gold Gold Water
BAIK UNTUK KULIT
Selama 2 bulan saya menggunakan Gold Water dari Bio Essence ini, kulit wajah saya telah mengalami banyak perubahan yang drastik. Wajah saya kelihatan lebih glowing dan bersinar. Testur kulit saya juga menjadi lembut dari yang sebelum ini.
Biore UV Perfect Milk SPF 50+ PA+++
Produk yang sangat sesuai dengan kulit saya
dah banyak sunblock di drugstore yang saya cuba tapi semua nya tidak sesuai. Berbeza dengan sunblock biore ini kerana teksturnya tidak melekit di muka. selain tu, tidak menjadikan wajah saya berminyak walaupun dah menggunakan lebih dari 4 jam.
Johnson’s® Baby Oil
Kegunaan Seisi Keluarga
Seluruh ahli keluarga saya sangat suka menggunakan minyak ini terutama untuk di sapu pada rambut. Rambut menjadi lebih hitam dan sihat. Selain itu, saya menggunakan minyak ini sebagai penanggal makeup yang degil dan tebal. untuk masalah tumit kaki merekah juga saya sapu minyak ini. Hasilnya sungguh menakjubkan apabila tumit saya kembali licin setelah seminggu menggunakan minyak ini. Minyak ini ibarat barang penting yang wajib ada di rumah saya.
Johnson’s Body Care 24 Hour Lasting Moisture Body Lotion
lotion terbaik
saya tak pernah bertukar ke losyen jenama lain selepas menggunakan losyen ini. Saya pernah alami masalah kulit tangan kering yang kritikal kerana alahan pada sabun pencuci pinggan. paling menakjubkan apabila menggunakan losyen ni, masalah saya selesai malah kulit tangan saya menjadi lebih lembut seakan kulit bayi. Lega hati saya apabila masalah yang dihadapi selesai dengan mudah selepas menggunakan losyen ini.
Safi Shayla Anti Hairfall
Best but tak berapa oke untuk rambut saya
saya menggunakan syampu ni selama 3 bulan tapi masalah kelemumur pula timbul. mungkin kulit kepala saya menjadi kering dan tak sesuai. Saya masih menggunakan syampu SAFI cuma bertukar ke kawalan kelemumur. Secara keseluruhannya, saya tetap setia menggunakan syampu jenama SAFI dari dahulu hingga kini.
Libresse Maxi Non Wings Pad
DAYA SERAPAN YANG TERBAIK
Berbeza dengan jenama pad yang lain, Librese sangat selesa di pakai kerana mempunyai daya serapan yang baik. selain tu, tidak mengakibatkan kegatalan di bahagian sulit. Tidak mudah bocor dan sangat mudah untuk di cuci. Tapi bahagian pelekat tak berapa kuat. Harap boleh di perbaiki masalah gam tu.